Berita

Bantuan Awal Persekolahan, Agihan Bermula 13 Januari

Share

Bantuan Awal Persekolahan, agihan bermula 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.

Bantuan Awal Persekolahan, Agihan Bermula 13 Januari

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025.

Menurutnya, manakala agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2025.

“Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.

“Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan beberapa kaedah iaitu serahan tunai kepada ibu bapa bagi sekolah rendah manakala sekolah menengah pula akan diberikan menerusi ibu bapa atau murid.

“Cara kedua adalah pengkreditan ke akaun bank murid atau akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

KPM memberitahu, Kerajaan Madani memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP.

Jelasnya, sebanyak RM150 diperuntukkan kepada setiap murid secara sekali bayar (one-off) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.

“Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan Madani untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Kredit foto (top image) : Berita Harian 

Baca artikel lain juga: Bantuan Awal Persekolahan, Peluasan BAP Kepada Pelajar Tingkatan Enam Pertama Kali Dilaksanakan

Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) Diteruskan, Ini Tarikh & Semakan Mak Ayah!

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Published by
Has