Ibu bapa yang ada anak kecil, pastikan waktu anak makan buah-buahan atau apa saja makanan keras, perlu sentiasa diberi perhatian. Risau berlaku perkara yang tak dijangka pada anak.
Seperti perkongsian Dr Ahmad Samhan, kisah kanak-kanak yang tercekik buah anggur, benar-benar menyayat hati.
Tak ubah seperti mayat! Sejuk kaku tangan dan pucat lesi muka budak ini. Nadi tak dapat dirasai. Tekan dada diteruskan. Banyak lendir terkeluar dari hidung dan mulutnya.
Dalam hujan yang lebat, Ambulans terus meluncur laju. Bunyi siren membingitkan telinga.
Kanak-kanak 5 tahun telah dibawa oleh ibunya ke klinik kerana tiba-tiba berhenti bernafas. Muka kebiruan. Tiada tanda-tanda kehidupan.
Dalam usaha untuk memasukkan tiub pernafasan, tiba-tiba kelihatan sesuatu di kerongkong yang menutup salur pernafasan. Bila dikeluarkan, rupanya sebiji anggur sebesar ibu jari.
Anak ini akhirnya tak mampu diselamatkan. Kasihan. Tak dapat bayang bagaimana perasaan ibu yang menanggung. Ini bukan kes pertama kanak-kanak tercekik makanan hingga membawa maut.
Tolonglah mak ayah, jangan cuai. Perhatikan jika beri makanan atau buahan pada anak. Bukan tak boleh makan anggur atau buah-buahan, tapi pastikan ia di potong secara memanjang dan bersaiz kecil untuk elakkan anak dari tercekik.
Tolong kongsikan ilmu pada mak ayah lain sebab masih ramai mak ayah yang tak tahu ilmu penting ini.
Sementara itu, menerusi perkongsian Public Health Malaysia, kisah anak lelaki berusia 5 tahun ini juga wajar diambil perhatian.
Seorang kanak kanak berusia 5 tahun dikejarkan ke hospital kerana alami sesak nafas selepas tercekik sebiji buah anggur.
Walaupun nampak lembut dan kecil, buah anggur suduh cukup untuk menyendal saluran pernafasan kanak kanak.
Mangsa ini bernasib baik kerana masih terdapat sedikit ruang udara untuk menyalurkan tiub pernafasan. Pembedahan telah dilakukan untuk mengeluarkan buah anggur tersebut.
Bukan tak boleh makan anggur atau buah buahan lain, pastikan ia di potong secara memanjang dan bersaiz kecil
Kredit: Dr Ahmad Samhan; Public Health Malaysia
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI