Bantuan Awal Persekolahan tidak akan dipotong, KPM beri jaminan. Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 yang diterima setiap pelajar bagi sesi 2025 tidak akan dipotong, sekali gus ibu bapa tidak perlu bimbang mengenainya.
Bantuan Awal Persekolahan Tidak Akan Dipotong, KPM Beri Jaminan
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Ahmad Suhaimi Endut berkata, BAP berjumlah RM150 akan diterima sepenuhnya.
Katanya, ini kerana, kementerian sudah mengarahkan supaya bantuan itu tidak dipotong bagi tujuan lain termasuk bagi pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
“Sebelum ini, wujud kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang mengatakan duit ini (BAP) akan dipotong PIBG umpamanya, atau perkara lain, dan kita tidak mahu perkara ini berlaku.
“Oleh itu, kita harap bantuan yang diterima ini akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan pendidikan berbanding perkara lain oleh ibu bapa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Tahun 2025 peringkat Pahang di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dan Pengarah JPNP Datuk Amzan Abd Malek.
Pada majlis itu, JPNP menerima BAP berjumlah RM39.13 juta membabitkan 260,904 murid dan pelajar.
Ads
Tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM791.25 juta khusus untuk bayaran BAP berjumlah RM150 kepada setiap murid dan pelajar dan secara sekali bayar.
Ia memberi manfaat kepada 5.2 juta murid dan pelajar di seluruh negara.
Bayaran BAP kepada murid dan pelajar dilakukan pihak sekolah sama ada menggunakan kaedah serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah), ibu bapa atau pelajar (sekolah menengah), pengkreditan ke akaun bank murid dan pelajar atau pengkreditan ke akaun bank ibu bapa.
Ahmad Suhaimi berkata, mulai tahun ini, pemberian BAP diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam membabitkan 100,000 orang dengan peruntukan keseluruhan RM15 juta.
“Pelajar tingkatan enam baharu bagi sesi 2025/2026 dijangka akan menerima bantuan ini bermula 1 Julai ini,” katanya.
Datuk dan nenek mana yang tidak sayangkan cucu. Kalau boleh, mahu dipeluk cium selalu. Bila cucu mereka dimarahi anak-anak, dia pula tegur kita semula. Tak diberinya anak-anak ni memarahi cucunya. Apa saja yang cucu-cucu minta, akan diberikannya.
Sebab itulah cucu-cucu cukup suka bila balik ke kampung. Apa yang ibu ayah tak beri, bila di kampung pandai pula dia minta dari datuk dan nenek. Confirm dapat! Tapi tidak semua orang mempunyai nasib yang baik. Ada juga datuk dan nenek yang pilih kasih. Tidak beri kasih sayang dan layanan yang sama kepada semua cucunya. Ada yang lebih, ada yang langsung tidak dipedulikan.
Begitulah perkongsian seorang ibu di pageKisah Rumah Tangga apabila dia berkongsi kisah sedih ibunya pilih kasih. Anak-anaknya tidak mendapat perhatian yang sama seperti sepupu mereka yang lain.
Tak Pernah Dukung, Sayang Anak-Anak Aku
Ada x mak mak korang pilih cucu yang dia syg je? Aku ni ada 3beradik perempuan 2lelaki.. Mak aku xpernah dukung anak2 aku.. Jauh la skli nak sygg. Tp anak kakak anak adik aku ank abg.. Mak tatang mcm minyak yg penuh.. Dia punya sygg tu smpai dlm group fmly, adik aku pos gambar anak dia.. Mak aku ckp ni la pengubat rindu dia.
Bila kdg2 aku pos gambar anak aku kat status atau group mak aku xpernah respon.. Ada skli aku wsp dia guna voice.anak2 aku panggil nek nenek. ..
Aku ckup2 terasa.. Terus terang dia kata.. ’emak mmg xberapa. Ingat sgt anak2 kau”.. Aku masih simpan voice dia tu.. Aku ulang ulang nak dgr dan nak faham.. Apa. Dia maksud kan tu.
Klu blk raya.. Anak adik aku 8bln kot semangat badan dia.. Mak. Aku dukung.. Peluk. Punya la sygg.padahal tangan mak aku sakit tu.. Larat dia dukung ek..
Nak Manja, Naik Motor Dengan Atuk. Tak Pernah Dapat
Ank2 aku mak xpernah panggil pun nama.. Dukung jauh la skli. Sedih kdg2 aku tgok.. Terkejar2 ank aku nak naik motor atok dia.. Tp xdpt.. Penuh dgn ank kakak ngan anak adik Kalau aku pos pic masakan aku dlm status mak aku mcm x suka.. Mcm geli dia buat pic kartun muntah.
Jarang skli aku masak kat rumah mak.. Sejenis mak aku ni.. Dia je perfect.. Yg bole masakk kat rumah dia tu.. Along dan adik je.. Yg lain2 masak mmg dia x terima.. Aku pon xtahu la.. Mak aku ni… Potong sayur salah pon sangup dia buang.. Sayur lodeh nk masak raya kalau slh potong pun jadi isu dia..
Malu Dengan Suami
Ermmm kdg sedih aku time nk blk kmpg ajak suami.. Perangai mak aku buat aku segan dgn suami.. Dah tua dah bukan muda lagi. Sudah sudah la jdi ibu dan nenek yg pilih kasih..
Yela anak2 sy hitam.. Kering. Anak kakak anak adik anak abg putih putih pandai.. Bijak.. Gebu ..
Hati siapa yang tidak terkesan jika diberikan layanan begini.Anak-anak yang masih kecil, tidak faham situasi sudah tentu teruja setiap kali mahu pulang ke kampung. Dengan harapan dapat bermanja dengan datuk dan nenek mereka. Tetapi apabila pulang ke kampung dilayan acuh tak acuh pula.
Semoga ibu ini terus kuat dan tabah berhadapan dengan sikap ibunya yang pilih kasih itu. Kita doakan agar semuanya akan menjadi lebih baik dan anak-anaknya akan disayangi sama seperti sepupu mereka yang lain suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang lain dari yang lain. Jika ramai anak-anak kecil kita memilih menggayakan kostum polis, bomba dan sebagainya untuk sambutan Hari Kebangsaan lalu, lain pula halnya dengan anak kecil ini yang tampil unik dan berbeza dengan kostum yang satu ini.
Lari dari kebiasaan, penampilan si cilik, Aisy Muhammad yang muncul sebagai penembak hendap atau sniper seperti dalam pasukan ketenteraan menggunakan baju penyamaran atau ghillie suit meraih tumpuan.
Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun itu, Saiful Azwan Shamsul sengaja memilih kostum hebat itu bagi mencari kelainan.
“Saya mahu buat kelainan untuk anak saya supaya kelihatan lebih gempak. Jadi saya perlu fikirkan idea di luar kotak untuk kelihatan dari daripada yang lain.
Tidak hanya memikirkan idea bahkan bapa sporting ini turut menempah set ghillie suit itu untuk anaknya lebih awal.
Walaupun bimbang pada awalnya baju yang ditempah tidak sempat siap, namun dia bersyukur akhirnya anak kecilnya itu dapat menyarung suit berkenaan.
“Saya tempah di kedai di mana baju celoreng dicerai halus untuk dijadikan ghillie suit dan juga kait benang-benang hijau.
“Selain ghillie suit, anak saya juga memakai topeng muka baraclava, sarung tangan serta dipadankan dengan kasut sekolah berwarna hitam,” kongsinya lagi.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata yang juga anggota Pasukan Gerakan Am(PGA) itu tidak menyangka anaknya beraksi dengan baik ketika membuat persembahan di sekolah.
Malah perkongsian video itu di Tik Tok juga turut menarik perhatian ramai, tidak kurang juga yang mahu turut sama bergambar.
Diuji dengan episod rumahtangga yang tiada berkesudahan, namun ibu cekal bernama Bella Astilah ini terus kuat menempuh hari mendatang.
Semuanya demi membesarkan dua anak kecilnya, Ayden dan Ara yang kini baru berusia enam dan tiga tahun.
Menerusi perkongsian terbaru Bella di Instagramnya, akui Bella, dua anaknya adalah harta tidak ternilai bagi dirinya. Apa pun yang berlaku dalam hidupnya kini, dia mahu berusaha keras demi dua anaknya.
“Harta yang paling berharga buat mummy.
“Mummy akan work hard untuk Ayden & Ara,” tulisnya.
Menerusi perkongsian videonya, Bella dilihat cukup bersemangat dan gembira membawa dua anaknya ke Zoo Negara baru-baru ini.
Walau dihimpit pelbagai kisah duka, wajah dan riak Bella sebolehnya mahu ceria dan bahagia bila bersama anak-anak.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini dilihat cukup ceria malah sentiasa menjawab pelbagai persoalan dari dua anak-anaknya ketika lawatan ke zoo itu.
Keduanya cukup lincah, lasak dan cerdik bertanyakan mengenai haiwan yang dilihat. Malah Ayden juga begitu berani beraksi bersama burung kakak tua ketika berada di sana.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun, pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Aura Bang Aji memang luar biasa! Kenali kisah comel Muhammad Aniq Redzuan, si kecil berbakat dan penuh pesona yang mencuri perhatian ramai dengan keletahnya yang mencuit hati.