Bangun Buat Susu,Tukar Lampin Anak Waktu Malam. Isteri Puji Sikap Achey Ringan Tulang

Share

Selepas Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya mengambil anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir, jelas terpancar kegembiraan di wajah pasangan ini.

Achey memberitahu dalam tempoh ini, bukan hanya kegembiraan semata-mata tetapi isterinya sedang dalam proses menjadi ibu susuan kepada anak angkat mereka, yang kini hampir berusia dua bulan.

Menurutnya, dia dan isteri bersepakat melakukan proses itu dalam menjadikan Nur Tiara sebagai mahram selain untuk mengelakkan isu lain pada masa akan datang.

“Alhamdulillah selepas mendapat pandangan daripada keluarga dan ahli agama kami sepakat untuk jadikan dia anak susuan agar tak timbul soal mahram apabila dia dewasa kelak.

“Sekarang masih dalam proses dan alhamdulillah Allah pun permudahkan proses itu untuk isteri saya,” katanya.

Achey dan isteri mengambil Nur Tiara sebagai anak angkat pada 6 Ramadan lalu.

Nur Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, Achey berkata, Nur Tiara juga sudah sah menjadi anak angkat mereka dari segi undang-undang selepas membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM).

Kata Achey lagi, walaupun prosesnya sedikit rumit namun dia lega dapat menyelesaikan perkara itu demi masa depan anak mereka.

“Memandangkan kami tidak pernah berdaftar dengan JKM untuk proses ambil anak angkat… Ambil dulu baru daftar, jadi prosesnya banyak sikit.

“Tetapi tidak mengapa, baik saya selesaikan sekarang pendaftaran sijil kelahirannya dan perakuan Nur Tiara sebagai anak angkat agar tiada masalah berbangkit di kemudian hari,” jelasnya.

Sementara itu, Nur Hasanah pula berkata, walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman sebagai ibu bapa namun kehadiran Nur Tiara banyak mengajar mereka.

Malah Nur Hasanah turut memuji Achey yang disifatkan sebagai ringan tulang bagi menguruskan anak mereka.

 

“Kalau Tiara terjaga malam, Achey yang bangun tukar lampin, buat susu… Alhamdulillah dia sangat membantu.

“Dari situ juga kami sama-sama dapat belajar kerana tidak pernah ada pengalaman tetapi semuanya dipermudahkan dan ramai membantu dalam memberi tip keibubapaan,” ujarnya.

Sumber: mstar & ig achey/ tiara zinnirah nasir

 

Published by
Wan Amy