Dalam bab cukur rambut bayi baru lahir, masih ramai yang keliru sama ada ia perlu dicukur atau sebaliknya. Sebenarnya hukum mencukur rambut bayi hingga botak adalah sunat. Rambut yang dicukur tadi itu akan ditimbang dan nilainya itu akan disedekahkan.
Seperti hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.(Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Tirmidzi)
Perkongsian Halimatulssaadiah Wan Jusoh boleh dijadikan panduan. Simpan ilmu ni ya!
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut bayi pada hari ke-7.
Cukur sampai botak. Tak kira baby girl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je.Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadis tentang kelebihannya.
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7..? Buat je la hari-hari lain. Sebaiknya cukur.
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
Contoh rambut baby ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;
1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala bayi dan gunakan sedikit syampu rambut bayi.
3) Guna pisau cukur gillette je or mana-mana yang ada. Pastikan yang baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air dan rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je.. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
Sumber: Halimatulssaadiah Wan Jusoh
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)