Kehidupan seharian seorang ibu sememangnya sangat sibuk. Ibu yang bekerja atau suri rumah pasti mengalami kesukaran untuk membahagikan masa. Bukan mudah untuk melakukan semua kerja dalam satu masa, tetapi ibu sentiasa berjaya mencari jalan pintas. Salute ibu semua!

Tambah sibuk jika ibu itu menyusukan anak kerana terpaksa mencari masa untuk mengepam susu. Untuk membuat bekalan susu, banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Terpaksa ‘bertemu janji’ dengan mesin mengepam setiap jam bukan sesuatu yang mudah bagi ibu untuk mencari masa dan konsisten melakukannya.

Proses mengepam susu tidaklah sesukar mana tetapi ia agak leceh kerana mesin mengepam mempunyai bahagian dan tiub susu yang agak banyak. Inilah ketikanya ibu akan merasa agak susah kerana terpaksa menghabiskan masa untuk mengendalikan mesin mengepam sebelum dapat membuat stok susu untuk si manja.

Banyak Kerja & Tak Cukup Masa. Ibu Terpaksa ‘Korbankan’ Waktu Mengepam Sebab Sibuk

Jalan Pintas Untuk Buat Stok Susu!

Berita baik untuk para ibu yang menyusukan anak kerana kini anda dapat mengepam susu tanpa merasa susah. Sambil mengepam, dapat buat aktiviti lain. Nak tahu apa yang boleh anda lakukan sambil mengepam?

IKLAN
  1. Bekerja

Rata-rata ibu menyusu akan memilih untuk menggunakan mesin mengepam elektrik sewaktu bekerja dari pam manual atau kaedah marmet. Mesin mengepam elektrik  menjadi pilihan para ibu kerana ia menggunakan teknologi yang meniru corak penyusuan bayi dan juga dapat merangsang penghasilan susu dengan pantas.

  1. Memandu

Pengunaan LacFree Wearable Breast Pump dapat memudahkan ibu untuk mengepam sambil memandu kerana tiada wayar atau tiub yang perlu dipasangkan. Ibu hanya perlu melekapkan silicone shield pada payudara dan menekan mod expression pada motornya untuk memulakan proses mengepam susu.

  1. Memasak

Untuk suri rumah, anda boleh manfaatkan masa memasak sambil mengepam susu terutamanya jika si manja sedang tidur. Untuk ibu-ibu yang bekerja, proses mengepam susu tidak lagi menjadi sukar sekiranya terutamanya jika anda menggunakan mesin mengepam yang tidak bertiub dan hands-free. Jadi, bila memasak pun tidak akan terganggu!

IKLAN
  1. Me time

Sewaktu berehat, ibu masih bebas melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai sambil mengepam susu. Waktu berehat merupakan masa yang terbaik untuk ibu mengepam susu kerana ibu dalam keadaan santai dan bebas dari tekanan. Ini akan menggalakkan penghasilan susu yang lancar.

Banyak Kerja & Tak Cukup Masa. Ibu Terpaksa ‘Korbankan’ Waktu Mengepam Sebab Sibuk

Jika anda merancang untuk membeli mesin mengepam susu yang terbaik, apa kata pertimbangkan untuk memilih LacFree Wearable Breast Pump. Pemasangannya mudah dan hanya mengambil masa kurang dari seminit. Memang jimat masa! Dengan teknologi ultra-silent, aktiviti mengepam susu menjadi lebih selesa tanpa bunyi yang menarik perhatian orang sekeliling.

IKLAN

Banyak Kerja & Tak Cukup Masa. Ibu Terpaksa ‘Korbankan’ Waktu Mengepam Sebab Sibuk

 

Paling penting, LacFree Wearable Breast Pump adalah jenis hands-free dan sangat ringan. Ini merupakan dua faktor penting yang boleh dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah mesin mengepam susu kerana boleh dibawa dan digunakan dengan mudah di mana-mana.

Layari laman web rasmi Shapee untuk mendapatkan promosi harga pelancaran sekarang: http://bit.ly/shapeehome

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI