Terdapat bermacam-macam petua alami yang digunapakai oleh kebanyakan ibu hamil terdahulu dalam membantu diri melancarkan proses kelahiran.
Bagi anda yang sedang menunggu hari untuk bersalin, bolehlah amalkannya. Kebanyakan petua ini memang diakui berkesan. Semoga proses kelahiran anda kelak akan berjalan dengan baik dan dipermudahkan.
1. Makan telur separuh masak
Dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin, amalkan makan telur separuh masak. Ia baik untuk anda kerana membantu memberi tenaga.
2. Makan telur mentah
Apabila sudah mulai rasa sakit kontraksi, disarankan pula untuk makan sebiji telur mentah.
3. Minum coklat + marjerin
Minumlah apa-apa jenis minuman bercoklat yang dibancuh bersama dengan dua hingga tiga sudu kecil marjerin. Petua ini dikatakan dapat membantu laluan peranakan untuk terbuka dengan lebih cepat.
4. Makan epal hijau rebus
Sebelum ke hospital, rebus beberapa biji epal hijau. Setiap kali selepas melalui rasa sakit kontraksi, jika masih berkemampuan dan berselera, anda boleh makan epal yang telah disediakan ini.
5. Makan kurma dalam ganjil
Buah kurma diakui bagus untuk dimakan ketika anda mengalami sakit kontraksi. Hal ini kerana ia membantu tubuh secara semula jadi untuk menghasilkan hormon oksitosin.
6. Makan bendi
Amalkan makan bendi apabila kandungan menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Menurut kata orang tua-tua, bendi sifatnya berlendir. Jadi, ia boleh menolong memudahkan proses kelahiran.
7. Baca surah Maryam
Bagi yang beragama Islam, amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan bersalin setiap masa terutamanya apabila tempoh kehamilan menghampir tarikh jangkaan bersalin.
8. Perbanyakkan doa
Semasa kontraksi ‘menyerang’, bagi para Muslimah, perbanyakkan membaca surah al-Fatihah dan doa nabi Yunus serta kerap menyebut Ya Fattah berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
9. Rajinkan berjalan
Perbanyakkan aktiviti berjalan mahupun naik dan turun anak tangga di trimester akhir kehamilan.
10. Buat senaman kaki
Bagi yang rajin bersenam, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah faraj. Ia membantu mempersiapkan organ-organ dalaman berkaitan proses kelahiran ‘bersedia’ untuk ‘bekerja’ apabila tiba masanya.
11. Sapu minyak kelapa dara
Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut bermula minggu ke -37 kehamilan.
12. Kerap ‘bersama’ suami
Amalan berhubungan intim dengan suami dapat membantu laluan peranakan senang terbuka. Hormon prostaglandin yang terdapat dalam sperma suami merangsang proses itu. Anda dan suami hanya disyorkan untuk melakukannya bermula usia kandungan 37 minggu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI