“Bantal Ni Sejak Baby Lagi” Suami Tebalkan Muka Ambil Bantal Busuk Isteri Dekat Homestay, 25 Tahun Jadi Peneman!

Share

Penangan bantal busuk ini bukan biasa-biasa. Sehari tanpa bantal busuk ibarat setahun lamanya menunggu. Gelisah dan resah.

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita, Maxine Marsha Suil yang tertinggal bantal busuk kesayangannya di sebuah homestay ketika menginap di situ bersama suami.

Kasihan dan bimbangkan keadaan isteri, suaminya menebalkan muka untuk bersemuka dengan pekerja homestay terbabit bagi mendapatkan semula bantal busuk milik isterinya yang tertinggal.

Wanita berusia 25 tahun yang menetap di Kuching, Sarawak itu memberitahu, bantal busuk tersebut dimilikinya sejak kecil.

“Bantal busuk ni sejak saya baby lagi, hampir 25 tahun. Saya hanya perasan tertinggal bantal tu apabila unpack barang-barang sewaktu di homestay lain.

“Eh mana bantal busuk? Tiba-tiba hilang. Saya minta suami telefon pihak homestay untuk mereka periksa dan tolong simpankan sebelum kemasukan guest lain.

“Satu malam tertinggal kat hosmestay dan malam itu juga saya susah tidur. Tidur pusing sana, pusing sini… memang tak tenang,” katanya berkongsi.

Menerusi video yang tular, Marsha mewakilkan suaminya untuk turun kereta mengambil bantal busuknya daripada pekerja homestay keesokkan harinya.

Malah katanya lagi, dia pernah nyaris tertinggal bantal busuk tersebut ketika hendak menaiki penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur suatu ketika dulu.

“Saya malu nak ambil dan pesan pada suami jangan beritahu itu bantal isteri. Mujur suami sporting sebab dia pun tidur tak tenang sebab saya susah tidur,” kongsinya lagi.

Dicuci bersih dan ganti sarung baru
Walaupun bantal tersebut berusia lebih dua dekad, Marsha yang lebih setahun mendirikan rumah tangga berkata, bantal itu dijaga dengan baik malah sentiasa dicuci dan digantikan sarungnya.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

“Jangan Sedih Ada Anak Austism” Bukan Beban, Ibu Ni Kongsi Kisah Bahagia Yang Orang Tak Nampak!

“Hebatnya Didikan” Bila Semua Anak 7 Perempuan, Papa Ambil Tanggungjawab Catat Ganti Puasa Anak, Superb!

“Sebenarnya bantal tu sudah ada sarung baharu, dan kerap juga dicuci sebab saya tak boleh kalau benda tu kotor nanti rasa tak selesa,” katanya.

Malah dia paling bersyukur, suaminya memahami keadaan dirinya dengan bantal busuk yang tidak dapat dipisahkan itu.

“Suami sejak kami belum kahwin pun sangat memahami bantal busuk saya tu tak boleh dipisahkan. Bantal ni peneman tidur saya,” ujarnya lagi.

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Kredit: Mstar

Published by
SRM