Sakit belakang bila bangun disebabkan oleh berkongsi katil dengan anak-anak itu mungkin perkara biasa yang dialami oleh mama dan papa. Dah cuba tidurkan mereka dalam bilik sendiri tapi tiba-tiba tengah malam muncul balik merengek nak tidur sama.
Itu yang sering dialami oleh kebanyakkan ibu bapa dalam masyarakat kita. untuk cuba pisahkan si kecil dari bilik tidur kita, perkongsian daripada laman Facebook Public Health Malaysia ini boleh dijadikan panduan.
Yang penting mama dan papa jangan cepat putus asa dan tekad demi untuk kebaikan bersama.
“Sangat berkesan. Teruja saya dan suami. Ambil masa dua hari saja. Anak-anak saya dah pandai tidur di bilik mereka.Kualiti tidur kami lebih baik dan katil kami tidak lagi sesak dan sempit. Terima kasih sangat.”
“Sebelum ini, agak sukar untuk mereka tidur sendiri. Tunggu mereka lelap, barulah kami alihkan. Kadang-kadang kami sudah tertidur. Jadi agak leceh untuk pindahkan.” Ujar follower PHM.
Begitulah.
Anda mengalami masalah yang sama? Amalkan teknik ini.
1) Bincang. Jangan paksa. Berunding dengan anak akan memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang.
2) Bilik mereka, tanggungjawab mereka. Berikan mereka sebahagian tanggungjawab untuk merancang dan penyediaan bilik tidur mereka. Ini akan mendidik anak untuk merasakan bilik mereka adalah milik mereka.
3) Eksperimen suasana. Tiada satu keadaan bilik yang sesuai untuk semua anak-anak. Cuba eksperimen dengan keadaan-keadaan tertentu selepas berbincang dengan anak.
4) Berikan mereka privasi. Ketuk pintu dan minta izin setiap kali ingin masuk ke bilik mereka. Hormati privasi mereka. Mereka akan hormati privasi kita.
5) Ganjaran dan pujian. Ini akan memberikan mereka motivasi dan semangat untuk terus tidur di bilik mereka.
Bolehlah cuba malam ini. Semoga berjaya.
Sumber: Public Health Malaysia
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI