Kerisauan ibu ayah kepada anak-anak tidak dapat dinafikan. Mana tidaknya setelah anak dikandung & dilahirkan, kita tentunya mahukan yang terbaik buat mereka, bimbang sekiranya sesuatu yang buruk terjadi.
Pendek kata selagi bergelar ibu dan ayah, perasaan ini ibarat pakej yang datang sekali setiap kali kelahiran cahaya mata. Dr Atiyah Azmi, anak kepada Datuk Dr Prof Muhaya kongsi tip dan cara ibu bapa untuk menjauhi kerisauan.
Katanya ibu dan ayah tidak dapat lari daripada kerisauan sepanjang mendidik dan menjaga. Dr Atiyah berkongsi info ini Instagram dengan memaparkan gambar anak keempatnya, Muhammad.
dratiyahazmi Sebagai Ibu dan Ayah kita takkan pernah lari daripada risaukan perkembangan anak.
Risaukan anak dah nak masuk darjah 1 tapi tak boleh membaca.
Risaukan anak tak pandai nyanyi macam anak jiran depan.
Risaukan anak orang lain markah lagi tinggi.
Risaukan anak makan banyak atau makan kurang.
Risaukan muka anak naik jerawat. … and the list goes on.
RASA RISAU BUAT RASA TIDAK TENANG
Kerisauan kita lahir daripada apa matlamat kita, sedangkan Ibu Ayah yang mempunyai anak istimewa atau sakit akan risaukan kesihatan dan tumbesaran anak itu. Tak fikir kerisauan macam anak lain. Risau, risau, risau buatkan kita tak tenang dan lupa untuk bersyukur.
SAAT MENDODOIKAN ANAK, ALLAH JENTIK HATI
Baru tadi saya dukung tidurkan Samiha, dekat sejam jugak ambil masa. Mula-mula hati nak mula panas sebab alahai anakku ni lambatnya lah nak tidur. Lepas tu Allah jentik diri dengan mengingatkan diri untuk bersyukur aku tak perlu risaukan perkara yang tidak merisaukan untuk Samiha. Jadi bersyukur dan nikmati sajalah momen mendodoikan anak itu. Bukan membazir masa pun, dapat peluk sambil exercise sambil berzikir.
HIDUP INI MENGIKUT CARA KITA MELIHAT SESUATU
Jadi hidup ini mengikut cara kita melihat sesuatu. Skop apa yang kita lihat jugak akan berubah mengikut kesedaran dan keimanan kita.
Gambar Muhammad sebagai pemangkin semangat Ibu dan Ayah tentang betapa besarnya kuasa Allah. Dari seawal usianya sehari sehingga kini MasyaAllah banyak perubahan dan tumbesaran yang Allah Anugerahkan padanya. Kami tak lakukan apa-apa kecuali dengan izin dan kuasaNya semata-mata.
FOKUS KEPADA PROGRESS & ENJOY THE PROCESS
Jadi, kita banyakkan bersyukur dan buang risau jauh-jauh akan benda yang remeh. Fokus pada progress dan enjoy the process.
Mama Tiyah’s Bedtime story
Sumber: dratiyahazmi