Bakal bersalin anak kedua tidak lama lagi, pelakon cantik jelita Datin Niena Baharun berkongsi perkembangan terkini tentang diri dan kehamilan keduanya itu bersama sebuah portal hiburan.
Menurut pelakon Jangan Benci Cintaku ini, segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak kedua sudah dilakukan, namun memandangkan kelengkapan anak sulung masih lagi baik, jadi ada juga yang digunakan kembali buat anak yang bakal lahir.
Menurut portal Media Hiburan juga, Niena memilih untuk tidak mendedahkan jantina anak kedua yang sedang dikandung.
“ Mengenai jantina anak pula, biarlah bila semuanya selamat baru kami akan umumkan.
“Bagaimanapun saya dan suami tidak kisah soal jantina anak, memadai bayi yang bakal lahir nanti sihat dan sempurna.
“Cumanya kalau ikutkan saya, saya inginkan anak perempuan, barulah lengkap sepasang,” katanya.
Ads
Bakal bersalin secara Ceaserean
Bersalinkan anak sulungnya dengan kaedah pembedahan atau ceaserean, pelakon ini turut memaklumkan akan menggunakan kaedah bersalin yang sama untuk anak kedua yang bakal lahir nanti.
“Kelahiran anak pertama menerusi pembedahan dan begitu juga dengan yang kedua ini. InsyaAllah saya akan bersalin di Kuala Lumpur,” jelasnya.
Ditanya apa reaksi anak pertama, Adiel Mikael yang kini mencecah usia 1 tahun 9 bulan apabila mendapat tahu dirinya bakal mempunyai adik, Niena menjelaskan anak pertamanya itu semakin manja dengan dirinya.
“Saya boleh nampak dia semakin manja dengan saya. Malah setiap pagi bangkit dari tidur, dia akan cium perut saya,” cerita Niena lagi.
Ads
Turut ditanya tentang perkembangan terkini dalam dunia lakonan, Niena akui ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa menolak atas beberapa faktor.
“Lebih dua tahun saya tidak menerima mana-mana tawaran berlakon. Awal tahun ini saya ada berniat untuk kembali aktif, bagaimanapun tiba-tiba dapat tahu hamil anak kedua.
“Jadi niat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu,” katanya.
Niena Baharun mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018 di Kota Bharu Kelantan.
EPISOD 1 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124
Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan, dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan lazimnya selepas 20 minggu kehamilan. Pra-eklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan kehadiran protein dalam air kencing.
Pre-Eclampsia: Amaran bahaya sebelum dapat sawan ketika hamil
Punca sebenar terjadinya pra-eklampsia masih lagi tidak diketahui.
Apa yang terjadi dalam pra-eklampsia ialah terdapat pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan . Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.
Air mentuban juga akan menjadi kurang. Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan. Maka kehamilan dengan pra-eklampsia akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan bayi-bayi yang bakal mengalami komplikasi ini supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi.
Mengapa perlu tahu mengenai pra-eklampsia?
Pra-eklampsia sangat biasa berlaku di kalangan wanita hamil.
Pra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum).
1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil. Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin.
Gejala-gejala pra-eklampsia yang serius adalah :
❗️Sakit kepala yang tidak dapat dilegakan oleh ubat tahan sakit ❗️Mata menjadi kabur ❗️Pedih pada ulu hati yang tidak dapat dilegakan oleh ubat-ubatan gastrik ❗️Bengkak pada kaki dan muka yang makin bertambah ❗️Berasa tidak sihat
Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda amaran bahaya, dan memerlukan perhatian pihak hospital dengan kadar yang segera. Dalam pra-eklampsia yang serius ini, organ-organ penting di dalam badan – fungsi hati dan buah pinggang mungkin akan terjejas, sekaligus menjejaskan proses pembekuan darah yang normal di dalam badan.
Pra-eklampsia serius ini jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi. Walaupun ianya jarang terjadi 1 dalam 4000 kehamilan, eklampsia memberikan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut
Anda lebih cenderung untuk mendapat pra-eklampsia jika ini merupakan kehamilan sulung anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang terdahulu.
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
✅berumur 40 tahun atau lebih; ✅berat badan berlebihan ketika hamil, BMI 35 atau lebih. ✅mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus,masalah buah pinggang, atau diabetes;
kandungan kembar atau lebih; ✅mempunyai sejarah pra-eklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
Berbincang dengan doktor anda, tentang faktor-faktor yang anda ada. Setelah penilaian doktor, anda akan dinasihatkan memakan ubat aspirin 75mg sehari sekali dari pada awal kehamilan (12 minggu) sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra-eklampsia. Suplemen kalsium juga akan turut dimulakan.
Tiada cara yang pasti 100 % untuk mencegah terjadinya pra-eklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi tidak dalam bahaya ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.
Bagaimana saya dirawat, sekiranya saya mengalami pra-eklampsia?
Jika tekanan darah naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke uri. Anda mungkin diminta pergi ke klinik kesihatan setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.
Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi. Kadar tumbesaran bayi akan diperiksa. CTG (cardiotocography) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk memanjangkan tempoh kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang kepada bayi supaya tidak dilahirkan secara pramatang. Ubat untuk mengawal tekanan darah juga turut akan diberikan.
Anda juga akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai pra-eklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. Anda akan dirawat di wad rawatan rapi untuk ibu mengandung. Doktor juga akan menilai sama anda anda perlu diberikan ubat untuk mematangkan peparu bayi, sekiranya perlu dilahirkan lebih awal.
Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.
Pra-eklampsia hanya akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih lagi berisiko sehingga empat minggu selepas bersalin, terutamanya jika pra-eklampsia anda itu serius atau dikenalpasti apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. Anda mungkin perlu meneruskan ubat untuk mengawal tekanan darah walaupun sudah bersalin.
Jika bayi dilahirkan kecil dan pramatang, bayi akan dipantau di unit rawatan rapi bayi sehingga bayi benar-benar sihat dan selamat untuk pulang. Tiada masalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu
Segera dapatkan rawatan jika ada gejala-gejala pre eclampsia. Jangan tunggu
Umum mengetahui bahawa Izara Aishah, pelakon berbakat besar bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi. Baru-baru ini Izara ada memuat naik beberapa keping foto terkini di akaun Instagram miliknya.
Usia kandungannya kini sudah mencecah usia lebih tujuh bulan dan pastinya Izara sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ibu. Dalam foto-foto yang dimuat naik itu, Izara nampak berseri-seri dan semakin cantik. Perutnya juga sudah kelihatan membesar menandakan dirinya yang menghitung hari untuk melahirkan zuriat pertama.
Sebelum ini, sekitar Februari yang lalu Izara pernah memaklumkan bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan dalam sebuah majlis ‘Baby Shower’ yang diadakan untuknya.
Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.
Izara dan Adib telah berkahwin pada 17 November 2017.
Tak lama lagi, aktres cantik Umi Nazeera bakal menyambut kelahiran anak sulungnya. Sebagai ibu pertama kali, dia ingin mengetahui lanjut mengenai pemakaian barut kepada bayi.
Baru-baru ini Umi turut berkongsi perkembangan kandungannya yang mengalami plasenta previa tahap dua. Para follower juga turut berkongsi tip dan pengalaman plasenta previa semasa hamil.
Umi Nazeera yang mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 menyuarakan keinginan untuk mengetahui lanjut mengenai barut bayi di Instagram.
Anyway Ummi baru belajar apa tu Barut baby.. Persoalannyaaa… apa kegunaan barut baby ni ya ?