Banyak Semut Di Rumah, Campurkan 2 Bahan Ni. Lepas Sembur Dah Tak Datang!

Share

Pantang tinggal makanan sekejap, cepat je semut hurung. Lebih-lebih lagi makanan atau minuman manis, memang kesukaan semut. Semut di rumah ni ada ketikanya boleh buat kita naik darah.

Sangat jarang kita nampak semut sekor, mesti dengan kaum kerabatnya.  Semut kebiasaannya akan masuk ke dalam rumah untuk mencari makanan. Dari sekecil-kecil makanan pun, semut boleh hurung.

Ia cekap mencari dan mengeluarkan makanan yang tertinggal di sekeliling rumah. Jika anda perasan, semut lebih kerap masuk ke dalam rumah pada musim panas. Hal ini kerana, kebanyakan serangga lebih aktif pada bulan yang lebih panas.

Boleh dikatakan ia kadang-kadang masuk ke dalam rumah untuk mencari air dan disebabkan itu anda mungkin akan sering melihat serangga tersebut di bilik mandi atau bahagian lain yang lembap di rumah.

Tidak cuma itu, hujan lebat juga boleh menyebabkan sarang semut ditenggelami air dan memaksa mereka berpindah ke bangunan berdekatan, seperti rumah anda.

Memang risau bila tengok semut banyak, kadang-kadang ia boleh mengganggu kehidupan seharian di rumah.

Bagaimanapun, anda sebenarnya boleh menghalau semut dengan hanya menggunakan dua bahan mudah ini sahaja.

Menurut pengguna TikTok, @Jason_jezi, cara terbaik untuk menghalau semut itu adalah dengan menggunakan cuka dan serbuk sabun.

Menerusi video itu, Jason mencampurkan satu sudu serbuk sabun dan satu sudu cuka. Selepas itu, masukkan ke dalam botol spray dan sembur pada laluan semut.

@jason_jezi Campur 2 bahan barang di rumah, semut terus hilang. Sgt berkesan #TikTokGuru #jombelajar #learnwithtiktok #jezismart #tips ♬ Paro Paro G – djsandyremix

Campur satu sudu serbuk sabun

Campurkan satu sudu cuka

Campurkan kedua-duanya sekali

Masukkan dalam botol spray

Boleh terus sembur di laluan semut yang biasa lalu

Belum cuba belum tahu kan? Harap tip ini boleh membantu ibu-ibu yang mencari penyelesaian menghalau semut di rumah.

Kredit: Jason_jezi 

BACA [Rambut Ibu Selalu Gugur, Cuba Guna Syampu Baby Campur Sekali Bunga Cengkih]

BACA JUGA [Modal Dalam RM7.90, Lelaki Ini Kongsi Cara Berkesan Bunuh Lipas Dalam Kereta!]

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy