Lain anak lain ragamnya. Bagi pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya mengakui kehamilan kali ini sedikit berbeza ketika mengandungkan anak pertamanya, Lara Alana kira-kira enam tahun yang lalu.
Berehat agak lama, Scha yang hamil dengan usia kandungan kini mencecah enam bulan ini mengakui alahannya agak berbeza kali ini. Bagaimanapun kata pelakon cantik ini lagi, kehamilan kedua ini, emosi dan pembawaan dirinya ternyata lebih relaks berbanding ketika mengandungkan Lara.
“Banyak perbezaan dari segi alahan. Malah kali ini lebih lama sampai masuk ‘trimester’ kedua pun masih ada alahan. Sekarang bertambah baik sikit tapi masih ada rasa alahan macam badan ada angin dan ‘gassy’. Kadang rajin dan kadang malas.
“Dari segi emosi pula saya lebih stabil dan Awal kata saya lebih kuat daripada dulu. Maksudnya, dari segi tak terlalu ‘clingy’ atau asyik nak berkepit dengan dia saja apabila saya lebih banyak berdikari. Kalau dulu terlalu berhati-hati. Sebagai contoh, nak makan apa, nak minum apa dan nak buat apa. Semua saya berkira, ” katanya.
Jadi Cepat Penat
Malah kata Scha lagi, kehamilan kali ini dia lebih relaks berbanding sebelumnya. Dia juga lebih gemar berada di rumah jika tiada urusan kerja yang perlu dilakukan. Malah jadual kerjanya juga disusun agar tidak terlalu padat.
“Alhamdulillah, kali ini saya lebih relaks. Cuma, saya suka balik rumah cepat dan tak suka keluar rumah kalau tiada urusan kerja. Aktif tu tak terlalu aktif cuma ada kerja yang memang sudah disusun dan dijadualkan untuk bulan ini sikit dan bulan depan sikit. Jadi, tak terlalu padat,” katanya.
Menarik: Kandungan Mawar Cecah Enam Bulan, Raf Pilih Nama Anak Bermula Huruf R!
Malah kata Scha lagi, kehamilannya pada usia 37 tahun banyak mencabar dirinya dari segi stamina. Dia kini mudah penat bila melakukan sesuatu kerja.
“Cabaran dari segi stamina.
Sekarang ini saya faham kenapa ramai rakan selebriti kata makin bertambah anak atau pada usia ini, kita jadi cepat penat,” katanya lagi.
Lara Mula Cemburu
Soal cemburu itu mungkin perkara biasa bagi anak pertama. Inilah yang kini dilalui oleh Lara Alana, cahaya mata kesayangan Scha dan Awal. Namun kata Scha, dia dan Awal punya pendekatan mereka sendiri untuk memujuk Lara agar dia tidak mudah rasa cemburu kepada adiknya yang bakal dilahirkan.
Kata Scha lagi menerusi Harian Metro, Lara juga inginkan adik perempuan.
“Ada ketika Lara okey dan kadang-kadang dia cemburu. Cuma dia memang nak adik perempuan. Dia sangat cemburu kalau Awal peluk dan rapat dengan saya sebab dia ingat Awal nak rapat dengan ‘baby’ dalam perut.
“Tapi, kami selalu cakap fasal adik supaya bagi dia lebih faham dengan kehadiran adik dia akan datang, insha-Allah. Malah, kalau beli sesuatu untuk dia, kami akan cakap adik yang bagi,” katanya.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaJoviaNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents
Sumber: Harian Metro & @schaalyahya