Keibubapaan

Bantu Anak Jadi Anti Rasuah, Mak Ayah Perlu Mainkan Peranan, Tanam Jati Diri Sejak Kecil!

Share

Ibu bapa menjadi watak utama dalam membentuk anak kecil untuk sedar dan tahu akan kepentingan buruknya anasir rasuah yang membelenggu masyarakat kita hari ini.

Malah ibu bapalah jugalah memainkan peranan utama sejak kecil lagi untuk membentuk agar anak menolak pemberian orang tanpa kepentingan dengan cara paling berkhemah.

Kupasan mengenai permasalah rasuah inilah yang cuba dibangkitkan oleh lapan panel menerusi sesi Live Politik Malaysia Tanpa Rasuah yang dibawakan oleh Rasuah Busters, Sinar Harian dan juga Astro Awani.

Menurut Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, usaha membanteras masalah rasuah perlu diberikan tumpuan kepada ahli politik kerana mereka bertanggungjawab menentukan masa depan negara.

Malah kata Datuk Hussamuddin lagi, usaha membenteras yang melibatkan kumpulan ahli politik itu perlu kerana mereka adalah ‘decision maker’ dan pembuat dasar.

“Untuk itu, gerakan pasukan Rasuah Busters berusaha untuk memastikan kumpulan pertama ini yang melibatkan ahli politik adalah kumpulan pemimpin yang bebas rasuah.

“Untuk itu kita perlukan pemimpin yang berintegriti tinggi sahaja untuk berada di tampuk kepimpinan negara,” katanya dalam ucapan aluan majlis pelancaran gerakan Politik #MalaysiaTanpaRasuah secara maya pada pagi tadi.

Tambah Hussamuddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, pasukan Rasuah Busters akan bertindak sebagai mata dan telinga untuk mendesak sebuah kerajaan serta kepimpinan politik yang bersih menerusi gerakan Politik #MalaysiaTanpaRasuah.

Tanam anti rasuah dalam diri anak-anak sejak kecil

Katanya lagi menerusi beberapa perkongsiannya, pentingnya anak-anak kecil kita untuk diajar akan kepentingan menolak pemberian dan penekanan mengenai amalan rasuah yang sememangnya kurang sihat buat anak-anak kita yang sedang membesar.

Ketika ditanya mengenai kancer Rasuah yang patut dikongsikan sebagai salah satu subjek pendidikan khas di sekolah, Datuk Hussamuddin berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka.

“Bagi saya pendidikan anti rasuah ini bukan tugas guru, ibu bapa harus tanam supaya benci kepada salah laku rasuah. Dan ibu bapa yang bekerja sebagai guru, bawalah mesej yang sama kepada anak didik.

“Jadi jika mesej ini dapat disampai kepada anak-anak kita, kalau nak beri atau terima rasuah boleh diatasi sejak awal lagi,” kongsinya lagi.

Katanya, selain itu pasukan Rasuah Busters juga mengajak seluruh rakyat Malaysia bangkit membenci rasuah demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Enam Tuntutan Kempen Politik, #MalaysiaTanpaRasuah 

Mengulas lanjut, Hussamuddin berkata, menerusi kempen Politik #MalaysiaTanpaRasuah yang dilancarkan hari ini, terdapat enam tuntutan yang diberi perhatian oleh pasukan Rasuah Busters.

Katanya, tuntutan pertama adalah berhubung pelaksanaan dan sokongan penuh kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan keduanya mempercepatkan pembentangan dan perlaksanaan Akta Pembiayaan Dana Politik.

Menurutnya, tuntutan ketiga untuk memastikan kebebasan dan ketelusan institusi terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

“Tuntutan keempat memperkenal dan mengadakan Pilihanraya Pecat sebagai alternatif segera kepada Akta Anti Lompat Parti, seterusnya pelaksanaan dan pemerkasaan Undi18 serta melaksanakan reformasi parlimen,” katanya.

Keenam-enam tuntutan itu masing-masing dibentangkan oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diadakan secara maya.

Antara NGO yang bersama misi itu, BERSIH 2.0, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Center to Combat Corruption & Cronysm, Transparency International Malaysia (TI-M), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan Undi18.

Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi, Jom Baca Untuk Ketahui/

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM