Usah marah bila anak lasak tetapi banyakkan sabar! Ibu ayah patut bersyukur sebab anak lasak itu la tanda bahawa tumbesaran minda, sensori dan emosi anak sihat dan sedang pesat di naik taraf.
Makin lasak, makin bijak la anak. Jika anak tak lasak, hah! masa tu kita patut marah.
1 – Bila anak anak tak aktif, tak melompat, tak berguling, asyik duduk je mengadap gadget itu bahaya. 5 sensori penting seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa boleh tumpul dan terbantut perkembangannya.
2 – Anak cuma ada masa 6 tahun sahaja dari 0 – 6 tahun untuk membentuk 90 peratus dari keseluruhan otak mereka. Tak aktif masa ni maka makin kecil dan makin lemah prestasi otak mereka berbanding anak anak yang lasak dan gasak selama 6 tahun pertama ni.
3 – Otak emosi ( amygdala ) adalah otak pertama yang anak anak ada. Mereka belum boleh berfikir secara rasional lagi, sebab itu mereka tidak boleh di marah dan di hukum bila buat salah. Sebaliknya kita yang dah matang fikiran ni yang kena banyak bersabar dan tunggu sehingga otak fikir ( cortex ) mereka mula aktif pada umur 7 tahun ke atas baru boleh marah dan hukum.
Ads
4 – Lasak dan gasak tu fitrah kanak kanak. Mereka tak belajar dari dengar nasihat dan arahan, mereka belajar dengan teroka dan alami sendiri rangsangan dari tubuh mereka. Tubuh adalah alat belajar utama mereka.
5 – Kita patut marah pada diri sendiri jika kita letak mindset bahawa anak yang “baik” akan selalu dengar kata dan senang duduk diam. Sebaliknya itu tanda ada gejala 3F ( Fight, Flight, Freeze ) yang sedang berlaku dalam otak mereka.
Kelasakan dan keganasan anak anak tu bukan malapetaka tapi itu adalah mukjizat besar dalam kehidupan mereka.
Ads
Ini kerana kelasakan dan keganasan itu la yang akan bantu anak kita menguatkan otot, mendewasakan tubuh dan mematangkan fikiran mereka menjadi anak yang lebih sihat fizikal dan mental.
Masalahnya ialah kita mampu ke tidak nak melayan kelasakan anak anak ni. Tenaga mereka ni, bukan kaleng kaleng, banyak ya amat tenaga, tak reti penat, gunung pun boleh terbalik kalau dapat kat dia orang.
Ads
Nak tak nak, kita kena la bersenam, mula jaga pemakanan dan tambah stamina dari sekarang. Bila kita tak cepat letih, maka tak ada la kita cepat nak marah marah nanti. Sabar perlukan kekuatan!
**Nak dapatkan promosi barangan bayi yang istimewa klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlu berahsia. Biar pun dengan isteri sendiri, didiknya untuk berkongsi dalam segala hal.
Menurut perkongsian Azizul Azli Ahmad yang sering berkongsi tip kewangan, ada baiknya soal gaji dikongsikan bersama supaya tidak ada rahsia di antara suami dan isteri. Ini yang sebaiknya dilakukan.
GAJI SUAMI VS GAJI ISTERI Saya pernah cadangkan dulu, ‘perbelanjaan hangus’ dalam rumah tangga di atas batu jemalang bahu suami. Bayar kereta, rumah dan keperluan keluarga. Jika isteri nak bantu tak mengapa.
Perbelanjaan ‘masa depan’ seperti simpanan, pelaburan dan perlindungan di atas tudung lilit lilit mahkota isteri.
Jika sesuatu berlaku pada suami, sebagai punca pendapatan utama keluarga atau ketua keluarga seperti meninggal atau cacat kekal.
Kehidupan anak isteri akan lebih terbela, mereka ada simpanan pelaburan dan perlindungan.
Ini sesuai dengan sifat suami seorang yang gagah, kacak, bertanggungjawab, suami soleh, beriman agar melindungi keluarga kita.
Kawan kawan, Dalam bina keluarga, ‘Jangan berlumba’ antara suami dan isteri. nanti kita akan banyak berahsia. Maka jalani bersama.
Duit simpan dan labur dimana, banyak mana ada agar merancang sebagai pasukan bersama. Keluarga itu dibina bersama bukan untuk dilumba lumba sesama kita. Inilah perjalanan yang kita akan nikmati, membina keluarga bersama.
Apa suami isteri nak buat?
Suami
– Fahami tanggungjawab suami, tetap beri nafkah buat isteri
– Bersyukur ada isteri yang boleh cari duit sendiri
– Jangan sekali-kali minta isteri berhutang
Isteri
– Hormati suami walau gajinya kecil
– Tetap menyokong dan puji pekerjaan suami
– Bersyukur ada suami bertanggungjawab
– Bantu keluarga seikhlas dan semampu anda
Suami isteri adalah satu pasukan. Jika suami kalah, isteri akan kalah juga. Jika isteri menang suami juga akan menang. Jangan berlumba sesama sendiri. Bersatulah.
#Pastikan suami atau isteri ada wawasan kewangan yang sama. Jika suami boros atau isteri anak angkap shopeeeeee, maka wawasan ini akan kelaut yang dalam.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
“Kenapa anak saya tidak seperti anak dia?” Hari-hari anda ‘follow’ perkembangan anak comel itu di Instagram.
“Oh comelnya. Nak anak macam ni jugak nanti” – komen anda di Instagram tersebut.
Anda ‘tag’ pasangan anda.
Satu lagi komen di Instagram anak comel itu, “Nanti kita buat macam ini jugak dengan anak kita Ayang.”
Komen lagi “Semoga anak saya jadi macam ini. Amin.”
Komen lagi “Baiknya dia. Untungla ada anak macam ini.”
Komen dan pujian macam ni antara yang biasa kita cakap dan tulis tetapi tahu tak sebenarnya setiap ibu bapa tu ada cabarannya membesarkan anak. Ikuti perkongsian lebih lanjut lagi oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy.
Saya kira banyak juga ‘komen’ yang tidak ditulis di Instagram itu. Komen yang hanya disimpan di dalam hati.
Boleh dikatakan semua ibubapa berdoa dan menaruh harapan untuk mempunyai anak yang ‘perfect’ seperti yang dilihat di media sosial.
Apa yang kita tidak nampak dan tidak diberitahu adalah cabaran ayah dan ibu anak tersebut dalam membesarkan anak itu, sepertimana ayah dan ibu yang lain membesarkan anak mereka. Sepertimana kita juga.
Bolehkah anak kita menjadi seperti anak orang lain? Insya Allah boleh. Kita doakan. Tetapi bukanlah 100%.
Anak-anak dilahirkan dengan pembawaan yang unik. Jika anda mempunyai anak lebih dari seorang anda akan faham pembawaan ini. Anak comel dan baik yang anda lihat di Instagram itu juga mempunyai pembawaannya yang tersendiri yang mungkin berbeza dari anak anda.
APAKAH PEMBAWAAN (TEMPERAMENT)?
Pembawaan adalah kecenderungan semulajadi anak-anak. Ia merupakan cara anak bertindakbalas terhadap apa yang berlaku di persekitaran anak. Jika anda melihat anak di Instagram itu tenang dan ‘cool’ saja apabila tidak diberikan apa yang dia mahu, anak anda yang mudah mengamuk itu berkemungkinan besar mempunyai pembawaan yang berbeza.
Jika pembawaan berbeza, kaedah yang perlu kita gunakan untuk mendidik dan membentuk anak kita juga berbeza dari anak comel di Instagram itu.
Terdapat 3 pembawaan asas:
1) Pembawaan mudah (Easy temperament)
Anak dalam kategori ini tidak banyak kerenah. Merengek pun sekejap saja dan mudah dipujuk. Anak sentiasa kelihatan tenang dan gembira. Anak ini tidak mudah terganggu dengan bunyi bising, mudah menyesuaikan diri dengan tempat baru dan cepat berkawan.
2) Pembawaan lambat hingga sederhana (Slow to warm up)
Anak dalam kategori ini mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru dan orang baru. Mereka selalu dilabel sebagai ‘pemalu’. Apabila berhadapan dengan situasi baru, mereka akan menyisihkan diri dan memerhati terlebih dahulu.
3) Pembawaan sukar (Feisty)
Biasanya anak dalam kategori ini adalah seorang yang cerewet, lasak dan kadangkala agresif. Anak menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan mudah terganggu atau tercuit oleh orang lain. Anak ini mengambil masa untuk ditenteramkan.
Walau bagaimanapun 35% kanak-kanak didapati mempunyai pembawaan bercampur dan tidak tergolong dalam satu kategori tertentu.
Tidak ada pembawaan yang tidak baik. Semuanya dijadikan Allah baik, lahir seumpama kain putih walaupun pembawaan berbeza-beza.
Sebagai ibu bapa, kita perlu faham pembawaan individu anak-anak kerana kita perlu mencari kaedah yang bersesuaian dengan pembawaannya (goodness of fit) untuk membimbing anak-anak.
Kata-kata seperti “Oh anak saya memang macam tu, suka melompat-lompat atas sofa sebab dia mempunyai pembawaan sukar. Saya kena faham dan sokong” adalah salah sama sekali. Jangan dijadikan sebagai alasan. Walaupun anak mempunyai pembawaan sukar, kita boleh menyalurkan tenaganya ke arah yang baik. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk anak melompat-lompat. Mana tahu satu hari nanti dia menjadi jaguh acara lompat galah Sukan Olimpik.
Jika kita adalah seorang ayah atau ibu yang ekstrovert yakni suka dan senang bergaul dengan orang lain, anak yang mempunyai pembawaan lambat hingga sederhana mungkin memberi tekanan kepada kita.
“Kenapalah anak saya ini anti sosial sangat? Budak-budak lain senang saja bermain, berkawan. Dia terperok sorang-sorang di sudut itu saja.”
Kesesuaian antara pembawaan atau personaliti kita dan anak kita juga perlu dicari. Kita tidak boleh memaksa anak menjadi seperti kita jika pembawaan anak adalah berbeza.
Kita mungkin biasa mendengar ibubapa kita sendiri atau orang tua berkata, “Lain betul perangai anak kamu dengan kamu.”
Itu biasa. Walau bagaimanapun kita perlu membimbing anak supaya dia dapat membina akhlak, adab dan skil-skil penting dalam hidup tidak kira apa saja pembawaannya.
Kita tidak boleh menekan anak untuk menjadi seperti anak yang kita lihat di Instagram itu. Kadang-kadang teknik yang sama belum tentu membuahkan hasil yang sama. Fahami pembawaan anak dan cari kesesuaian antara anak dengan persekitaran dan anak dengan kita juga.
Banyak konflik berlaku antara ibubapa dan anak remaja kerana tidak dicari kesesuaian pembawaan.
Apakah pembawaan anak anda? Adakah pembawaan anak sama dengan pembawaan anda?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK).
Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di awal-awal tahun ini pastinya ramai yang sudah menantikan bonus berganda simpanan ASNB masing-masing. Tak perlu beratur panjang untuk mengeluarkan duit anda di ASNB sebaliknya buat pengeluaran melalui online sahaja.
Macam mana nak buat? Cara mudah ini dikongsikan oleh Kikilalana. Jom cuba!
Akhirnya tak payah susah payah beratur dekat ASNB untuk keluar duit kalau kita urgent nak guna duit tabung. Korang follow tips ni senang je dan confirm duit selamat dalam bank. First download apps ASNB.
1. Buka apps ASNB kemudian klik jualan balik.
2. Kemudian klik pada ‘harga tetap’.
3. Kemudian dia akan keluar bahagian ni. Tekan jumlah pengeluaran yang korang mahukan. Minimum pengeluaran ialah RM100. Kemudian tick pada kotak dibawah.
4. Pastikan nombor akaun telah dikemaskini dan nombor akaun atas nama sendiri untuk digunakan.
5. Kemudian akan keluar bahagian begini. Makna kata proses untuk keluarkan duit telah berjaya tinggal tunggu je duit masuk ke dalam akaun nombor yang berdaftar dalam tempoh masa satu hari bekerja.
Selamat mencuba. Semoga urusan korang semua dipermudahkan.
Jangan korek tabung kalau belum terdesak ya. Btw kalau nak senang nak tanya selanjutnya boleh terus pergi kaunter pos jugak.
Guna apps ni kalau nak godek godek apa yang patut. Ingat susah dulu sebelum bersenang lenang.