Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melawat ibu baru bersalin dan bayinya sebaik mereka keluar dari hospital. Bau bayi sangat harum dan boleh buat kita hilang rasa stres. Tapi sebenarnya tak elok kalau kita terlalu menggomol dan mencium bayi baharu lahir kerana sistem imunisasi mereka masih belum kuat.
Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Sebelum anda meneruskan tradisi melawat kenalan dalam pantang serta bayi mereka, bacalah dulu pesanan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
MAHU MELAWAT RAKAN YANG BARU BERSALIN? BACA INI DULU Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak. Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.
Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya. Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, saya nasihatkan:
1. Jangan cium bayi. Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi. 2.Jangan sentuh bayi. Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi? 3. Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.
4. Jangan lama-lama bila melawat. Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat. 5. Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana siibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur. 6. Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.
7. Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Si ibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi. 9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur. Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam. 10. Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan siibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada anda, bukannya si ibu tu kedekut tak mahu tunjuk anak. Bukan juga sembunyikan anak. Penting untuk kita yang mahu menziarahi ibu selepas bersalin dan bayinya untuk menghormati batas-batas yang seharusnya. Sekarang ni macam-macam jenis virus yang menyerang sistem imunisasinya yang belum betul-betul kuat.
Nazmi Faiz satu nama yang tidak asing dalam sukan bola sepak Malaysia. Dia yang kini bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim semalam berkongsi berita gembira apabila isteri tersayang, Nurul Yasmin selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Berita tersebut disampaikan oleh Nazmi menerusi akaun Instagram miliknya yang mempunyai 193 ribu pengikut.
Dalam entri tersebut, Nazmi menzahirkan ucapan syukurnya kepada Allah SWT kerana urusan bersalin isteri tersayang berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, Nazmi juga turut berkongsi nama puteri sulungnya itu dalam posting tersebut. Memilih Maria Miqayla untuk cahaya mata sulungnya itu.
“Assalamualaikum Puteri Sulungku Maria Miqayla. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.
Posting yang dibuat juga mendapat komen-komen mengucapkan tahniah kepada dia dan isteri tercinta daripada rakan dalam arena sukan bola sepak dan juga dari peminat.
Untuk makluman, Nazmi dan isteri, Nurul Yasmin melangsungkan perkahwinan pada November 2017.
Tahniah diucapkan kepada pasangan muda ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama ini akan melengkapkan lagi kehidupan rumahtangga yang dibina.
Sumber: IG Nazmi Faiz & Nurul Yasmin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua ibu menyimpan niat untuk menyusukan anak-anak sehingga usia mereka mencecah dua tahun. Namun terdapat beberapa kekangan yang menghalang para ibu untuk mencapai target itu. Ketika menyusukan anak, kedudukan yang salah menyebabkan ibu dan anak merasa kurang selesa. Akibatnya, susu tidak dapat diminum oleh anak dan ibu pula mengalami masalah sakit puting payudara.
Sebenarnya, anak boleh disusukan bukan sahaja ketika ibu sedang duduk dan berbaring, bahkan ketika anda berdiri dan berjalan. Paling penting, posisinya haruslah betul.
Ibu harus berada dalam keadaan selesa. Jika sedang duduk, ampu bayi dengan kemas dan sokong bahagian kepalanya (bayi berbantalkan lengan ibu). Jangan kepit kepala bayi di celah siku.
Letakkan bantal menyusu di bawah badan bayi bagi menyokong tubuhnya dan juga tangan anda yang memegang anak.
Jari pada tangan yang mengampu kepala bayi haruslah diletakkan pada celah punggung untuk menguatkan sokongan pada tubuhnya. Sebelah lagi tangan, ampu payudara supaya tidak menghempap muka bayi.
CARA-CARA MENDUKUNG BAYI
Cradle hold
Bayi dipegang menggunakan sebelah tangan dan tubuhnya diampu oleh tangan ibu. Kepalanya berbantalkan lengan ibu.
Cross cradle hold
Bayi dipegang menggunakan sebelah tangan secara bersilang. Jika menyusukan di sebalah kanan, maka tangan kiri yang memegang bayi. Kemudian tangan kanan pula perlu mengampu payudara.
Football hold
Bayi dipegang dengan sebelah tangan dan dikepit pada bahagian bawah ketiak. Pastikan tubuhnya mengiring dan menghadap sisi. Sebelah tangan lagi, ampu payudara dan suakan ke mulut bayi. Jangan tolak kepala bayi tetapi sokong dan bawa ke arah payudara anda.
Jika menyusukan bayi ketika berbaring, pastikan anda dan anak mengiring pada arah yang sama. Pastikan kedudukan mulut bayi dan payudara ibu selari. Sebelah tangan, masih perlu ampu payudara. Kepala bayi boleh diampu dengan lengan atau diletakkan pada bahagian bawah lengan.
Setiap ibu mempunyai bentuk puting payudara yang berbeza. Boleh jadi sebelah panjang dan sebelah pendek. Bayi biasanya lebih sukakan puting yang penjang. Ibu dan anak akan berasa selesa pada satu kedudukan menyusu tetapi apabila ditukarkan kepada payudara yang satu lagi, bayi akan menolak. Jika ini yang berlaku, ibu boleh menggunakan teknik mendukung football hold supaya bayi tetap di posisi yang sama walaupu payudara sudah bertukar.
Jika anda was-was untuk mengenal pasti sama ada bayi cukup menyusu atau adakah lekapan yang anda lakukan padanya adalah betul, perhatikan air kencingnya. Biasanya bayi yang menyusu cukup air kencingnya banyak dan tidak pekat (jernih). Biasanya air kencing kuning hari ketiga keempat. Perhatikan cara penyusuan anak, biasalah selepas hari-hari selepas itu air kencing akan lebih jernih (jika penyusuan dibuat dengan baik).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di bahagian komen instagramnya, rata-rata pengikut memuji pemilihan nama Iris sebagai satu nama yang cukup indah.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan suami Mia, Izham berkata, sepatutnya anak kedua mereka itu dijangka lahir pada hujung bulan Jun tetapi lahir seminggu lebih awal.
Kata Izham lagi, lebih bermakna apabila anaknya itu lahir dalam bulan Syawal.
Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham, yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada 13 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Sumber: Mia Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.