Setiap ujian Allah ada hikmah yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh kita. Baik dari kesihatan, rezeki atau apa sahaja. Bagaimana kita menghadapinya itu yang Allah nak tengok dan ganjarannya pasti besar.

Begitu juga dalam hubungan suami isteri. Sepanjang berumah tangga pasti ada kenangan yang akan kita ingat sampai bila-bila tambah lagi bila dah dikurniakan anak. Saling melengkapi antara satu sama lagi. Tapi jika pasangan kita ditimpa musibah, pasti kita pun turut terasa sakitnya.

Luahan hati dikongsi Encik Ayie reda dengan ketentuanNya apabila isteri tercinta terpaksa bertarung nyawa di wad ICU. Dia mengenangkan nasib yang bakal ditempuhi bersama seorang anak jika ketiadaan isteri tercinta.

Saya sanggup tak kerja takut…

“Bangunlah Sayang, Anak Kita Perlukan Awak”. Luahan Suami Harap Keajaiban Untuk Isterinya

Kita KENAL 2009. Kita TUNANG 2013. Kita PUTUS tunang 2014. Kita NIKAH 2016.

Ads

Macam-macam kita lalui, macam-macam kita tempuhi, walaupun family tak suka kita bersama tapi awak tetap ikut saya kahwin dengan saya. Ramai yang cakap saya tak boleh jaga awak, saya akan mensia-siakan pengorbanan awak. Saya tak kisah keadaan awak terbaring ke berkerusi roda ke janji awak ada dengan saya sama-sama kita besarkan anak kita. Saya boleh jaga awak asalkan awak boleh bercakap itu cukup memadai dan saya bersyukur. Sekarang diaorang tau yang diaorang silap, dari hari saya salam tangan tok kadi saya berjanji dengan diri saya takkan tinggalkan awak. Saya sanggup tak kerja takut terlepas waktu melawat, sebab saya nak bila awak sedar saya orang pertama yang awak nampak.

Awak tetap bertahan hingga sekarang

“Bangunlah Sayang, Anak Kita Perlukan Awak”. Luahan Suami Harap Keajaiban Untuk IsterinyaAnak kita perlukan kasih sayang awak bukan kasih sayang ibu yang lain, saya pun masih perlukan awak. 9hb doktor cakap awak mungkin tak bertahan smpai pagi masa tu saya dah REDHA saya dah putus asa tapi keajaiban ALLAH s.w.t awak tetap bertahan hingga sekarang. Hari ni sekali lagi saya nampak awak tenat harapan yang menggunung semalam, runtuh sekelip mata. Selalunya ramai yang teman saya mungkin hari ni mereka sibuk, bila saya sendiri macam ni saya jadi takut saya jadi tak kuat, walau macam mana pun saya tahan AIRMATA tetap mangalir. Saya nak awak dapat baca apa yang saya taip SAYA TAK NAK KEHILANGAN AWAK.

Ads

“TERIMA KASIH YANG DATANG MELAWAT , TERIMA KASIH YANG TIDAK PUTUS BERDOA UNTUK KAMI”

Saya tetap akan jaga awak

06/05/2019 hari pertama puasa saya BUKA seorang. Tapi awak tak nak bangun, masih terbaring dalam ICU dengan penuh tube dalam mulut, hidung, badan. Esok saya datang lagi tunggu awak bangun kita PUASA sama-sama, kalau awak tak bangun esoknya saya lagi, datang lagi, datang lagi, sampai awak BANGUN. Saya tetap jaga awak macam yang saya JANJI mula-mula kita kawin dulu. Susahnya kita nk di IJAB KABUL macam-macam kita tempuh, ramai yang cakap kita dah tak ada JODOH tapi ALLAH MAHA KUASA kita tetap disatukan.

Ads

“Bangunlah Sayang, Anak Kita Perlukan Awak”. Luahan Suami Harap Keajaiban Untuk Isterinya

Sebenarnya saya tak kuat

Kawan-kawan yang datang melawat awak semua MENITIS air mata termasuklah saya yang tengah menaip sekarang ni. Orang tanya macam mana kau kuat tempuh semua ni, ada yang cakap aku nak jadi macam kau sedangkan mereka tak pernah tau apa yang ada dalam HATI saya. Hanya ALLAH s.w.t je tau apa yang saya pendam, hari ni bila saya dengan awak je kat sana baru saya tahu yang saya sebenarnya tak kuat lagi-lagi sekarang bulan RAMADHAN, saya cuma takut bila SYAWAL menjelang tiba. Awak bangun la cepat kesian saya dengan FATEHAH.

Sumber: Encik Ayie

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI