Saban hari, kes membabitkan ibu hamil yang positif Covid semakin meningkat. Apa yang sedihnya, ibu dan bayi dalam kandungan turut berisiko sehingga ada yang perlu menjalani pembedahan melahirkan bayi lebih awal dan ibu terpaksa ditidurkan.
Keadaan ini turut memberi kesan buat ahli keluarga dan anak-anak yang mengharapkan si ibu dapat kembali sedar dan pulang ke rumah seperti biasa.
Moga ada keajaiban buat isteri
Melalui perkongsian seorang suami, Mohd Zulkifli Mohdisa, dia sangat mengharapkan doa orang ramai boleh memberi keajaiban buat isterinya, Faiqah yang kini sedang bertarung nyawa dan ditempatkan di ICU setelah disahkan Covid.
Lagi sedih, anak dalam kandungan juga terpaksa dilahirkan awal kerana oksigen isterinya turun mendadak sehingga terpaksa menggunakan mesin pernafasan dan pemantauan rapi.
Terpaksa operate, keluarkan bayi usia 31 minggu
Ketika ditemubual oleh Pa&Ma, Mohd Zulkifli berkata, doktor terpaksa buat keputusan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi walaupun usia kandungan baru 31 minggu. Ini bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
“Sejak isteri ditidurkan dan melalui pembedahan, sehingga sekarang keadaannya masih tidak sedar. Manakala bayi lelaki yang dilahirkan turut berada di NICU bawah pemantauan doktor kerana paru-parunya pun ada jangkitan.
Ads
“Apa yang menyedihkan, kelahiran bayi kedua ini sangat ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga kerana anak sulung adalah perempuan dan kiranya kehadiran bayi lelaki melengkapkan kehidupan saya dan isteri. Namun Allah lebih mengetahui segala-galanya,” ujarnya.
Jangkitan di paru-paru isteri teruk dan kuman dalam darah tinggi
Tambah Mohd Zulkifli lagi, daripada apa yang diberitahu doktor, keputusan untuk tidurkan isteri kerana paru-parunya mengalami jangkitan yang agak teruk dan kadar jangkitan dalam darahnya juga tinggi.
“Sekarang hanya harapkan doa daripada orang ramai untuk beri kekuatan isteri kembali sembuh seperti sediakala. Ini saja yang saya harapkan buat masa ini,” katanya.
Tak sampai 36 jam, oksigen turun mendadak
Ketika ditanya bagaimana isterinya disahkan Covid, Mohd Zulkifli jelaskan, pada awalnya mereka satu keluarga positif dan isteri ditahan di wad Hospital Sungai Buloh kerana mengandung dan berisiko.
Ads
Manakala saya dan anak hanya kuarantin di rumah kerana tiada apa-apa simptom dan tak teruk sangat. Selepas habis tempoh kuarantin dan keadaan isteri pun dah sihat, dia dibenarkan pulang ke rumah.
Lepas dibenarkan keluar hospital, seminggu selepas itu dapat tarikh untuk vaksin dan isteri pergi. Namun selepas itu dia kembali demam dan muntah-muntah. Saya bawa pergi hospital dan doktor buat pemeriksaan mendapati paru-parunya ada jangkitan dan darah dia pun ada jangkitan kuman yang tinggi.
Dalam masa tak sampai 36 jam, oksigennya drop sampai 51%. Disebabkan itulah doktor terus ambil keputusan untuk tidurkannya dan bersalinkan awal anak kami.
Doa orang ramai penguat isteri
Pada yang mengenali isteri saya Faiq Iqah beliau telah ditidurkan kerana kadar oksigennye turun mendadak hingga 51% dan memerlukan alat bantuan pernafasan 100%.
Ads
Dan dalam pada masa yang sama, baby dalam kandungan telah dkeluarkan dengan cara operation pada petang tadi (4 Ogos). Alhamdulillah baby ok cuma agak lemah kerana pramatang.
Mohon sahabat semua yang mengenali isteri saya, mohon doa kalian agar beliau dberi kesembuhan seperti sedia kala. Segala jasa baik kalian hanya Allah sahaja mampu membalasnya…. #semogaadacahayadihariesok
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
2 adik beradik ini mengalami ekzema dan kisah mereka pernah tular. Setelah menerima rawatan yang ditanggung Datin Eina Azman & suami, keadaan kedua-duanya semakin baik.
Nurul, suami anak-anak ersama Datin Eina Azman suaminya ketika peringkat awal rawatan.
Nayla Safya, 3 tahun dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia 10 mengalami ekzema yang teruk dan dikesan sejak berusia 1 bulan.
Menurut ibunya, Puan Nurul Abdulllah, ekzema anaknya semakin baik. Apa yang perlu diberikan perhatian kini ialah menjaga pemakanan anak terutamanya mengawal makanan manis/ bergula kepada anaknya
“Alhamdulillah, ada beransur pulih. Tapi kadang nak juga merah gatal-gatal. Kulit kasar kering dan berdarah,” kata Nurul ketika dihubungi Pa&Ma.
MASIH BERGANTUNG KEPADA UBAT
Nurul juga memberitahu kedua-dua cahaya matanya itu masih bergantung kepada ubat. Nayla & Nayl kini mendapat rawatan susulan di sebuah klinik di Subang Jaya. Alhamdulillah, hasil dari sumbangan 2 minggu sekali yang Datin Paduka Eina Azman & suami berikan cukup untuk pengambilan ubat-ubatan.
RUTIN PENJAGAAN EKZEMA ANAK
Nurul mengamalkan rutin menyapukan minyak kelapa dara kepada anaknya setiap pagi. Ia disapu selepas mandi pagi. Perlu tunggu kering/ meresap dan lempab kemudian dia akan menyapukan pula krim daripada klinik.
Pada waktu tengah hari, dia akan menyapu Lafiera skin treatment vifamin E serum serta krim muka yang dibekalkan klinik. Manakala sebelah malam, ibu ini akan menyapu lafiera treatment dan krim malam.
PEMAKANAN ANAK
Buat masa ini, Nurul memberikan anak-anak makan nasi dengan ikan yang mempunyai isi putih. Sayur-sayuran pula ialah sawi dan brokoli. Rupa-rupanya Nayla & Nayl suka makan sup sayur.
MATA ADA MASALAH KORNEA
Walau pun mempunyai masalah penglihatan, ibu ini cukup tabah menghadapi ujian ini. Nurul mempunyai masalah kornea dan menyebabkan penglihatannya agak kabur. Hati ibu sentiasa mendahulukan anak-anak dan kini dia masih belum membuat apa-apa rawatan kepada masalah matanya itu.
Bila penat menguasai si ibu, memang tak dapat dikawal lagi. Ibu hanyalah manusia biasa, sekuat mana pun tetap perlu berehat lebih-lebih lagi bila is ibu masih dalam tempoh berpantang.
Dr Redzal Zainol, doktor kanak-kanak berkongsi cerita di mana bayi yang baru berusia 2 hari terjatuh dari lantai akibat si ibu yang terlelap kepenatan ketika menyusukan bayi. Doktor turut menitipkan pesanan buat semua agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Terkejut saya bila jururawat maklumkan ada kes bayi usia 2 hari terjatuh ke atas lantai.
“Saya terlalu penat.”
Itulah yang ibunya katakan. Setiap 2-3 jam, dia bangun untuk susukan anak sepanjang malam.
Dalam tak sedar, dia dah terlelap dalam posisi duduk sambil menyusukan anak. Bayi yang sedang dipegang erat terus terlepas dan bergolek jatuh ke lantai.
“Semuanya berlaku sangat pantas. Saya pun tak ingat.”
Wajahnya nampak letih, dan saya tahu dirinya dipenuhi dengan rasa bersalah.
Ibu bukan Superwoman. Mereka juga perlukan rehat, makan dan tidur yang mencukupi.
Jaga diri sendiri baik-baik. Suami pun sama-sama bantu isteri. Itulah tanda kita hargai pengorbanan isteri.
Ibu yang terlalu penat dan tak dibantu, boleh mengundang kemalangan.
🚨 Ada bayi yang terjatuh ketika menyusu dan tersangkut pada cadar, selimut, pakaian ibu dan jadi lemas.
🚨 Ada bayi jatuh bila ibu yang sedang memegang anak membongkok untuk ambil barang di lantai.
🚨 Ada bayi terjatuh bila ibu menukar posisi menyusu anak.
🚨 Ada bayi yang lemas, bila ibu atau ayah tertidur di atas badan atau muka bayi akibat terlalu letih.
Saya nasihatkan:
✅ Kalau isteri dah mula rasa mengantuk, terus beritahu pada suami atau pembantu. Ada orang lain yang boleh tengokkan bayi.
✅ Bantu isteri untuk letakkan bayi atau ambilkan bayi dari katil bayi.
✅ Mak ayah sendiri sebaiknya tak tidur atas katil yang sama dengan bayi. Kes bayi meninggal dunia sebab dihempap orang dewasa yang tengah tidur ni memang betul-betul terjadi.
✅ Jangan biar baby tidur meniarap melainkan kalau dia dah pandai pusingkan badan sendiri.
✅ Tak usah letakkan bantal, comforter atau patung mainan atas tilam bayi kita supaya risiko bayi lemas tertimpa benda tu semua tak berlaku.
Tolong #kongsikan juga cerita ni pada pasangan dan pengasuh bayi kita tu. Kita sama-sama belajar supaya anak kita selamat.
Enggan terus mengelak pelbagai pertanyaan ramai, usahawan berjaya dan selebriti Neelofa akhirnya mengesahkan bahawa dirinya kini hamil anak kedua.
Ibu kepada Muhammad Bilal itu akhirnya bersedia berkongsi perkhabaran gembira itu kepada orang ramai setelah perubahan fizikal yang kini semakin jelas kelihatan.
Malah isteri kesayangan PU Haris ini juga turut mendedahkan yang kandungannya kini berada di trimester kedua.
“Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Usia kandungannya kini sudah ‘half way to go’.
“Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih bayi lagi. Tapi syukur semua mendoakan saya,” katanya berkongsi.
Bahkan akui Neelofa lagi, kehamilan kali kedua ini nyata lebih mudah berbanding anak pertamanya yang merupakan kehamilan sulung.
Tak kisah jantina anak
Bahkan kata Neelofa, dia dan suami tidak kisah tentang jantina anak kedua dan sedang dalam persiapan menyambut kelahirannya tidak lama lagi.
“Dari anak pertama lagi saya dan suami memang tidak kisah mengenai gender anak, memadai jika bayi dalam keadaan sihat dan baik.
“Syukur, setakat ini saya tida ada alahan yang teruk. Memandangkan ini pun sudah anak kedua, jadi sudah biasa dan lebih mudah untuk mengatur semuanya,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Neelofa melangsungkan pernikahan dengan Muhammad Harris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 29 Januari tahun lalu, Muhammad Bilal bin Muhummad Harris.
Anak Kecil, Impian Besar: Inspirasi Dari Laila, Model Cilik Malaysia
Dalam dunia yang penuh cabaran dan persaingan ini, muncul seorang bintang kecil yang sedang bersinar...