Berita

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri, Dapat Ringankan Beban Penjawat Awam & Pesara

Share

Tak dinafikan, memang ramai orang yang struggle untuk menyambut ketibaan Syawal tahun ini. Maklumlah, baru saja ‘berhabis’ ketika anak-anak memulakan sesi persekolahan awal bulan Mac yang lepas.

Namun, berita baik bagi penjawat awam apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tentang Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilftri sebanyak RM500 untuk mereka.

Sumber foto: Tangkap layar dari portal BH Online

Beliau membuat pengumuman tersebut pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, hari ini.

Artikel Menarik:

Madammu Belanja 1000 Pasang Baju Raya Baru, Tersentuh Hati Ramai Tak Mampu Beli!

Rezeki Suami Tak Putus-Putus Dengan Doa Isteri, Layanlah Isteri Baik-Baik!

Tip Mudah Ajar Anak Hafal Surah, Anak-Anak Lagi Mudah Ingat!

Ketika pengumuman dibuat, Perdana Menteri turut memberitahu bantaun RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah akan dibayar seawal Jumaat ini. Tambah beliau lagi, BKK Aidilfitri ini akan disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteren berpencen serta tidak berpencen.

Beliau turut berkongsi bahawa kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan ini sebanyak RM500 kepada penjawat awam serta RM250 bagi pesara termasuklah untuk lantikan kontrak.

Terdahulu, isu pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri untuk kerajaan berikan kepada penjawat awam dan pesara ini telah digesa oleh Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat pada 15 Mac yang lepas di Ipoh.

Kata Adnan, pihaknya berharap Perdana Menteri untuk terus mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan itu seperti yang telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu. Insentif ini bukan saja bermanfaat untuk penjawat awam tetapi turu memberi kelegaan kepada golongan peniaga.

Tambahnya, rayuan untuk pemberian BKK Aidilfitri ini sedikit-sebanyak dapat menggalakkan penjawat awam untuk menyokong perniagaan peniaga di bazar Aidilfitri. Dimaklumkan perniagaan merosot kerana penjawat awam kurang ‘purchasing power’.

Adnan turut mengatakan jika tiada kelebihan untuk penjawat awam, maka kebanyakan mereka tak mampu membeli dan mewujudkan pusingan ekonomi kepada peniaga.

Diharapkan dengan BKK Aidilfitri ini, dapat membantu untuk menampung perbelanjaan hari raya namun ingin diingatkan berbelanjalah dengan bijak dan elakkan pembaziran. Jadikan bantuan ini sebagai ‘back up plan’ sekiranya perlu terutamanya dalam musim perayaan ini.

Sumber: BH Online

Published by
Emy H