Di saat kita hidup selesa, masih ramai lagi yang kurang bernasib baik. Kisah seorang penghantar makanan yang mencari rezeki sambil menggendong anaknya telah mencuri tumpuan pelakon Anzalna Nasir untuk membantu.
Menerusi satu perkongsian InstaStory, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.
Anzalna berkata, pelbagai barangan bayi yang boleh disumbangkan apatah lagi dia sememangnya memiliki dua cahaya mata lelaki bernama Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
“Anak abang (rider) ni lelaki ke? Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna.. banyak barang-barang bayi nak bagi kat dia,” tulis pelakon berusia 34 tahun itu.
Sementara itu, pelakon drama Dendam Aurora itu turut meluahkan penghargaan kepada pendakwah selebriti Ebit Lew yang segera tampil membantu selepas kisah rider berkenaan tular di media sosial.
“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,” kata Anzalna.
Air mata kesyukuran
Ebit menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada bapa tiga anak itu selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa sekali ketika keluar bekerja.
“Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa.
“Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih,” kongsi Ebit.
Kisah lelaki yang juga bapa tiga anak itu mengundang sebak ramai selepas seorang pengguna aplikasi TikTok, @abamskhai melihat kesungguhan ‘rider’ tersebut di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur sebelum bertanya lebih lanjut mengenai situasi sebenar.
Kredit: OMM, IG Anzalna Nasir , FB Ebit Lew , TikTok @abamskhai
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/