Keperluan susu bagi kanak-kanak 2 tahun ke atas seharusnya diteliti oleh ibu ayah. Pengambilan susu dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan boleh bebankan ginjal mereka.

Susu asalnya adalah keperluan utama bayi selepas dilahirkan. Bagi bayi yang mengambil susu formula, ada yang mengakibatkan pergantungan sehingga mengabaikan keperluan zat dan nutrisi daripada makanan pelengkap dari jenis real food atau whole food.

 

Dato’ Dr Suriyakhatun memberikan ulasan mengenai susu formula. Beliau menekankan yang susu formula bukanlah makanan semula jadi. Malah ramai kanak-kanak alah kepada susu lembu, lactose intolerance serta kandungan gula yang menyebabkan membiaknya bakteria patogen serta candida dalam usus.

Banyak Mudaratnya Bila Susu Jadi Makanan Utama Kanak-Kanak 2 Tahun Ke Atas. Minum Berlebihan Boleh Bebankan Ginjal

Berikut adalah perkongsian beliau;

IKLAN

Saya membaca comments dibawah posting tentang susu formula lebih dari 2 tahun dan dapati ada ramai yang berkata mereka tidak faham apa yang saya tulis . 

BOLEH MENIMBULKAN ALAHAN

Saya cuba fikirkan kenapa pula ada yang tak faham mesej yang cukup jelas bahawa susu formula bukan makanan semula jadi, ia banyak bahan tiruan dalamnya disamping mengandungi susu lembu yang ramai anak -anak mungkin ada alahan kepadanya “lactose intolerance serta cow’s milk protein allergy” serta kandungan gula yang boleh menyebabkan membiaknya bakteria patogen serta candida dalam usus.

IKLAN

Selain dari itu, susu mengambil tempat makanan asli semula jadi yang anak perlukan untuk membesar. 

Banyak Mudaratnya Bila Susu Jadi Makanan Utama Kanak-Kanak 2 Tahun Ke Atas. Minum Berlebihan Boleh Bebankan Ginjal

BOLEH MEMBERIKAN BEBAN KEPADA GINJAL JIKA PERGANTUNGAN LEBIH DARI 2 TAHUN

IKLAN

Disamping itu, bila anak masih bergantung pada susu pada umur lebih 2 tahun dengan meminum 200 ml x 5 atau x 6 = 1 liter atau 1.2 liter air pada badan kecilnya akan menyebabkan fluid overload dan beban pada ginjal .

TULANG & GIGI BOLEH JADI LEMAH
Pergantungan pada susu yang bersifat acidic food menyebabkan tulang dan gigi menjadi lemah . Ini adalah sebab buffer system badan larutkan zat galian dari tulang anak untuk kekalkan alkaline ph darah bila mana makanannya tidak memberi secukupnya ions yang kekalkan ph darah ditahap alkaline ph yang diperlukan . Gigi juga boleh busuk sebab gula dalam susu . 

Ini antara masaalah yang timbul bila susu jadi makanan utama dan bukan makanan tambahan. Susu bukan makanan utama anak lebih dari 2 tahun. Salah faham tentang susu mungkin timbul dari iklan tv. Iklan tv tidak semestinya mengutarakan fakta.

Sumber: Dato’ Dr Suriyakhatun

Artikel berkaitan: Tak Jaga Makan Punca Ekzema Menyerang Kembali. Doktor Kongsi 5 Perkara Perlu Elak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI