Pernah tak bangun tidur kadang-kadang isteri boleh termenung, moody? Suami perlu tahu ilmu tentang isteri. Wanita, makhluk yang sangat unik dan sangat perlukan perhatian yang baik. Jadi para suami boleh ikuti perkongsian dari doktor ini.
Kenapa Perempuan Moody?
Bahaya betul kalau lelaki main kahwin je dengan perempuan tanpa tahu ilmu tentang perempuan ni. Silap haribulan boleh cerai!
Perempuan ni makhluk yang rumit. Fisiologi dan psikologi mereka sangat jauh berbeza dengan makhluk bernama lelaki. Orang lelaki kena tahu, perempuan ni kadang-kadang dia boleh jadi sedih tanpa sebab. Tiba-tiba je nak menangis sebab sedih. Bila kita tanya sedih sebab apa, dia pun tak tahu. Tepuk dahi bang!
Bukan tu je. Kadang-kadang bila bangun daripada tidur je dia boleh termenung. Bila kita tanya kenapa termenung, dia boleh cakap dia tiba-tiba rasa rindu pastu air mata dia meleleh tanpa sedar. Bila kita tanya rindu siapa, dia boleh cakap ” Entahlah “. Tepuk dahi lagi bang!
Lebih dasyat lagi akan ada waktu tertentu dalam setiap bulan, perempuan ni akan tiba-tiba bertukar mood tanpa sebab. Tiba-tiba semuanya serba tak kena. Semua yang suami dia buat tak kena di mata dia. Rasa marah, rasa cemburu, rasa nak merajuk dan bermacam rasa pelik-pelik berkumpul menjadi satu.
Masa ni lah biasanya pergaduhan besar boleh terjadi kalau si suami takde ilmu tentang fisiologi dan psikologi perempuan. Sini saya nak kongsi sikit ilmu tentang perempuan. Wahai lelaki, bila si perempuan tiba-tiba berubah mood tanpa sebab yang jelas maka percayalah dia sebenarnya sedang mengalami Pre-Menstrual Syndrome ( PMS ).
Apa tu PMS?
PMS tu satu keadaan yang mana fizikal, emosi dan perangainya boleh berubah tiba-tiba akibat daripada kitaran haidnya. PMS ni normal je. 85% perempuan kena PMS ni. Jadi jangan la bimbang ye.
Tiba-tiba mood swings, jadi stress dan berdebar tanpa sebab, naik jerawat, letih dan tak boleh fokus, payudara sakit, mengidam coklat dan ledakan emosi sebelum nak haid tu tandanya dah kena PMS la tu.
PMS ni tak bahaya tapi kena hati-hati kalau PMS tu dah jadi Premenstrual Dysphoric Disorder ( PMDD ). Tanda-tanda dah kena PMDD antaranya :
+ tiba-tiba depresi sampai rasa nak bunuh diri
+ mood swings yang sangat teruk
+ serangan panik sampai berdebar tak berhenti
+ gangguan tidur ( insomnia ) sampai mengganggu pekerjaan harian
Kalau dah sampai tahap kena PMDD ni terus jumpa doktor ye. Jangan tangguh-tangguh. Jadi tolong saya kongsi info ni pada semua suami kat Malaysia ni ye. Saya percaya suami yang memahami datang daripada suami yang ada ilmu tentang fisiologi dan psikologi pasangan hidupnya.
Sumber: Dr. Taufiq Razif