Melihatkan kulit anak yang kemerah-merahan digigit nyamuk buat ibu cuak, inikan pula kesan ketara pada kulit. Si comel Ana Nayla, anak kesayangan pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengejutkan ibu dan ayahnya bila mana mengalami bengkak pada kulit dan kemerah-merahan.

Menerusi Instagram anak comel itu, Ayda berkongsi cerita dan beberapa keping gambar Ana Nayla dengan kesan alahan pada kulit turut dikongsikan pasangan ini.

“Bangun Pagi Je Jadi Macam Ni” Anak Terkena Alahan, Ayda Jebat Cemas Kulit Anak Kemerahan!

“Bangun pagi je jadi macam ni. Baby on the way to see doctor.

“Doakan baby tak apa-apa and sihat balik uncles and aunties! Amin. Share pengalaman and tips kalau ada. Baby memang ada eczyma. Nanti kita inform kenapa after jumpa doctor okay,” tulisnya.

“Bangun Pagi Je Jadi Macam Ni” Anak Terkena Alahan, Ayda Jebat Cemas Kulit Anak Kemerahan!

Ana Nayla yang mempunyai masalah ekzema itu berkemungkinan terkena alahan ubat ubatan yang diambilnya kerana sedang demam, batuk dan selesema atau mungkin juga pemakanan Ayda sendiri yang sepenuhnya menyusukan bayinya.

“Bangun Pagi Je Jadi Macam Ni” Anak Terkena Alahan, Ayda Jebat Cemas Kulit Anak Kemerahan!

“Update keadaan sekarang. Dekat muka semakin banyak.

Ads

“Doctor kata Baby maybe allergic ubat yang baby makan (sebab baby demam, flu and batuk) or apa yang mommy makan.

“Alhamdulillah masih boleh tersenyum. Doakan baby cepat sembuh ya semua,” tulisnya lagi.

“Bangun Pagi Je Jadi Macam Ni” Anak Terkena Alahan, Ayda Jebat Cemas Kulit Anak Kemerahan!

Selepas diberikan rawatan, keadaan kulit Ana Nayla semakin bertambah baik dan Ayda turut memuat naik beberapa jenis ubat yang digunakannya, selepas disyorkan oleh doktor.

Malah Ayda yang sehingga kini masih lagi menyusukan bayinya amat bersyukur dengan keadaan kulit anaknya yang semakin pulih.

Ads

“Miracle harini skin baby baik total!

“Alhamdulillah ya Allah, doctor Azizi & semua yang doakan baby. Swipe untuk tengok list ubat yang baby guna semalam! Semoga bermanfaat.

1. Sapukan cream QUORBYX di atas kulit
2. Sapukan cream Xepacort nipis sahaja di atas kulit
3. 3 titik Zyrtec bagi baby minum (semalam masukkan dalam food baby) 3 drops only ya
4. Mommy minum air kelapa sebelum bagi baby ubat.

 

Ads

Semoga keadaan Ana Nayla bertambah baik dan masalah ekzema yang dihadapinya dapat diatasi sebaiknya dari hari ke hari.

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

“Bangun Pagi Je Jadi Macam Ni” Anak Terkena Alahan, Ayda Jebat Cemas Kulit Anak Kemerahan!

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI