Banyaknya kerisauan kita pada anak setiap kali kita memberikan beberapa kerja untuk dilakukan. Ini dan itu tak boleh, ada sahaja larangan dari kita. Biarkanlah anak bebas dan berkreatif dengan perkara yang mereka lakukan. Jangan asyik larang.
Ketika melakukan kerja rumah misalnya, bantulah anak dengan cara lebih mudah dan paling penting percaya dengan anak ketika anak melakukan tugasan yang anda beri. Ikuti perkongsian Dr Norzila Zakaria ni.
Berikan kepercayaan kepada anak melakukan tugas
Ada banyak perkara kita mahu anak-anak kita lakukan tapi kadang-kadang kita tidak memberikan kuasa penuh kepada mereka dan akhirnya anak-anak pun tidak seronok untuk melakukannya kerana banyak arahan ‘jangan’ dari kita.
‘Jangan buat macam tu, buat macam ni… mari ibu tunjuk” kecewa anak kerana usahanya ‘salah’! Namun kalau kena caranya pasti mereka boleh terima. Ubah sedikit sahaja ayat tadi, mungkin bunyinya begini:
“Wah dah separuh karpet bersih, pandailah anak-anak ibu ni cuci”
Senyum dan tanyakan apa perasaan mereka “Seronok tak boleh basuh karpet? Boleh main air juga kan?”
Dengarkan jawapan mereka. Raikan perasaan mereka. Pasti keyakinan diri mereka bertambah tinggi kerana kita meraikan usaha mereka.
“Ok, sekarang ibu nak tunjuk macamana nak cuci bahagian ni yang agak kotor, boleh? Nanti lepas ni abang dan adik buat sendiri ya”.
Ads
Beritahu mereka proses yang kita rancangkan seterusnya dan pemantauan yang akan kita lakukan. Jadi bila kita ‘tegur’ dan baiki mereka mudah menerimanya.
Jika kita terus ‘menyerang’ dan menegur dengan cara yang tidak hikmah, pasti mereka kecewa dan tidak mahu menyambung kerja-kerja mereka.
Sesekali mainlah bersama mereka, kalau basuh karpet biar basah bersama-sama mereka, pasti mereka seronok bila kita bersama-sama melakukannya dan bukan memerhati sahaja.
Jika kita bertindak seperti ketua dan hanya memberi arahan, saya pasti mereka tidak akan seronok melakukan aktiviti tersebut. Nasib tidak baik mereka merajuk dan kita pun jadi marah sebab mereka tidak mengikut arahan kita.
Jadi fikirkan apa aktiviti yang kita boleh berikan sepenuh kuasa kepada mereka tanpa arahan dan pemantauan rapi dari ‘ketua’ kepada mereka, maknanya biarkan saja mereka buat ikut suka hati mereka. Dan jika aktiviti tersebut memerlukan pemantauan dan hanya sebahagian sahaja kuasa yang boleh diberikan, maklumkan mereka supaya mereka tidak kecewa.
Ads
Jika aktiviti yang diberi kuasa penuh menjadi sesuatu yang perlu dipantau, boleh lakukan teknik seperti di bahagian awal untuk melibatkan diri kita dalam aktiviti mereka dengan lebih bijak.
Aktiviti cuci karpet ini adalah aktiviti yang saya berikan kuasa penuh kepada anak-anak saya semasa cuti. Saya biarkan saja apa mereka mahu lakukan dan hanya melibatkan diri di hujung aktiviti untuk mereka berhenti mencuci.
Memang puas hati mereka boleh melakukan aktiviti ini mengikut cara mereka sendiri.
Sudah pasti bila ditambah dengan sedikit pujian mereka rasa sangat dihargai dan tahap keyakinan mereka juga meningkat bila dapat menyelesaikan tugasan dengan baik.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Apabila anda menjerit, melompat, berpeluh dan cemas apabila terlihat LIPAS, kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan itu kepada anak juga. (Fobia terhadap lipas dikenali sebagai Katsaridaphobia)
Apabila anda cemas dan 'anxious' dengan subjek MATEMATIK dan anda juga sering menceritakan betapa susahnya Matematik di hadapan anak, kemungkinan besar anak juga akan menyerap 'anxiety' anda dan melihat subjek itu sebagai sesuatu yang sangat susah tanpa berusaha terlebih dahulu.
Apabila anda menekan dan memaksa anak kerana cemas anak belum boleh MEMBACA pada usia 6 tahun, kemungkinan besar anda juga akan memindahkan rasa cemas dan 'anxiety' anda itu kepada anak. Tindakan yang sebegini tidak menjadikan anak cepat membaca malah menyebabkan tekanan kepada anak dan diri anda.
Kanak-kanak tidak mempunyai rasa takut dan mereka juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran mereka. Fobia atau ketakutan terhadap sesuatu akan wujud dalam diri kanak-kanak sekiranya kanak-kanak itu melalui pengalaman yang NEGATIF atau TRAUMATIK.
Selain itu fobia juga dipelajari daripada KETAKUTAN yang ditunjukkan oleh ayah atau ibu terhadap sesuatu.
Anak-anak menjadikan ibubapa sebagai panduan ketika berhadapan dengan sesuatu. Jika ayah atau ibu kelihatan cemas, takut dan 'anxious', anak akan membuat kesimpulan bahawa situasi itu membahayakan, tidak selamat dan memerlukan perlindungan.
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa tindak balas kita menyebabkan kita 'memindahkan' fobia, 'anxiety' dan stres kepada anak-anak. Ada anak yang mungkin tidak terpengaruh tetapi ada anak yang akan terkesan dengan tindak tanduk kita.
Saya mempunyai fobia terhadap lipas, terutamanya lipas terbang.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy Parent Connect
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pokok Daun Sup antara pokok yang menjadi pilihan ibu-ibu untuk ditanam kerana daun sup selalu digunakan dalam masakan. Namun ramai orang gagal tanam pokok daun sup ni.
Cikgu Kebun juga ada kongsikan tip mudah bagaimana nak tanam pokok ni. Pokok daun sup untuk bagi tahan lama dan subur gebu kita kena semai dia dengan biji benih.
Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam dia semula. Tapi pokok tak dapat hidup lama. Last-last kita kecewa.
Jadi CK cuba bantu hangpa bagi berjaya tanam pokok daun sup.. raya korban dah dekat ni..hangpa mesti nak masak sup daging kan nanti ..hehe
Step-by-step:
1. Step awal hangpa kena semai pokok ni guna tanah yang sesuai, selalunya CK semai guna tanah peatmoss ada banyak jual kat pasaran.
2. Hangpa cari satu pasu yang besar sikit, isikan tanah peatmoss ni.
3. Kemudian hangpa tabur sahaja biji benih tu macam tabur dedak bagi ayam makan..biar banyak sikit tak apa..
4. Lepastu siram dan letakkan pada tempat yang redup.
5. Jaga kelembapan air peatmoss tu sehingga biji benih bercambah. Selalunya ambil masa 2 minggu ke atas.
6. Bila bercambah dedahkan biji benih pada cahaya cerah secara berperingkat.
7. Buat pemindahan biji benih selepas biji benih mula keluar daun untuk bagi ruang pokok membesar.
8. Mulakan dengan pembajaan yang betul, CK guna baja wangi serbuk tabur pada akar dan sembur pada daun pokok tersebut.
9. Buat kawalan serangga dan kulat secara konsisten pada setiap minggu dengan guna Cuka Kayu dan Bio Control organik.
10. Bila pokok dah besar hangpa jangan cabut pokok tersebut. Tapi ambil satu persatu daun yang hangpa nak guna untuk masak. insya allah pokok boleh tahan lama jika betul2 jaga step2 diatas.
Jika dulu pantang disentuh, pasti melenting. Kalau tersilap sikit, mudah saja dia marah. Belum masuk bab bercakap. Memang boleh ‘tersayat’ hati banyak orang keliling dengan bisa kata-katanya.
Kriteria ini ada dalam diri pelakon Sharnaaz Ahmad satu masa dulu. Hinggakan pernah juga mencetuskan permusuhan dengan segelintir artis dan peminat gara-gara kelantangannya itu.
“Saya selalu cakap besar. Asal ‘sedap’ mulut kita saja, saya akan lontarkan pandangan saya. Tak kiralah orang nak setuju atau tidak, itu belakang cerita.
“Orang nak suka saya atau tidak sekalipun, tak pernah sedikit pun saya peduli. Yang penting saya puas hati,” kata Sharnaaz merujuk sifat panas baran yang sinonim dengannya.
Namun begitu, segala sifat buruknya yang diperkatakan ramai itu berubah seiring dengan tanggungjawab dan status dipikul. Pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini tidak lagi seperti dulu.
Sifat panas baran dan tidak mudah sabar itu seakan-akan sudah menghilang. Sharnaaz kini menjadi seorang lelaki yang lebih tenang dan fokus pada kehidupannya hari ini.
Statusnya sebagai suami, Noor Nabila Mohd. Noor, 34, dan anak, Jebat Jeydan Ahmad yang lahir pada 30 Ogos lalu itu mendorong kepada perubahan besar dalam hidupnya hari ini.
“Entahlah, tiba-tiba darah yang mudah menggelegak ini dah tak macam dulu lagi. Saya jadi lebih bertenang sekarang, mungkin disebabkan faktor usia kot.
“Saya dah masuk usia 33 pada tahun ini. Lagipun sudah ada anak, elok sangatlah kalau saya berubah,” kata bintang filem Juvana 3: Perhitungan Terakhir ini.
Jebat Pelengkap Hidup Sharnaaz
Pelakon drama Cinta Bukan Kristal yang baru selesai ditayangkan ini mengakui kehidupan yang dilalui semakin indah pada hari ini. Lebih-lebih lagi saat melihat Jebat di depan mata adalah nikmat tidak terhingga.
Anugerah besar itu membuatkan dia lebih menghargai insan kesayangan di sekelilingnya. Lebih belajar erti tanggungjawab yang pernah dirasakan tidak perlu satu masa dulu.
“Pada hari pertama Jebat dilahirkan, saya keliru dengan perasaan menjadi bapa. Tapi selepas beberapa ketika, perasaan sayang itu semakin menebal apabila ada interaksi antara kami.
“Rupa-rupanya Jebat adalah pelengkap kepada kehidupan saya. Dia adalah segala-galanya,” ujarnya.
Sharnaaz berkahwin dengan Nabila yang merupakan kakak kepada pelakon Neefola pada 31 Mac 2017.
Sumber: utusan online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.