Satu ketika dahulu, figura ini banyak membintangi drama tempatan atau telemovie. Kini kerjaya seninya kurang aktif kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya.
Ibu beranak dua, Faralyna Idris menyatakan rasa bimbangnya kerana dikategorikan sebagai underweight selepas melahirkan anak keduanya, Fira Ayu, 1. Ketika anak sulungnya, Fira Anggun yang kini berumur empat tahun dilahirkan, Faralyna mengalami nasib yang sama.
Ads
Tidak mengamalkan sebarang diet, dia juga turut merasa pelik kerana berat badannya kini hanyalah 40kg. Tambahnya lagi, berat ini lebih ringan berbanding beratnya sebelum berkahiwn kerana ketika itu dia mempunyai berat 48kg.
Selepas melahirkan kedua-dua anaknya, berat badan Faralyna turun merundum. Dia turut merasakan situasi ini mungkin berlaku kerana dia menyusukan sepenuhnya kedua-dua puterinya itu.
Anak-anak kesayangan Faralyna, Fira Anggun dan Fira Ayu
Cerita ibu cantik ini juga, beratnya ketika hamil hanya naik sekitar 10kg sahaja. Doktor turut menegur Faralyna kerana masalah ini. Dia dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat serta banyakkan minum susu dan makan sayur. Katanya lagi, dia bersyurkur kerana kesihatannya masih baik dan mampu menjaga kedua-dua orang anaknya yang kini sedang lasak.
Asalkan Faralyna sihat dan dapat menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang ibu tanpa gagal, Pa&Ma doakan yang terbaik untuk pelakon ini. Semoga dia berjaya menaikkan berat badannya dengan cara yang selamat dan kedua-dua orang anaknya membesar dengan sihat. You can do it, Faralyna!
Terdapat aturan dalam mengendalikan susu perahan bermula dari diperah untuk disimpan dan kemudian dicairkan apabila hendak digunakan. Ada tempoh tertentu susu tersebut boleh digunakan. Aturan ini bertujuan supaya bayi mendapat khasiat susu ibu yang paling optimum.
Ketika mengendalikan susu perahan, terdapat panduan yang perlu diikuti. Tujuannya adalah untuk memelihara khasiat susu ibu kerana susu ibu akan kehilangan nutrien kesan daripada proses penyimpanan.
i. Gunakan bekas yang steril untuk menyimpan susu perahan samada menggunakan beg plastik susu (sekali kali kegunaan sahaja) atau menggunakan botol bebas BPA (tempoh guna sehingga enam bulan).
ii. Labelkan tarikh dan masa pada bekas penyimpanan.
iii. Simpan di dalam peti ais di bahagian paling dalam sekiranya tidak dibekukan.
iv. Gunakan susu yang paling lama di simpan. Panaskan susu yang pertama mengikut tarikh disimpan kepada bayi anda.
v. Simpan susu secara teratur jika diletak bersama bahan mentah lain. Pastikan bahan mentah disimpan di dalam bekas bertutup.
Susu segar: Jika hendak berikan bayi susu segar, sejurus diperah boleh diberikan terus kepada bayi dan hendaklah dihabiskan dalam tempoh 1 jam. Tidak boleh disimpan bakinya jika bayi tidak habis minum dan sekiranya bayi belum minum, susu boleh berada di dalam suhu bilik sehingga empat jam tetapi tidak digalakkan kerana suhu di negara kita panas bukan seperti di luar negara.
Susu sejuk: Susu di bahagian chiller peti ais boleh disimpan sehingga lima hari mengikut kekerapan buka dan tutup pintu peti ais. Jika peti sering dibuka, selepas tiga hari susu tersebut hendaklah dibekukan. Jika hendak diberikan kepada bayi, susu boleh disuamkan atau boleh diberikan dalam suhu bilik atau ada bayi menerima susu sejuk dengan baik. Susu hendaklah dihabiskan dalam tempoh sejam dan baki susu tidak boleh disimpan semula.
Susu beku: Jangka susu beku berbeza-beza mengikut peti ais yang digunakan. Bagi peti ais satu pintu, jangka hayat susu beku adalah dua minggu. Bagi peti ais dua pintu pula, jangka hayat susu beku adalah sehingga tiga bulan. Bagi yang menggunakan deep freezer, jangka hayat susu beku adalah sehingga enam bulan. Sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan susu beku, hayat susu tersebut mengikut tarikh susu diperah.
Harus Prihatin Sejak Susu Diperah
i. Pastikan tangan telah dibasuh sebelum memerah dan begitu juga dengan peralatan memerah.
ii. Setelah susu diperah, simpan di dalam bekas penyimpanan dan susu hendaklah diisi sehingga 3/4 bekas/plastik sahaja kemudian
iii. Tutup bekas penyimpanan dengan rapat dan labelkan.
iv. Simpan di dalam beg yang mengandungi gel ais beku yang cukup untuk memastikan suhu susu tidak berubah berkurang
iv. Setelah sampai di rumah, jika hendak digunakan pada hari esok, boleh di simpan di dalam chiller di bahagian paling dalam. Jika ingin dibekukan, boleh dimasukkan terus ke dalam deep freezer.
Simpan Dalam Botol, Plastik Atau Bekas Lebih Selamat?
Untuk kekalkan kesegaran susu ibu, penting untuk memastikan peti ais diaturkan bahan masakan dengan baik. Ini bermaksud semua bahan masakan termasuklah bahan mentah disimpan di dalam bekas bertutup dan ditutup rapat. Ini kerana susu ibu boleh menyerap bau peti ais dan boleh menyebabkan bayi menolak susu sejuk/susu beku.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan bayi, bila nampak kelibat susu mereka akan nampak teruja. Maklumlah, sejak lahir terbiasa minum susu ibu, tahu bagaimana lazat rasanya, anak kepada pelakon Betty Rahmad ini juga teruja bila nampak susu ibu.
Anak sulung Betty, Ardy Wira yang kini berusia 8 bulan mempunyai sosok tubuh berisi. Comel dan selalu tampil dengan senyuman dan gelak tawa ceria, si kecil rupanya peminat susu ibu dan disusukan sepenuhnya oleh ibunya tanpa susu formula.
Dalam kemaskini Instagram bayi ini, kelihatan video dia teruja melihat susu ibu yang terisi di dalam botol. Seronok dan excited sekali dia bila nampak susu mommy!
Ini saya everytime nampak susu.
Sebelum tanya saya tolong jawab, saya minum susu mommy saya la tu.
Pastu saya minum 4oz-5oz sekali minum. Alhamdulillah burp excuse me!
Jadi, tidak hairanlah Wira mencapai berat 10.3kg semasa berusia 6 bulan. Walau pun berat agak tinggi untuk bayi seusianya, kara doktor ia tidak membimbangkan kerana si kecil ini minum susu ibu.
Tadaaaa! Berat saya at 6months 10.3kg. So siapa teka betol, nah saya bagi kiss untuk aunty? #6monthsold . P/S- Jangan ada yang risau ya, doctor cakap saya ok alhamdulillah. Mommy bagi minum susu ikut time pastu saya minum susu mommy so takpelah saya gendut pun. Doakan saya sihat selalu ok! ❤️
Ardy Wira atau mesra dipanggil Wira dilahirkan pada 19 Januari 2019 ini mempunyai karakter yang ceria. Kerap kali gambar & video ceria bayi ini dimuatkan di dalam akaun media sosial si kecil ini.
Mungkin ada ibu bapa yang mengambil mudah bab sendawakan bayi. Namun tahukan anda ia boleh menjadi punca bayi kembung perut dan tidak selesa?
Bayi menangis tak henti-henti. Walau pun sudah disusukan dan ditukar lampin baru. Mungkin dia sedang tidak selesa kerana kembung perut. Ini mempunyai banyak punca. Salah satunya ialah tidak disendawakan dengan betul selepas menyusu.
KEPENTINGAN BAYI DISENDAWAKAN
Kenapa perlu bayi disendawakan selepas disusukan? Ini adalah antara persoalan yang sering ditanya oleh ibu dan bapa baru. Malah ada segelintir tidak mempedulikan kepentingan sendawa. Ikuti kepentingan dan pelajari teknik cara sendawa bayi.
Jangan lupa untuk sendawa bayi walaupun bayi sudah tertidur selepas menyusu. Memang kebanyakan bayi baru lahir akan mudah tertidur selepas penyusuan. Walaupun bayi tidur, mama papa perlu sendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan.
3 SEBAB BAYI DISENDAWAKAN
#1. MENGHINDARI MASALAH KOLIK/ KEMBUNG PERUT
Sendawa penting untuk mengelak bayi kembung atau kolik. Ia bertujuan untuk mengeluarkan udara yang masuk ke dalam perut bayi semasa bayi menyusu atau menangis. Sekiranya bayi tidak disendawakan, udara akan terkumpul di dalam perut dan bayi akan berasa tidak selesa.
Tindakan sendawakan bayi boleh mengurangkan risiko berlakunya kolik. Walau pun kembung perut boleh dirawat, tapi langkah mengelakkannya dari awal adalah lebih baik. Tambahan pula, bahaya jika bayi dibiarkan menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur. Malah, mama papa juga akan keletihan setelah berjaga malam untuk meredakan tangisan anak.
#2. BAYI LEBIH SELESA DAN KURANG MENANGIS
Bayangkan jika diri anda mengalami kembung perut dan sebu, tentu ia tidak menyeronokkan. Begitu juga keadaan si kecil jika tidak disendawakan. Mereka akan menangis, meragam dan tidak selesa. Dengan menyendawakan, bayi lebih ceria, selesa dan aktif. Maka dia boleh bermain dan melalui perkembangan yang baik seiring usianya.
#3. MEMBANTU BAYI TIDUR NYENYAK
Apabila angin dapat dikeluarkan, bayi lebih selesa dan tenang. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka tidur lebih nyenyak. Tidur amat mustahak bagi bayi kerana ketika tidur otak mereka akan berkembang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat usahawan yang juga anak kepada Mantan Pendana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri yang yang mengumumkan kini hamil anak kedua.