Halia merupakan salah satu ramuan penting dalam masakan terutamanya masakan Melayu. Tetapi pernahkah anda mendengar kebaikan pengambilan serunding halia untuk ibu berpantang?
Ayuh teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenainya.
Khasiat serunding halia
Halia atau nama botaninya Zingiber officinale Roscoe adalah sejenis tumbuhan yang sering digunakan di dalam pelbagai masakan sebagai bahan rempah perasa.
Haruman dan rasa unik halia adalah berasal daripada minyak semula jadinya – perkara paling penting buat halia.
Halia dianggap sebagai ubatan terbaik untuk wanita selepas melahirkan anak. Pengambilannya pada bulan pertama selepas bersalin dipercayai dapat mengurangkan gejala jangka panjang seperti pening, sakit kepala, sakit pinggang, arthritis dan/atau masalah perut.
Dari aspek saintifik, rizom halia mengandungi:
Air
Karbohidrat
Serat
Kalium
Fosforus
Oleoresin
Pati minyak
Vitamin A, B dan C
Lemak
Asid organik
Minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren
Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai serunding halia, ayuh ketahui secara ringkas kebaikan tumbuhan ini.
Mengurangkan angin dan memperbaiki sistem penghadaman
Sudah pasti manfaatnya dalam membantu mengurangkan angin badan amat diperlukan oleh ibu selepas bersalin.
Kajian pada 2018 mengkaji kesan halia pada gas yang terbentuk dalam saluran usus semasa penghadaman.
Kajian ini menunjukkan bahawa enzim dalam halia boleh membantu memecahkan dan mengeluarkan gas ini. Secara tidak langsung ia memberikan kelegaan buat si ibu daripada sebarang ketidakselesaan.
Ads
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa halia boleh melancarkan pergerakan saluran pencernaan – kesannya ia dapat melegakan atau mencegah sembelit.
Memanaskan badan
Halia bukan sahaja mampu menghilangkan masalah angin tetapi ia juga berfungsi untuk memanaskan badan. Ini kerana kita sedia maklum, ibu berpantang akan kerap mengalami kesejukan badan.
Mengurangkan berat badan
Berat badan selepas bersalin turut merupakan antara perkara yang merunsingkan wanita, bukan?
Halia mengandungi unsur yang dapat membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh dan boleh bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan.
Rasa halia yang agak pedas dan berangin ada kalanya tidak digemari sesetengah wanita.
Namun disebabkan ia mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan, khususnya selepas bersalin, maka penggunaannya telah dipelbagaikan.
Ads
Jadi penghasilannya dalam bentuk seperti serunding halia, sudah tentu akan dapat menarik minat untuk mencubanya. Lebih baik lagi, ia juga sebenarnya boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja.
Resipi serunding halia bersama bawang putih buat ibu berpantang
Kini anda sudah mengetahui khasiat serunding ini khususnya buat wanita yang akan menjalani tempoh berpantang.
Ingin tahu resipi untuk menghasilkan serunding ini?
Tetapi resipi yang dikongsikan adalah bersama bawang putih. Ini kerana gabungan halia dan bawang putih dipercayai amat bagus dan dapat membantu membuang angin dalam badan.
Sudah bersedia? Jom!
Bahan-bahan untuk serunding halia:
Ads
Halia – sebaiknya pilih halia muda atau halia kampung yang berwarna lebih gelap dan bersaiz kecil
Bawang putih
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Cara penyediaan:
Hiriskan halia melawan urat dan tumbuk hingga hancur. Anda juga boleh memilih untuk memarut halia. Kemudian perahkan air jusnya dan kemudian digoreng hingga garing.
Taburkan sedikit garam sebagai bahan perasa jika perlu.
Bawang putih pula dihiris nipis dan kemudian digoreng garing. Semasa menggoreng anda boleh menabur sedikit garam sebagai bahan perasa.
Gaulkan halia dan bawang putih yang digoreng tadi bersama sedikit serbuk lada hitam.
Biarkan sejuk dan simpan ia di dalam bekas kedap udara agar tahan lebih lama.
Kini serunding halia sedia untuk dinikmati bersama nasi putih panas istimewa untuk ibu berpantang!
Oleh sebab halia banyak manfaatnya, selain dinikmati dalam bentuk serunding, anda juga boleh menyediakan teh halia yang juga amat sesuai untuk wanita dalam tempoh berpantang. Ingin tahu caranya?
Resipi teh halia
Walaupun anda mempunyai pilihan untuk membeli teh halia serbuk di pasaran, tetapi sudah tentu menghasilkannya sendiri lebih nikmat rasanya.
Bahan-bahan:
1-2 inci halia mentah segar – dikupas kulit dan dihiris nipis
1 ½ hingga 2 cawan air
1-2 sudu madu
½ sudu jus perahan lemon atau limau – ikut citarasa
Cara penyediaan:
Halia yang sudah siap dikupas dan dihiris direbuskan ke dalam air untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 minit.
Jika mahukan rasa teh yang lebih pekat atau kuat, biarkan ia mendidih selama 20 minit atau lebih dan gunakan lebih banyak hirisan halia.
Tuangkan air yang siap direbus ke dalam cawan dan tambahkan madu serta perahan lemon atau limau.
Kini teh halia sedia untuk dinikmati ibu berpantang terutamanya pada waktu minum petang.
Halia adalah baik untuk kesihatan, terutamanya wanita selepas bersalin. Tetapi jika anda tidak pasti sama ada sesuai untuk mengambilnya atau mempunyai keraguan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Pelakon, Fizo Omar memanjat kesyukuran kepada Illahi setelah isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan bayi kedua pada petang Jumaat.
Berita gembira tersebut dikongsi olehnya menerusi laman Instagram. Tambahnya lagi, bayi yang lahir seberat 3.07kg itu dilahirkan sihat secara normal.
“Syukur Alhamdulillah, Isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.57ptg tadi di @andorrahospitalofficial”
“Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room utk melahirkan secara normal.”
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat proses bersalin dan di beri peluang menyambut sendiri anak perempuanya itu.
“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang utk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. YA ALLAH..tak terkata”
“Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik.”
Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah buat pasangan ini diatas kelahiran cahaya mata baru.
Walau bagaimanapun Fizo belum mendedahkan nama serta wajah bayinya itu.
Uyaina Arshad Selamat Bersalin Anak Kedua- “Alhamdulillah Kedatangan Anakanda Kedua Yang Dikasihi.” Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan anak keduanya pada 17 Mei.
Melalui hantaran dilaman Instagram masing-masing, Uyaina dan suaminya, penyanyi Raja Syahiran berkongsi berita gembira itu.
Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi.
Bonda juga selamat sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanda tercinta. Semoga @rajaurhan menjadi seorang kekanda yang baik menjadi teladan buat adinda.
Tiada apa yang dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu.
Perkongsian tentang kelahiran anak kedua mereka dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya.
Terdahulu, pasangan selebriti itu berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki pada majlis pengumuman jantina anak.
Untuk info Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Anak kecil kita banyak berkomunikasi dengan tangisan, menangis bila nakkan sesuatu, menangis bila rasa tak puas hati. Itu tindakan biasa bagi anak kecil di bawah usia tiga tahun. Bila anak dah masuk tiga tahun tetapi masih gunakan cara ni tanpa keluarkan satu patah perkataan pun, mama papa kena periksa. Bimbang anak ada masalah pendengaran!
Menurut Encik Mohd Rayyan Abdul Halim, Audiologis daripada Perfect Hearing, Shah Alam, ada beberapa petanda dan isyarat bahasa badan anak yang menunjukkan mereka ada masalah pendengaran. Mama papa kena periksa ni.
Komunikasi anak kecil hanyalah dengan menangis. Apa sahaja keperluan dan keinginan mereka seperti lapar, sejuk, panas, minta didodoi, tidak selesa, minta ditukar lampin, semuanya adalah dengan menangis.
Komunikasi ini kemudiannya berubah apabila bayi membesar bermula dengan bebelan bunyi konsonan seperti ba, ba, ma,ma, pa, pa. Pendedahan bunyi atau percakapan berterusan kepada bayi merangsang otak mereka untuk berkomunikasi dengan apa yang mereka dengar.
Lebih kerap kita berkomunikasi dengan mereka, lebih banyak rangsangan otak dapat dihasilkan. Apabila mencapai umur 1 tahun, bayi mula menyebut perkataan yang bermakna seperti “mama” yang merujuk kepada si ibu atau “papa” merujuk kepada si ayah. Jika berkehendakkan sesuatu mereka sepatutnya boleh menyebut satu perkataan seperti ‘nak’ sambil menunjuk benda yang dikehendaki.
Apabila mencecah umur 2 tahun dengan 2 patah perkataan seperti “nak makan”, umur 3 tahun dengan sekurang-kurangnya dengan 3 patah perkataan seperti “nak makan nasi”. Perkembangan komunikasi ini berkembang seiring dengan pertambahan umur dan hendaklah sentiasa dipantau secara berterusan.
Kenal Pasti Tanda-Tanda Anak Jika anak sudah berumur 3 tahun tapi komunikasinya adalah hanya dengan isyarat bahasa badan seperti menunjuk-nunjuk dengan jari (finger-pointing) kepada barang yang dikehendakinya, ibu bapa perlu berhati-hati.
Kemahuan anak tanpa sebarang permintaan lisan seperti, menunjuk ke dapur yang bermaksud mahu makan , menunjuk ke televisyen yang bermaksud mahu menonton, menunjuk ke bilik yang bermaksud mahu tidur, maka ini memberi petanda yang memerlukan tindakan segera dari ibu bapa.
Sekiranya si anak ingin menonton televisyen dengan kekuatan suara televisyen yang tinggi atau selalu menonton dalam jarak yang dekat juga memberikan petanda berhati-hati juga kepada ibu –bapa. Begitu juga jika si anak kerap mengadu sakit telinga dan mempunyai masalah pembelajaran di sekolah.
Tanda-tanda ini merupakan tanda awal seseorang itu mengalami masalah pendengaran yang boleh membawa kepada masalah lain seperti lewat bercakap dan masalah pembelajaran apabila memasuki alam persekolahan nanti.
Tips Untuk Ibu Bapa 1. Perbanyakkan ilmu berkaitan perkembangan dan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. 2. Sentiasa merangsang otak si anak dengan sentiasa berkomunikasi. 3. Pastikan komunikasi si anak mengikut jadual perkembangan mengikut umur. 4. Buat perbandingan perkembangan komunikasi antara abang atau kakak dengan si adik pada umur tertentu jika perlu.
5. Perhatikan respon si anak kepada bunyi-bunyi yang biasa di rumah seperti bunyi mainan, bunyi air, bunyi burung dan lain- lain lagi. 6. Bertindak dengan segera dengan merujuk kepada doktor atau Audiologis sekiranya : * Anak kerap mengadu sakit telinga / cecair kerap mengalir dari dalam telinga. * Si anak menonton televisyen atau gajet dengan nada bunyi yang kuat atau menonton terlalu dekat dengan televisyen * Lewat bercakap. * Berkomunikasi dengan bahasa isyarat seperti menunjuk jika inginkan sesuatu tanpa komunikasi lisan. * Selesema berpanjangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.