Si kecil mungkin tidak dapat memahami apa yang anda katakan, namun ia tidak bermakna anda tidak boleh berbual dengan anak.
Jom semak 7 perkara yang boleh anda katakan kepada si comel.
Perlu ke berbual dengan anak?
Siapa cakap tidak perlu untuk bercakap dengan si manja? Komunikasi antara ibu bapa dan anak adalah penting. Ia pastinya membantu mengeratkan ikatan kalian.
Malahan mengikut cadangan pakar, mereka menyarankan agar ibu bapa (terutamanya ibu) untuk mula berbual dengan anak walaupun sebelum si manja lahir.
Banyak kajian yang dilakukan membuktikan bercakap dengan anak akan dapat membantu dalam perkembangan kemahiran motor. Ia termasuklah keupayaan mereka untuk belajar kemudian hari.
Ada bukti yang menyatakan apabila anda kerap bercakap dengan bayi di dalam kandungan, ia membolehkan mereka mengenali suara anda. Bukankah itu sesuatu yang menakjubkan?
Tetapi menjadi persoalan kini, apakah topik yang membolehkan anda berbual dengan anak anda?
Topik berbual dengan anak.
Walaupun anda dan si kecil mungkin menggunakan bahasa yang berbeza, bak ayam dan itik. Namun ia bukan faktor penghalang untuk anda tidak bercakap dengan si manja.
Berikut adalah antara 7 perkara penting yang boleh anda katakan kepada si comel:
Ads
Chak!
Kalau dalam English style ia akan berbunyi “Peek-a-boo”. Tetapi anda pasti lebih biasa dengan perkataan “Chak!”. Ia seperti 1 perkataan yang menyeronokkan untuk anda katakan kepada si comel.
Tanpa anda sedar, perkataan itu memberikan manfaat kepada fizikal dan mental si kecil.
Anda sedang membantu mereka membina hubungan mental antara apa yang dilafazkan dengan gambaran aktiviti.
Jika anda berasa seperti ingin bermain, katakan kepada si comel, “Chak!” sambil menutup dan membuka mata anda.
Mama tahu sakit, tapi segalanya akan okay!
Ia adalah lumrah anak yang sedang membesar, untuk terjatuh, mengalami luka dan berada dalam kesakitan. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya sakit, bukan?
Selagi ia bukanlah 1 kecederaan serius, maka itu adalah pengalaman buat mereka. Tetapi anda tetap perlu memastikan mereka mengetahui bahawa anda faham apa yang dilalui mereka.
Ads
Melafazkan “Mama tahu sakit, tapi segalanya akan okay!”, pastinya lebih baik daripada terus mengatakan “Alaaaa, sikit sahaja luka tu”.
Pandai anak Mama!
Siapa yang tidak sukakan pujian? Jika kita sebagai individu dewasa pun boleh kalah dengan pujian, apatah lagi si kecil.
Berikan penghargaan kepada mereka atas apa yang mereka lakukan bergantung kepada usia mereka.
Sebagai contoh jika si kecil berjaya mengemas barang mainannya, ungkapkan kata-kata pujian seperti, “Pandai anak Mama kemas mainan dia. Sayang dia”. Jangan kedekut pujian, okay?
Mana mainan awak, sayang?
Sudah tentu anda tahu di mana letaknya barang mainan, pakaian atau segala yang menjadi milik si comel. Tetapi tiada salahnya jika anda bertanyakan kepada mereka jika anda mahu berbual dengan anak.
Daripada anda memberikan apa yang mereka mahu, anda boleh tanyakan apa sahaja yang mudah untuk dicapai atau diambil sendiri oleh anak tanpa bantuan anda.
Ads
Ia bukan sahaja dapat membantu si kecil mengenal pasti barangan yang terdapat di rumah, tetapi dalam masa yang sama meningkatkan rasa ingin tahu dan sifat ingin meneroka mereka.
Siapa ini?
Daripada Hello Kitty, Pinkie Pie, Upin Ipin, Elsa Frozen hingga kepada Tok, Pak Long dan Abang Amsyar, si kecil akan perlu mengingati ramai individu dan pelbagai karektor dalam kehidupan seharian mereka.
Pastinya menyeronokkan jika anda bertanyakan kepada si manja tentang individu yang mereka kenal walaupun mungkin jawapan yang diberikan tidak tepat.
Ia secara tidak langsung akan dapat menggalakkan anak untuk bercakap dengan lebih banyak dan menggunakan perkataan-perkataan baharu. Sekali gus ia membantu mengembangkan penggunaan bahasa mereka.
Nak tak, sayang?
Hulurkan apa sahaja kepada si manja, pastinya mereka tidak akan menolak apa yang anda tawarkan. Tetapi mungkin anda boleh memberikan mereka beberapa pilihan.
Ini pastinya dapat memberikan manfaat interaksi sosial kepada mereka. Dalam masa yang sama mereka akan belajar untuk bertindak balas dengan mengatakan ya atau tidak.
Mama sayang awak
Rasanya tidak perlu untuk diterangkan lagi mengenai ungkapan tersebut. Ia sudah tentu perkara yang terbaik untuk anda katakan kepada si comel setiap hari dan setiap masa.
Ungkapan itu pastinya 1 cara untuk menyatakan rasa kasih sayang anda kepada si kecil. I love you, adalah perkataan mudah yang boleh anda ajarkan kepada mereka walaupun sebelum mereka dilahirkan lagi.
Eratkan jalinan kasih
Sebenarnya banyak lagi ungkapan yang boleh anda katakan kepada si comel dan banyak lagi perkara dan topik untuk anda berbual dengan anak.
Parents, jangan terlalu leka menghadap gajet. Sebaliknya luangkan masa bersama anak selagi mereka mahukan perhatian anda. Jangan lepaskan peluang dan masa yang ada, hargainya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan, mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri dan mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.
Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,
1. Marah anak.
2. ‘Pukul’ anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.
Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita. Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,
1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.
Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian. Rasanya macam baru saja anak kita ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.
Sekarang dia dah membesar. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Ini permulaan ibu ayah sekalian. Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah. Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.
Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.
Jadi ibu ayah sekalian. Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.
1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.
Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan. Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.
Kredit: Abdul Muiez Ruslee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Carilah Bahagia Dulu. Barulah Boleh Jadi Ibu Dan Isteri Sempurna
Anak Seorang Ok Lagi, Bila Ramai Jangan Sampai Dera Diri
Semata-Mata Nak Sempurna Ibu Jadi Terlalu Penat. Kalau Tak Larat Rehat Dulu
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Perkongsian dari Puan Najibah Mustaffa ini sangat betul. Dia beranggapan ibu dan isteri kena cari bahagia dulu kerana semua inilah kunci keharmonian dalam rumah tangga.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah-acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak-anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama-lama di tikar sejadah, mahu tadabbur al-Quran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.
Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri. Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia.
Bukan mudah untuk mencari wang perbelanjaan di saat semuanya masih belum stabil sepenuhnya. Lebih buruk lagi, wang yang kita simpan dalam bank tanpa kita sedar tiba-tiba hilang.
Sebaik menyedarinya, jangan buat tak endah, cepat-cepatlah berusaha untuk mendapatkannya semula. Nak buat macam mana? Ini cara yang dikongsikan oleh Equinura Mokhtar. Tak sampai seminggu duit dah dapat balik!
Ingat tak pasal duit hilang dalam akaun Maybank sebab ada transaction to overseas mercants last week? Alhamdulillah dah dapat balik dah my money.
Apa yang korang perlu buat when this happened:
1. Terus call nombor tertera belakang kad bank, report ada unknown transaction to overseas merchant guna our debit card. Customer service akan cakap mereka akan siasat dan block kad.
Tapi tak ada suruh kita buat anything pun which supposedly dia kena suruh kita isi ‘Dispute Form’ and email to them🙄 ni kalau pergi Maybank diorang akan suruh isi dan buat aduan kat kaunter.
2. Screenshot all transaction for debit card. Highlight unknown transaction tersebut.
3. Download ‘Dispute Form’. yang ni i just google dispute form maybank. I download dalam ipad and terus isi. Kalau boleh print, then print la and isi manual. Yang ni lepas google cara nak dapat balik duit hilang tu baru tau kena isi submit Dispute Form bagai. Customer service tak mention pun masa kita call tu ye.
4. Email Dispute Form beserta screenshot transaction to Maybank (disputemgmt@maybank.com.my; cfrm@maybank.com.my) & cc to Bank Negara Malaysia (bnmtelelink@bnm.gov.my)
5. Pergi cawangan Maybank berdekatan and buat kad baru. aktifkan kad baru (ATM / Online)
6. Tunggu duit masuk dalam akaun. Settle.
5hb tengok dah dapat balik duit yang hilang dalam akaun tu. Seminggu je dah dapat balik. Alhamdulillah.
Baru tahu yang transaksi kad debit/kredit to merchant in US memang tak ada Tac or Msos code or any notification. patutlah tak sedar duit hilang. Selalu la check transaction account bank korang okay.
Duit simpanan kita dilindungi PIDM so kalau hilang walau sesen pun silalah dispute dengan pihak bank. Bukan sebang nak cari duit zaman sekarang ni, satu sen pun berharga.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.