“Bangunlah Sayang..” Isteri Terpaksa Bersalin Awal Kerana Covid Sampai Hari Ini Belum Sedar

Share

Saban hari, kes membabitkan ibu hamil yang positif Covid semakin meningkat. Apa yang sedihnya, ibu dan bayi dalam kandungan turut berisiko sehingga ada yang perlu menjalani pembedahan melahirkan bayi lebih awal dan ibu terpaksa ditidurkan.

Keadaan ini turut memberi kesan buat ahli keluarga dan anak-anak yang mengharapkan si ibu dapat kembali sedar dan pulang ke rumah seperti biasa.

Moga ada keajaiban buat isteri

Melalui perkongsian seorang suami, Mohd Zulkifli Mohdisa, dia sangat mengharapkan doa orang ramai boleh memberi keajaiban buat isterinya, Faiqah yang kini sedang bertarung nyawa dan ditempatkan di ICU setelah disahkan Covid.

Lagi sedih, anak dalam kandungan juga terpaksa dilahirkan awal kerana oksigen isterinya turun mendadak sehingga terpaksa menggunakan mesin pernafasan dan pemantauan rapi.

Terpaksa operate, keluarkan bayi usia 31 minggu

Ketika ditemubual oleh Pa&Ma, Mohd Zulkifli berkata, doktor terpaksa buat keputusan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi walaupun usia kandungan baru 31 minggu. Ini bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.

ARTIKEL BERKENAAN [Ibu Hamil Dijangkiti Covid, Kemungkinan Masuk ICU & Bersalin Awal 2 Kali Ganda!]

“Sejak isteri ditidurkan dan melalui pembedahan, sehingga sekarang keadaannya masih tidak sedar. Manakala bayi lelaki yang dilahirkan turut berada di NICU bawah pemantauan doktor kerana paru-parunya pun ada jangkitan.

“Apa yang menyedihkan, kelahiran bayi kedua ini sangat ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga kerana anak sulung adalah perempuan dan kiranya kehadiran bayi lelaki melengkapkan kehidupan saya dan isteri. Namun Allah lebih mengetahui segala-galanya,” ujarnya.

Jangkitan di paru-paru isteri teruk dan kuman dalam darah tinggi

Tambah Mohd Zulkifli lagi, daripada apa yang diberitahu doktor, keputusan untuk tidurkan isteri kerana paru-parunya mengalami jangkitan yang agak teruk dan kadar jangkitan dalam darahnya juga tinggi.

“Sekarang hanya harapkan doa daripada orang ramai untuk beri kekuatan isteri kembali sembuh seperti sediakala. Ini saja yang saya harapkan buat masa ini,” katanya.

Tak sampai 36 jam, oksigen turun mendadak

Ketika ditanya bagaimana isterinya disahkan Covid, Mohd Zulkifli jelaskan, pada awalnya mereka satu keluarga positif dan isteri ditahan di wad Hospital Sungai Buloh kerana mengandung dan berisiko.

Manakala saya dan anak hanya kuarantin di rumah kerana tiada apa-apa simptom dan tak teruk sangat. Selepas habis tempoh kuarantin dan keadaan isteri pun dah sihat, dia dibenarkan pulang ke rumah.

Lepas dibenarkan keluar hospital, seminggu selepas itu dapat tarikh untuk vaksin dan isteri pergi. Namun selepas itu dia kembali demam dan muntah-muntah. Saya bawa pergi hospital dan doktor buat pemeriksaan mendapati paru-parunya ada jangkitan dan darah dia pun ada jangkitan kuman yang tinggi.

Dalam masa tak sampai 36 jam, oksigennya drop sampai 51%. Disebabkan itulah doktor terus ambil keputusan untuk tidurkannya dan bersalinkan awal anak kami.

Doa orang ramai penguat isteri

Pada yang mengenali isteri saya Faiq Iqah beliau telah ditidurkan kerana kadar oksigennye turun mendadak hingga 51% dan memerlukan alat bantuan pernafasan 100%.

Dan dalam pada masa yang sama, baby dalam kandungan telah dkeluarkan dengan cara operation pada petang tadi (4 Ogos). Alhamdulillah baby ok cuma agak lemah kerana pramatang.

Mohon sahabat semua yang mengenali isteri saya, mohon doa kalian agar beliau dberi kesembuhan seperti sedia kala. Segala jasa baik kalian hanya Allah sahaja mampu membalasnya….
#semogaadacahayadihariesok

Kredit: Mohd Zulkifli Mohdisa

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy