Dr. Izzar Anwari suami kepada pelakon terkenal, Ummi Nazeera telah menjelaskan tentang isu vaksi di laman instagramnya. Beliau yang baru sahaja mendapatkan vaksin untuk anak sulungnya, Ayra Aneesah mengakui bahawa vaksin memang isu yang hangat sejak dahulu lagi.
Golongan anti-vaksin bukan sahaja wujud di Malaysia malah seluruh dunia. Ikuti perkongsian beliau mengenai Vaksin.
Alhamdulillah. Ayra baru je ambil vaksin dia.Sempat dia selfie dengan daddy @ayra.aneesah
Ads
Vaksinasi ni memang isu yang hangat dari dulu. Vaksin diberikan ke kanak2 agar mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan
Kanak2 diberi vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan(imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Vaksin membantu menguatkan sistem imun melalui rangsangan kepada sel pertahanan, lepastu boleh melindungi daripada komplikasi yang mengancam nyawa
Ambil vaksin ni merupakan langkah pencegahan.Sebab tu kita vaksin kanak2 semasa dia sihat. Takkan nak tunggu sakit baru nak vaksin kan?
Yang mendukacitakan sekarang ialah wujudnya golongan pro-penyakit/antivaksin bukan sahaja di Malaysia malah kat satu dunia ni ada. Banyak maklumat2 palsu yang disebarkan oleh golongan ni. Kalau kat Malaysia geng pro-penyakit ni cakap vaksin agenda Yahudi, kat US tu geng ni cakap vaksin tu agenda Muslim kot
Ads
JAKIM pun dah keluar kenyataan kata suntikan vaksin ni bertepatan dengan nas-nas syarak, dan selari dengan prinsip maqasid al syariah dalam menjaga nyawa manusia
Ads
So, nak apa lagi? Vaksin la anak2 tu. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Kat Klinik Kesihatan tu free je.Taknak dengar cakap doktor pun takpelah.Kami ejen yahudi kan. Tapi ikutlah apa saranan JAKIM tu. Mufti-mufti kat JAKIM bukan ejen jahat macam Hydra tu.Kau ingat ni movie ke?
Rata-rata netizen bersetuju dengan penjelasan tentang vaksin yang diutarakan oleh Dr.Izzar di laman instagramnya.
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan telah mencalarkan 10 buah kereta Audi dengan menggunakan batu kecil yang dipegang olehnya ketika sedang berlari-lari. Kejadian tersebut berlaku di sebuah bilik pamera kereta di Guilin, China.
Kejadian tersebut menjadi lebih teruk apabila antara kereta yang dicalarkan adalah jenis Audi Q8 terbaru bagi tahun 2020.
Syarikat Tuntut Ganti Rugi
Peniaga kereta pada mulanya menuntut 200,000 yuan (RM118,331) untuk pampasan bagi kerosakan yang ditanggung, tetapi ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak bersetuju untuk membayar ganti rugi itu.
Kereta itu terpaksa dijual di bawah harga pasaran dan pengedarnya boleh dikenakan tindakan sekiranya pembeli mendapat tahu keretanya telah dicat semula.
Bawa Kes Ke Mahkamah
Gagal mencapai persetujuan, kedua-dua pihak itu kemudian membawa kes itu ke mahkamah untuk dibicarakan.
Pada 3 Disember, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang dan pasangan itu terpaksa membayar ganti rugi kepada pengedar kereta itu sebanyak 70,000 yuan (RM41,415).
Mahkamah Beri Peringatan
Mahkamah turut memberi peringatan kepada pasangan itu untuk mengawasi dan mendidik anak mereka agar tidak merosakkan harta benda orang lain.
Memilih nama anak merupakan detik indah bagi setiap pasangan yang dikurniakan cahaya mata. Menjadi trend kini apabila ibu bapa meletakkan nama anak dengan nama yang sangat panjang. Namun, lain pula ceritanya apabila seorang bapa berkongsi nama anaknya yang akhirnya tular di media sosial.
Mohamad Arif Mohamed Kasim sengaja meletakkan nama ‘Airis Aurora’ kepada anak sulungnya agar dia terpaksa duduk di meja hadapan setiap kali peperiksaan utama di zaman persekolahannya kelak.
Menurut laporan MStar, Arif berkata, “Saya pilih nama mula huruf A agar urusan dia akan lebih mudah di sekolah nanti.”
“Kebiasaannya pengawas peperiksaan akan ramai di depan. Dari situ dia akan jujur dan apa yang diusahakan masa belajar di kelas itulah yang dibawa semasa masuk ke dewan peperiksaan nanti,” tambahnya lagi yang juga merupakan peminat tegar permainan Mobile Legend.
“Airis bermaksud bunga manakala Aurora pula diambil sempena nama hero Mobile Legend,” jelas bapa berusia 25 tahun itu.
Bukan itu sahaja, apabila ditanya mengenai idea nama tersebut, Arif berkata dia terpanggil untuk menamakan anaknya bermula dengan huruf A berdasarkan pengalamannya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah sekolah.
“Setiap kali keputusan peperiksaan ditampal di papan kenyataan, nama yang bermula huruf A akan berada di atas sekali. Jadi saya tak perlu tengok satu-satu nama yang ada sebab nama anak saya akan berada di atas sekali. Saya hanya perlu pandang arah atas sahaja,” jelasnya.
Pada masa yang sama Arif juga berkata yang memberikan nama anaknya dengan huruf A bakal memudahkan urusan dia mengambil kad laporan kelas anaknya nanti.
Katanya, “Kebiasaannya ibu bapa akan datang ke sekolah untuk tandatangan kad laporan. Jadi saya tak perlu tunggu lama kerana anak saya akan dipanggil awal.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membuat persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ahad lalu mendapat reaksi sebak dan teruja oleh para peminat.
Namun setelah selesai persembahan, Datuk Siti memuat naik gambar sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas menjalani pembedahan kecil di Instagram Story. Namun, Datuk Siti tidak memaklumkan dengan lebih lanjut jenis pembedahan yang dibuat.
Rupanya Datuk Siti telah selamat menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan semalam sebagai persediaan untuk hamil anak kedua.
Menurut Datuk Siti, pembedahan itu dibuat kerana dia akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertama.
“Saya menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana saya akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini. Saya harap semua pihak dapat doakan saya supaya segera sembuh,”
Kita sama-sama doakan Datuk Siti sembuh sepenuhnya dan semoga ada rezekinya untuk menimang cahaya mata kedua.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.