Anak umur empat hingga enam tahun memang tengah ‘becok’ banyak tanya. Ada masa sampai tak terlayan dengan soalan berangkai si kecil.
Namun itu sebenarnya cara mereka eksperesikan apa yang mereka fikir. Mama dan papa sebaiknya layanlah si kecil supaya mereka membesar tak jadi seorang yang ‘reserved’
Anak Cakap Banyak, Itu Cara Eksperesikan Diri
Siapa ada anak 4 hingga 6 tahun, angkat tangan!
Mesti kalian pening nak melayan mulut mereka yang tak berhenti bercakap, kan?
Rupanya, menurut penulis Prison Parent, pada usia tersebut curiousity anak sangat tinggi. Dalam masa yang sama, suka ekspresikan apa yang mereka sedang fikir.
Sebab tu, ada je benda nak tanya dan cerita, kan!
Mohon layankan. Walaupun kedengaran merepek dan pelik. Jangan judge banyak sangat.
They need your attention and response. Jadi letaklah kerja anda ke tepi sekejap, dan layankan apa yang anak nak cakap.
Mereka perlu untuk ekspresikan pemikiran.
Mereka juga perlu ‘rasa didengari’.
Sekiranya keperluan ini tak dipenuhi dalam jangka masa yang panjang, anak cenderung untuk menjadi seorang yang ‘reserved’.
Kesannya, bila masuk usia 7-8 tahun, anak-anak ini akan membentuk personaliti introvert di usia yang sangat awal dan kurang selesa mengekspresikan diri.
Dalam jangka masa yang panjang, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosi serta keyakinan diri anak.
Sumber: Wawa Shauqi
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI