Lain anak lain ragamnya. Bagi pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya mengakui kehamilan kali ini sedikit berbeza ketika mengandungkan anak pertamanya, Lara Alana kira-kira enam tahun yang lalu.
Berehat agak lama, Scha yang hamil dengan usia kandungan kini mencecah enam bulan ini mengakui alahannya agak berbeza kali ini. Bagaimanapun kata pelakon cantik ini lagi, kehamilan kedua ini, emosi dan pembawaan dirinya ternyata lebih relaks berbanding ketika mengandungkan Lara.
“Banyak perbezaan dari segi alahan. Malah kali ini lebih lama sampai masuk ‘trimester’ kedua pun masih ada alahan. Sekarang bertambah baik sikit tapi masih ada rasa alahan macam badan ada angin dan ‘gassy’. Kadang rajin dan kadang malas.
“Dari segi emosi pula saya lebih stabil dan Awal kata saya lebih kuat daripada dulu. Maksudnya, dari segi tak terlalu ‘clingy’ atau asyik nak berkepit dengan dia saja apabila saya lebih banyak berdikari. Kalau dulu terlalu berhati-hati. Sebagai contoh, nak makan apa, nak minum apa dan nak buat apa. Semua saya berkira, ” katanya.
Jadi Cepat Penat
Malah kata Scha lagi, kehamilan kali ini dia lebih relaks berbanding sebelumnya. Dia juga lebih gemar berada di rumah jika tiada urusan kerja yang perlu dilakukan. Malah jadual kerjanya juga disusun agar tidak terlalu padat.
“Alhamdulillah, kali ini saya lebih relaks. Cuma, saya suka balik rumah cepat dan tak suka keluar rumah kalau tiada urusan kerja. Aktif tu tak terlalu aktif cuma ada kerja yang memang sudah disusun dan dijadualkan untuk bulan ini sikit dan bulan depan sikit. Jadi, tak terlalu padat,” katanya.
Malah kata Scha lagi, kehamilannya pada usia 37 tahun banyak mencabar dirinya dari segi stamina. Dia kini mudah penat bila melakukan sesuatu kerja.
“Cabaran dari segi stamina.
Sekarang ini saya faham kenapa ramai rakan selebriti kata makin bertambah anak atau pada usia ini, kita jadi cepat penat,” katanya lagi.
Ads
Lara Mula Cemburu
Soal cemburu itu mungkin perkara biasa bagi anak pertama. Inilah yang kini dilalui oleh Lara Alana, cahaya mata kesayangan Scha dan Awal. Namun kata Scha, dia dan Awal punya pendekatan mereka sendiri untuk memujuk Lara agar dia tidak mudah rasa cemburu kepada adiknya yang bakal dilahirkan.
Kata Scha lagi menerusi Harian Metro, Lara juga inginkan adik perempuan.
“Ada ketika Lara okey dan kadang-kadang dia cemburu. Cuma dia memang nak adik perempuan. Dia sangat cemburu kalau Awal peluk dan rapat dengan saya sebab dia ingat Awal nak rapat dengan ‘baby’ dalam perut.
“Tapi, kami selalu cakap fasal adik supaya bagi dia lebih faham dengan kehadiran adik dia akan datang, insha-Allah. Malah, kalau beli sesuatu untuk dia, kami akan cakap adik yang bagi,” katanya.
Ads
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Hb masih rendah selepas cuba pelbagai cara? Mungkin mama ada silap pilih makanan & cara makan. Ikuti tip yang diberikan oleh pakar O&G ini.
Penat kan rasanya bila paras Hb masih di tahap yang rendah walau pun sudah mencuba pelbagai cara? Anemia adalah apabila darah anda tidak mengandungi cukup sel-sel darah merah atau kuantiti hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi.
Menurut Dr Jumeah Jumeah Shamsudin, Pakar Obstetrik dan Genikologi Avisena Specialist Hospital, lazimnya, anemia berlaku disebabkan oleh masalah pengeluaran sel darah merah yang berkurangan, kehilangan darah, atau kemusnahan sel-sel darah merah. Kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia) membawa kepada dalam penghasilan sel darah merah yang kurang. Mama yang mempunyai paras Hb rendah daripada 11 g / dL perlu ambil langkah segera menaikkan paras Hb supaya diri dan janin tidak terjejas.
MAKANAN YANG KAYA ZAT BESI
Bagi meningkatkan hemoglobin, mereka disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi yang boleh membantu meningkatkan hemoglobin.
Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau gelap seperti bayam, sawi, brokoli, bendi, kacang pis membantu pembentukan sel darah merah.
Ubi bit, lada Benggala, asparagus, bunga kubis dan kentang.
Buah-buahan seperti pisang, anggur, avocado, betik, delima dan epal.
Bijirin seperti beras, quinoa, oat atau roti yang diperkaya dengan zat besi amat disarankan.
Coklat gelap dan serbuk koko.
Kekacang dan lentil seperti kacang merah, soya, badam, kacang tanah, biji labu, dan kacang hijau.
Ambil sumber makanan daripada haiwan sepertidaging merah, ayam kampung, kuning telur kampung, makanan laut seperti ikan.
Daging merah dan organ dalaman jangan diambil berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah jantung dan paras kolesterol tinggi. Ini kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.
Buah-buahan kering seperti aprikot, buah tin, kurma dan prun.
10 MAKANAN PERLU DIKURANGKAN/ DIELAKKAN IBU HB RENDAH
Ada beberapa makanan yang perlu dielakkan bagi ibu yang ingin meningkatkan paras Hb iaitu;
Makanan masam yang boleh melemahkan badan.
Elakkan air osmosis terbalik yang tidak mengandungi mineral. Ia yang mengganggu keseimbangan homeostasis darah.
Beras putih, gula putih dan tepung gandum putih.
HVO(Hydrogenated Vegetable Oil) atau minyak goreng yang digunakan berulang kali kerana ia memberatkan lagi keadaan anemia akibat gangguan edaran darah dan oksigen rendah.
Makanan yang diletakkan banyak kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan.
Makanan berproses seperti makanan dalam tin, minuman berkarbonat dan daging diproses seperti sosej dan nuget.
Makanan ringan atau segera yang kurang khasiatnya seperti kentang goreng, kerepek, burger dan sebagainya.
Ayam daging, telur komersial yang kurang berzat.
Makanan yang boleh mengganggu penghadaman seperti mencampurkan susu dan buah, mencampurkan dua jenis protein yang berbeza seperti daging dan ikan atau telur atau susu.
Makanan yang terlalu pahit seperti hempedu bumi, seruntun, peria dan tunjuk langit perlu dihindari kerana ia boleh melemahkan badan.
TIP MENINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI
Dr Jumeah menasihatkan anda agar menunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas mengambil makanan dan minuman yang disenaraikan ini agar supaya penyerapan pil zat besi lebih optimum.
Teh, kopi, kalsium, produk tenusu seperti susu dan yogurt.
Antasid yang digunakan untuk melegakan gastritis.
Bijirin penuh merupakan sumber yang baik untuk zat besi itu sendiri, namun ia mengandungi asidphytic , yang boleh mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan dan pil lain.
Ambil dua jam selepas makan pil zat besi supaya pil dapat diserap dengan lebih berkesan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari-hari ‘Husna’ kena kecam teruk oleh penonton di media sosial gara-gara watak sebagai wanita perampas suami orang dalam drama Jangan Benci Cintaku. Dalam dunia realiti, pelakon Niena Baharun yang memegang watak tersebut sebenarnya seorang isteri yang bahagia dan kini sedang bahagia menanti kelahiran anak pertamanya.
Rata-rata penonton ‘menyerang’ Instagram peribadi pelakon jelita ini yang hakikatnya kini sedang bahagia melalui fasa kehamilan.
Ternyata lakonan Niena yang memegang watak antagonis dalam drama 28 episod itu benar-benar berkesan sehingga meninggalkan kegeraman dan kebencian penonton pada wanita bernama ‘Husna’.
Niena yang faham gelagat majoriti pelakon drama Melayu yang mudah emosional pada watak antagonis sebenarnya gembira dan menghargai kata-kata dan komen membina atau marah dan geram daripada penonton terhadap watak lakonannya. Ini menunjukkan lakonannya sebagai wanita perampas suami orang menjadi!
Tak mudah melatah dengan segala maki hamun dan caci maki pada watak lakonannya, Niena kini hanya mahu menumpukan fokus pada persiapan barangan bayi dalam kandungannya.
Selain dari itu ‘Mek Kelate’ ini turut berkongsi keinginannya yang terpendam sejak awal hamil sampai sekarang untuk melihat air laut. Tanyanya pada para pengikutnya di Instagram, adakah ini dinamakan mengidam?
Niena bagaimanapun masih belum berjaya memujuk suaminya untuk memenuhi keinginan tersebut kerana dia risau keselamatan si isteri yang tengah berbadan dua untuk naik bot di tengah lautan.
Niena yang mendirikan rumah tangga pada 1 Februari lalu dengan Aliff Firdaus Abdul Hadi seorang ahli perniagaan nyata tidak stress atau tertekan dengan segala kecaman terhadap watak Husna yang dilakonkannya dan tidak bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan dan kandungannya.
Semoga Niena dipermudahkan melalui fasa kehamilan sehingga saat melahirkan.
Degupan itu akhirnya terhenti & hilang dari pandangan. Takziah buat Amy search & isteri, semoga tabah melalui ujian ini.
Amy melalui Instagram memaparkan video ujian imbasan ke atas janin isterinya itu menunjukkkan bunyi degupan jantung janin yang tiba-tiba terhenti. Perkara ini menimbulkan kesedihan kepada Amy sekeluarga termasuk anak-anak yang lain.
Degupan itu akhir nya terhenti dn hilang dri pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mndpt berita ini. Qaqa menangis teresak esak. Kini tiada lgi cerita baby yg bakal mereka miliki antara mereka. Moga kami semua redha dgn dugaan yg tk terpandang ini. Aku pasti dugaan itu dtg bersama keindahan dn sabar itu sma seperti berbesar hati dgn dugaan nya. AmeenYRA ” Aku Tersentak Langsung Tersedar Cuaca Dingin Menanda Hati Yg Kian Rawan Terbayang Seribu Kemungkinan Sejenak Ku Mendakap Kau pn Hilang, Dari Pandangan. “
Beberapa bulan yang lalu, Amy Search mengumumkan kehamilan isterinya yang ketika itu berusia 4 minggu. Semalam, kegembiraan itu tidak lagi kekal apabila dia mengkhabarkan bahawa janin dalam kandungan isterinya tidak bernyawa lagi.
Amy dan isterinya Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
PEMINAT TURUT BERSEDIH & UCAP TAKZIAH
Lagenda rock Malaysia ini mendapat ucapan takziah daripada follower & peminatnya yang turut bersedih dengan kehilangan ini.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...