Di musim pandemik ini ada baiknya kita berkreatif mencari idea bagaimana untuk tidak membuatkan anak bosan di rumah. Pelbagaikan aktiviti motor halus dan kasar agar dapat menarik perhatian anak-anak.
Paling penting pastinya membiarkan anak melepaskan tenaganya setiap hari pada saluran yang betul. Idea Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi yang memilih aktiviti rock climbing untuk anak-anaknya di rumah ini memang superb. Hanya pakukan dinding dan biarkan anak memanjat dengan selamat di rumah. Terbaik!
Tak sangka pulak, ramai yang mesej saya semalam. Sebab nampak story anak saya ber’rock-climbing’. Elok juga kalian bertanya.
Alang-alang, bolehlah saya berkempen untuk wujudkan satu tempat panjat dalam rumah. 1 rumah, 1 tempat climbing. Gitu.
Bukan apa. Sesuai sangat dengan zaman pendemik sekarang. Sekurang-kurangnya, anak ada tempat untuk menyalurkan tenaga.
Habis pendemik pun, benda ni mampu berfungsi bagi kebaikan yang sangat POWERFUL kat anak.
Apa yang powerfulnya?
Perasan tak, zaman sekarang ramai kanak-kanak delay. Antara sebabnya, kurang peluang untuk eksplorasi. Zaman kita dulu, kita panjat pokok, terjun sungai, main tenteng, main congkak. Jadi badan kita dapat stimulasi yang cukup.
Tu sebab budak zaman dulu (kitalah tu), nampak lebih berdaya tahan.
Sedangkan kanak-kanak sekarang, jarang dapat keluar. Sebabnya :
🚫 Zaman sekarang bahaya bagi anak keluar sendiri
🚫 Susah dah nak dapat rumah bertanah. Kalau adapun, tak jumpa pokok untuk dipanjat. Apatah lagi sungai
🚫 Kanak-kanak lebih akrab dengan gajet
Jadi, kita mak ayah terpaksa bekerja keras untuk wujudkan ruang untuk anak bereksplorasi di rumah. Antara yang saya boleh cadangkan adalah, rock climbing ni.
Kebaikan wall climbing kepada anak-anak :
💪 Stimulate deria keseimbangan
💪 Koordinasi otak kanak dan otak kiri.
💪 Membina kecekapan badan
💪 Koordinasi mata – tangan
💪 Tingkatkan kemahiran problem-solving
💪 Membina keyakinan diri
Dan, yang saya rasa PARENTS PALING SUKA NAK DENGAR adalah, aktiviti ini
* membina kekuatan otot yang diperlukan untuk anak MAHIR MENULIS.
Sebab apa? Sebab aktiviti memanjat menguatkan otot jari, lengan, bahu dan otot teras. Bila otot jari dan bahunya kuat, tidaklah anak asyik penat menulis. Bila otot terasnya padu, barulah anak boleh fokus duduk lama-lama untuk belajar.
Best kan!
Bak kata suami saya, “Demi melahirkan anak bujang budiman (baca ‘strongman’), dinding pun sanggup kutebuk.”
Tapi pesanan saya, kalau nak dapatkan, pastikan pilih skru yang sesuai dengan dinding. Kalau tak, jadi macam saya. Tersalah pilih. Terpaksa beli lain. Nasib baik rumah dekat dengan hardware.
Untuk keselamatan, letak tilam lipat kat bawah, dan suruh anak pakai helmet.
Sebelum tebuk dinding, decide dulu kedudukan ‘panel’. Kalau salah tebuk, terpaksa wakaf lubang salah tu sebagai tempat tinggal labah-labah.
Kami letak lebih kurang 20 panel. Cukuplah ni.
Menarik: Tak Sama Macam Ibu, Ayah Bantu Anak Kuat Dalamannya, Sebab Tu Lah Ayah Hero Pada Anak
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)