Kesihatan

Banyak Bahayanya Bila Anak Sakit Tapi Masih Tetap Nak Ke Sekolah, Apa Mama Papa Perlu Buat!

Share

Ramai ibu bapa selalu memandang ringan bila anak demam sedangkan hakikatnya demam adalah petanda ketidakstabilan pada tubuh anak.

Banyak perkara boleh berlaku bermula daripada demam. Jadi hati-hati, mama papa kena lebih peka bila anak demam.

Suhu haruslah sentiasa dipantau supaya badan anak tidak panas melampau dan mengakibatkan masalah lain seperti sawan dan sebagainya. Bila anak demam, perkara paling utama yang mama harus lakukan adalah melarang sama sekali anak ke sekolah. Ini penting bagi memastikan kesihatan anak lebih terjamin.

Beri keselesaan pada anak

Sama seperti kita, anak juga semestinya tidak selesa apabila demam. Rasa sengal-sengal pada sendi, tidak selesa pada tekak dan hidung serta kesejukan melampau. Selain itu, anak juga ingin berehat dan berbaring dengan selesa. Jadi periksa suhu anak setiap hari supaya anda boleh pantau bila mereka demam. Elakkan anak ke sekolah sepanjang tempoh itu. Berikan mereka rehat yang cukup di rumah.

Pastikan anak tidak mejangkiti kanak-kanak lain

Anak demam yang masih ke sekolah bukan hanya tidak cukup bersedia untuk memulakan harinya, tetapi juga mampu memberi impak kepada rakan-rakan di sekeliling. Virus yang dibawa mereka dikhuatiri boleh dipindahkan kepada rakan-rakan lain. Bagi mengelakkan masalah ini, ada baiknya anak ditempatkan di rumah sahaja. Ibu bapa kena lebih prihatin!

 

Keadaan anak tidak stabil

Anak sama sekali tidak stabil dan bersedia untuk ke sekolah apabila suhu badan mereka mencapai paras tinggi iaitu 37.5 selsius atau lebih. Tubuh anak menjadi lemah dan tahap pemfokusan kepada pembelajaran juga menjadi menurun. Malah anak hilang keupayaan untuk bergerak aktif seperti selalu. Jadi dengan membenarkan anak ke sekolah ketika waktu demam amatlah tidak sesuai. Anak cenderung untuk jatuh dan risiko pada bahaya lain yang berkemungkinan berlaku. Jadi jangan undang risiko!

Guru terpaksa galas tanggungjawab

Apabila anak yang demam pergi ke sekolah, secara automatik guru terpaksa menggalas tanggungjawab untuk menjaga dan memerhatikan mereka setiap masa. Akibatnya guru terpaksa mengabaikan tanggungjawabnya kepada murid lain dan menumpukan perhatian kepada anak yang sakit.

Mama tidak boleh pantau

Bukan hanya guru, malah ibu bapa sendiri tidak dapat memantau perkembangan suhu anak mereka apabila berada di sekolah. Keadaan ini pastinya amat berbahaya kerana jika suhu naik mendadak secara tiba-tiba, anak mungkin terdedah risiko serangan penyakit lain. Ada baiknya anak berada di rumah dan ibu mengambil cuti untuk memantau kesihatan anak. Anak selesa, ibu pun tidak perlu risau.

Berikan suplemen sesuai untuk cepat sembuh

Bila anak demam jangan dibiarkan tanpa rawatan sebaliknya segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pengamilan ubat bagi meredakan demam anak. Memilih beberapa jenis ubat yang disyorkan doktor atau membekalkan anak dengan suplemen sesuai amat disarankan. Suplemen Sambucol yang dihasilkan daripada buah elderberri berkualiti tinggi merupakan pilihan bijak yang ibu bapa boleh berikan. Ia mampu meredakan demam selesema dan memendekkan tempoh demam. Bukan itu sahaja, Sambucol juga meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Tak salah jika diberikan kepada anak secara konsisten.

Mama boleh dapatkan produk ini lazada.com.my. Untuk keterangan lanjut boleh layari Facebook Sambucol.

Elak Kerap Ponteng Kelas

Apabila anak demam, secara automatik anak terpaksa ponteng kelas kerana tidak cukup bersedia untuk ke sekolah. Jangan biarkan anak selalu ponteng kelas hanya disebabkan kerap kali demam. Akibatnya anak jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan lain. Pastikan anak diberikan suplemen

yang sesuai untuk mengekalkan imunasi tubuhnya supaya kurang selsema, batuk dan sekaligus demam. Jadi masalah anak ponteng pastinya berjaya dikurangkan.

Langkah Mudah Mama Perlu Buat

* Periksa suhu anak dari semasa ke semasa.

* Basahkan tuala kecil dan lapkan pada badan anak terutama di bawah ketiak.

* Basahkan kepala anak dan biarkan kering dengan sendiri.

* Jika suhu anak terlampau tinggi, segera mandikan anak.

* Buka baju anak dan biarkan dalam suhu biasa. Jika perlu pakai baju pastikan baju nipis sahaja.

* Tampalkan cooler di atas dahi.

* Boleh juga sapukan jel aloe vera di bawah ketiak untuk redakan suhu anak.

Published by
SRM