Pelakon Dynas Mokhtar yang kini sedang hamil 6 bulan mengakui hamil di usia 30-an memerlukan stamina yang lebih berbanding ketika mengandung di usia 20-an.
Dia yang kini baru melepasi fasa alahan ketika di awal trimester pertama itu kini aktif melakukan aktiviti renang.
Menurutnya dia memilih aktiviti ini kerana lebih mudah dan tak memberi tekanan padanya selain lebih relax.
Jika sebelum ini saya lebih banyak berbaring kerana tak boleh bangun, asyik nak muntah serta sentiasa moody sepanjang masa sehingga terpaksa banyak berehat di rumah.
Sepanjang tempoh itu, suami asyik kena marah namun dia faham keadaan saya waktu itu,” katanya.
Berdebar Macam Anak Pertama
Berkongsi perkembangan terbarunya yang kini dah semakin sihat dan ceria, Dynas juga akui bila dah makin dekat nak bersalin, perasaan berdebar makin kuat.
“Ibaratnya macam nak lahirkan anak pertama walaupun dah ada pengalaman bersalin dua anak sebelum ini.
“Mungkin juga sebab jarak dengan anak kedua 7 tahun, bila hamil kali ini rasa lain macam. Ditambah pula dengan keterujaan keluarga mentua yang menantikan cucu pertama belah mereka,” kongsinya.
Dijangka bersalin awal Mei ini, Dynas sekarang sedang mempersiapkan dirinya dengan bertanya semula rakan-rakan mengenai bab penyusuan anak dan penjagaan bayi.
“Masa dulu kita yang banyak berkongsi dengan kawan-kawan, bila dah 7 tahun tak ada anak kecil ini, macam kekok pula dan banyak kena ‘refresh’ semula,”katanya.
Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.