Terdapat bermacam-macam petua alami yang digunapakai oleh kebanyakan ibu hamil terdahulu dalam membantu diri melancarkan proses kelahiran.

Bagi anda yang sedang menunggu hari untuk bersalin, bolehlah amalkannya. Kebanyakan petua ini memang diakui berkesan. Semoga proses kelahiran anda kelak akan berjalan dengan baik dan dipermudahkan.

Banyak Cara Boleh Praktik Untuk Mudahkan Proses Bersalin. Salah Satunya Gunakan Minyak Kelapa Dara1. Makan telur separuh masak

Dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin, amalkan makan telur separuh masak. Ia baik untuk anda kerana membantu memberi tenaga.

2. Makan telur mentah

Apabila sudah mulai rasa sakit kontraksi, disarankan pula untuk makan sebiji telur mentah.

3. Minum coklat + marjerin

Minumlah apa-apa jenis minuman bercoklat yang dibancuh bersama dengan dua hingga tiga sudu kecil marjerin. Petua ini dikatakan dapat membantu laluan peranakan untuk terbuka dengan lebih cepat.

IKLAN

Banyak Cara Boleh Praktik Untuk Mudahkan Proses Bersalin. Salah Satunya Gunakan Minyak Kelapa Dara4. Makan epal hijau rebus

Sebelum ke hospital, rebus beberapa biji epal hijau. Setiap kali selepas melalui rasa sakit kontraksi, jika masih berkemampuan dan berselera, anda boleh makan epal yang telah disediakan ini.

5. Makan kurma dalam ganjil

Buah kurma diakui bagus untuk dimakan ketika anda mengalami sakit kontraksi. Hal ini kerana ia membantu tubuh secara semula jadi untuk menghasilkan hormon oksitosin.

Banyak Cara Boleh Praktik Untuk Mudahkan Proses Bersalin. Salah Satunya Gunakan Minyak Kelapa Dara6. Makan bendi

Amalkan makan bendi apabila kandungan menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Menurut kata orang tua-tua, bendi sifatnya berlendir. Jadi, ia boleh menolong memudahkan proses kelahiran.

IKLAN

7. Baca surah Maryam

Bagi yang beragama Islam, amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan bersalin setiap masa terutamanya apabila tempoh kehamilan menghampir tarikh jangkaan bersalin.

8. Perbanyakkan doa

Semasa kontraksi ‘menyerang’, bagi para Muslimah, perbanyakkan membaca surah al-Fatihah dan doa nabi Yunus serta kerap menyebut Ya Fattah berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.

IKLAN

9. Rajinkan berjalan

Perbanyakkan aktiviti berjalan mahupun naik dan turun anak tangga di trimester akhir kehamilan.

10. Buat senaman kaki

Bagi yang rajin bersenam, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah faraj. Ia membantu mempersiapkan organ-organ dalaman berkaitan proses kelahiran ‘bersedia’ untuk ‘bekerja’ apabila tiba masanya.

Banyak Cara Boleh Praktik Untuk Mudahkan Proses Bersalin. Salah Satunya Gunakan Minyak Kelapa Dara11. Sapu minyak kelapa dara

Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut bermula minggu ke -37 kehamilan.

12. Kerap ‘bersama’ suami

Amalan berhubungan intim dengan suami dapat membantu laluan peranakan senang terbuka. Hormon prostaglandin yang terdapat dalam sperma suami merangsang proses itu. Anda dan suami hanya disyorkan untuk melakukannya bermula usia kandungan 37 minggu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI