
“Bagaimana nak buat jika anak murid ramai yang tidak pandai pegang pensel lagi? Tangan pun lembik dan lemah sahaja (lower muscle tone). Kat sekolah kena banyak pegang pensel.”
“Kadang-kadang saya tolong anak murid saya pegang pensel dan menulis, tapi mata dia tak pandang kertas pun.”

Antara rungutan guru-guru pendidikan prasekolah dan pendidikan khas yang didengari.
Pegangan pensel adalah salah satu daripada ‘school readiness’
Tidak boleh memegang pensel tandanya murid tersebut belum bersedia untuk menulis dan belajar, guru tidak boleh ‘expect’ mereka boleh belajar seperti dalam kelas yang guru mengajar di depan (you can imagine right?)

Kalau masih tidak boleh memegang pensel, apa nak buat?
Kemahiran motor halus adalah aktiviti yang paling banyak dilakukan di sekolah!
Tips daripada seorang Occupational Therapist :
1️⃣ Lakukan aktiviti menguatkan otot tangan dan bahu. Banyak aktiviti kemahiran motor kasar yang boleh dilakukan.
2️⃣ Perbanyakkan aktiviti yang melibatkan gerakan memicit, memulas, meramas, mencucuk dan meregang pada otot bahagian tangan.
Motor performance skills in relation to school readiness activities.
Sumber: OT Mahfuzah Zainol
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kajian Menyatakan Anak Kecil Tidur Berdengkur Berisiko Mempunyai Masalah Perilaku

Isi Kandungan
ToggleBerdengkur merupakan keadaan yang popular yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja meskipun ia seringkali berlaku kepada orang lelaki dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Dengkur yang berkala selalunya tidak mendatangkan masalah, cuma ia boleh mengganggu pasangan anda.
Jika anda selalu berdengkur, anda bukan sahaja mendatangkan masalah tidur kepada pasangan anda tetapi anda juga mengganggu kualiti masa tidur anda juga. Berdengkur selalunya akan menjadi bertambah teruk dengan usia yang meningkat. Bantuan kesihatan diperlukan kepada pendengkur tegar bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.
Anak kecil yang berdengkur mempunyai masalah perilaku
Kanak-kanak prasekolah yang selalu berdengkur dengan kuat mungkin berisiko tinggi mendapat masalah perilaku. Ini termasuklah terlalu aktif, masalah menumpukan perhatian dan kemurungan.
Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Paediatrik, sebanyak 9% daripada 249 kanak-kanak yang berdengkur dengan kuat dua kali atau lebih dalam seminggu semasa mereka berumur 2 atau 3 tahun. Kanak-kanak ini lebih cenderung untuk mempunyai masalah perilaku semasa umur 3 tahun berbanding kanak-kanak yang tidak berdengkur pada umur 2 atau 3 tahun, tetapi bukan kedua-duanya.
Menyusu, walau bagaimanapun, boleh membantu menghindari kanak-kanak daripada berdengkur seterusnya mungkin boleh mengelakkan kesan negatif kepada masalah perilaku. Menurut pengkaji, kanak-kanak yang banyak berdengkur juga dapat dikesan pada umur 2 ke 3 tahun. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa atau pakar kanak-kanak.
Para pengkaji masih lagi tidak memahami bagaimana berdengkur pada umur 2 dan 3 tahun boleh meningkatkan risiko kepada masalah tingkah laku. Tetapi ia adalah berkemungkinan daripada tidur yang tidak berkualiti. Sesetengah dengkuran adalah normal seperti ketika kanak-kanak mendapat selesema. Tetapi, jika anda bimbang akan keadaan anak anda, sila berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Ibu yang baru melahirkan anak haruslah cuba menyusukan selama yang mungkin kerana ia mempunyai kesan yang kuat bagi melindungi anak-anak terhadap berdengkur. Kanak-kanak daripada keluarga yang miskin dan golongan yang disusukan hanya untuk jangka masa pendek, adalah cenderung untuk menjadi pendengkur tegar.
Apakah yang patut dilakukan oleh ibu bapa?
Ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan masalah berdengkur dalam kalangan kanak-kanak. Apabila anak anda berdengkur, anda tidak boleh mendakwa bahawa semua orang dalam kalangan ahli keluarga anda berdengkur juga.
Anda perlu membawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Para pengkaji meletakkan kaitan di antara berdengkur dan masalah perilaku dalam perdebatan. Kanak-kanak yang berdengkur secara berterusan mempunyai risiko yang besar terhadap masalah perilaku. Tetapi ini tidak bermaksud setiap kanak-kanak yang berdengkur akan mempunyai masalah perilaku atau semua kanak-kanak yang mempunyai masalah perilaku adalah pendengkur.
Meskipun begitu, berdengkur adalah tidak normal kepada kanak-kanak. Sesetengah kanak-kanak memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil atau adenoids. Penilaian boleh membantu memastikan sama ada berdengkur adalah tidak berbahaya atau memerlukan rawatan kepada keadaan yang tersembunyi untuk menghilangkan masalah berdengkur atau perilaku.
Berdengkur dan masalah perilaku boleh menjadi kitaran kejam. Kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup akan menjadi letih dan meragam serta tidak makan dengan sempurna. Bunyi dengkuran didefinisikan dengan terdapat gangguan pada saluran pernafasan semasa tidur, yang membawa kepada kekurangan oksigen dan tidur yang tidak cukup.
Sekiranya ini merupakan masalah bermusim atau disebabkan oleh selesema, ia tidak menjadi masalah tetapi jika berdengkur adalah serius dan menyebabkan masalah tidur, sila dapatkan pemeriksaan yang sah.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Baca Buku Cerita Latih Kemahiran Berfikir.Begini Caranya

Rupanya baca buku cerita latih kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak-kanak.
Kemahiran berfikir dikalangan kanak-kanak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti boleh dan dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh mengemukakan cadangan, memberi pelbagai idea, menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut.
1.Cerita semula
Sentiasa galak kanak-kanak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
2.Bertanya soalan
Bertanya kepada kanak-kanak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru. Situasi ini akan menggalakkan kanak-kanak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
3.Analisis watak
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
4.Kaitkan dengan pengalaman diri
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta kanak-kanak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila kanak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Jangan Paksa Anak Untuk Pandai Membaca Dan Mengira. Jawapan Ini Pasti Mengejutkan!

“Cikgu, anak saya masih belum pandai membaca dan mengira, perlukah cikgu memberikan homework untuk anak saya supaya dia boleh mengenal huruf dan membaca.” Itulah antara cara penyelesaian yang dipilih oleh ibu ini setelah anaknya masih belum boleh membacakan. Sedangkan ibu ini lupa bahawa jika mengikut carta pembelajaran, kecemerlangan akademik hanya 10% sahaja berbanding kecemerlangan sensori, komunikasi dan imaginasi sebanyak 90%.
Menurut Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Ainie Ahmad ,anak-anak harus diberi keutamaan kepada perkembangan emosi, fizikal dan sosial untuk perkembangan mindanya. Bukan akademik semata. Ikuti perkongsian ini yang diharap dapat membuka minda kita semua dalam mendidik anak-anak.
Silibus darjah satu yang menggila membuatkan parents pun hampir nak gila.
Di whatsap tadika lama anak saya banyak yang bunyi gini, “cikgu, anak saya demam harini, petang nanti saya pergi school ambil homework ye!!”
Chill la parents!!! Anak kecil lagi.
Cuba lihat piramid di bawah. Ini adalah piramid pembelajaran. Umur 0 hingga 6 tahun adalah masa utk focus utk element yang saya bulatkan tu.
Yang saya bulatkan itu adalah 90% dari keseluruhan perkembangan otak.
90%. Inilah basic kepada academic part, membaca mengira tu!!!! yang orang dok pulun tu 10% jer.
Pulun la 10% macam mana pon, kalau 90% asas piramid tu tak kukuh, anak kita akan goyah diakhirnya. Mungkin result academic cemerlang, tapi fizikal x kuat, posture x betul dan kemudian hari sakit macam2. Bila menulis sedikit lenguh. Mungkin, akademik cemerlang, tapi tak reti berkawan dan emosi hancur, bila tiada ibu bapa disekeliling remuk segalanya.
“ala, yang bawah2 tu boleh buat kat rumah!!” kata sesetangah ibu bapa. Dulu saya okay jer.
Dengan gaya hidup sekarang, berapa banyak masa anak dirumah? banyak ibu bapa balik dah penat. Balik dari keje terus masuk rumah jer!! Buka tv bagi anak tengok kemudian ayah main telefon dan mak uruskan keje rumah.
ini kebanyakkannya!!! toksah la nak komen eh famili saya tak macam itu. Bukan sejibik sejibon. Takkan la i nak bg contoh kejadian setiap jenis famili.
YANG PENTINGNYA SILA JAWAB SENDIRI
- berapa banyak masa anak2 kita didedahkan dgn sensory activiti seperti bermain pasir, bermain tepung, bermain tanah?
- berapa banyak masa anak2 kita dpt berlari sebebasnya, selaju2 yang dia nak,kemana2 yg dia suka sejauh2 yg dia nak?
- berapa banyak masa anak2 kita dibenarkan bermain sehingga mengotorkan pakaian tanpa ibu bapa kata tidak?
- berapa banyak masa anak kita dibiarkan mengambil risiko untuk memanjat setinggi2 yang dia nak?
- berapa banyak masa anak kita di biarkan bergaul sesama mereka, bergaduh tanpa ibu bapa menyebok memberikan peraturan dan taklimat dosa pahala?

Hujung minggu? sejam sehari? TAK CUKOP!!! Sedarlah zaman dah berubah dan gaya hidup kini mmg lari dari jauh dr fitrah anak2.
Anak berlari di mall kene marah, takut jatuh eskalator katanya, maka diikat tgnnya. tapi berapa byk masa yg mak bapak bawa keluar pergi padang bebaskan mereka berlarian? kalau asyik2 keluar pergi ke mall jer sebab panas.
Ada juga segolongan obses breastfeeding sampai umur 2 tahun minum breastfeeding saja. tak nak introduce solid. ada yang bagi bubur sahaja takut anak tercekik. bila masa anak nak stimulate different texture dalam mulut tu? umor 2 tahun anak dah pandai menolak. kalau baru time tu nak perkenalkan texture baru mmg susah.
Ada juga golongan yg i panggil RISK FREAK. takut sgt bagi anak pegang pinggan kaca, takut pecah katanya. kalau tak pernah pecah dia tak tahu “kaca tu boleh pecah”. tak benarkan anak lari, jatuh katanya. kalau x pernah jatuh macam mana dia nak belajar bagaimana utk push dirinya se optimum yg mungkin? jangan panjat tinggi2 nnt jatuh katanya, kalau tak rasa sendiri cara untuk imbangkan diri, bila masa dia nak latih daya imbangan dirinya.
Ada juga golongan yang I panggil as CONTROL freak. Dia tahu anak dia kene capai 90% ni. Dan biarkan anak bermain boleh bantu perkembangan ini. Tapi masih risau sebab dia tiada pembaris untuk mengukur perkembangan anaknya. Kalau kita bagi pembaris pon, dia still nervous sebab pembaris dia x sama dgn majoriti pembaris akademik nun di luar di sana.Pembaris besi yang x mengenal keperluan perkembangan kanak2.
Ada juga golongan yang kulit mukanya senipis sutera. Malu sangat anak lasak bermain dan bising maka diberinya gadget. Alasannya boleh duduk senyap dan pandai abc 123, pandai english. Educational apps jer katanya. ALASAN. Banyak budak2 yg gadget ni bila i tanya, “how do you feel today?”. “pentagon”, jawabnya. Bila i buat tower2 tinggi2 guna lego, dan tanya, “what do you think im trying to make?”, “number 1” jawabnya. weyh…ni bukan English manusia!!! ini english parrot!!!! tak ada imaginasi!!!
Bila pegang kapur, abis dilukisnya pentagon, triangle, trapezium, hexagon, octagon, alif sampai ya,a sampai z, siap huruf rusia bagai.
Tapi mana imaginasinya mengenai kehidupan hariannya. Budak lain lukis mak ayah and cerita pasal pergi krabi. Atau lukis binatang kegemaran dinasour and imaginasinya, bagaimana dinasour makan minum berlari. Ini yang kita nak. Dia make sense of things around him/her dan boleh berkomunikasi ape difikirannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI