Siapa yang tidak kenal Lara Alana, anak pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang mempunyai jumlah pengikut di Instagram yang cukup ramai.
Pejam celik, pejam celik rupanya Lara Alana kini sudah pun berusia tujuh tahun pada 22 Julai lalu. Sekejap je dah besar!
Melewati Instagram @laraalanaa, begitu banyak kek yang diterima gadis cilik ini demi meraikan hari istimewa Lara yang ke tujuh. Bukan main happy Lara dapat banyak kek. Comel-comel belaka!
Kata Awal menerusi Instagramnya, kehadiran Lara tujuh tahun lalu dalam hidup mereka amat-amat bermakna malah merubah kehidupan mereka menjadi lebih sempurna.
Kata Awal lagi perjalanannya dan Scha membesarkan Lara begitu banyak untuk dikongsi. Malah keduanya amat bertuah dapat melihat Lara membesar menjadi seorang anak yang hebat.
“22 July 2014. Mommy brought you to this world, and since that day, you have changed our lives in so many ways.
“Daddy boleh tulis karangan panjang berjela, mungkin boleh jadi buku, on how lucky we are to have you, to raise you and to be able to watch you grow, to be this amazing young girl. But I don’t want to bore my followers,” kongsi Awal.
Bapa kepada dua anak ini juga turut menitipkan doa agar anak sulung kesayangan mereka itu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
“Daddy doakan semoga Allah sentiasa merahmati mu dan kamu sentiasa berada di dalam peliharaan-Nya.
Happy 7th Birthday anak Daddy, @laraalanaa,” tulis Awal lagi.
Meninjau Instagram Lara, terlalu banyak ucapan diberikan buat gadis cilik kesukaan ramai ini. Sikap Lara yang menyenangkan dan humble setiap kali muncul di Instagramnya ini buat anak kesayangan Awal dan Scha ini begitu disenangi.
“Alahai byknyee kek awak, lara😍 heppi bornday lara.
Happy birthday Lara sayang. Semoga umurnya diberkati Allah dan diberikan kesihatan yang baik.. happy and ceria sentiasa.
“Bertuah jadi lara ni , kek tu mengikut umur, 7 tahun 7 kek. Setiap tahun mcm tu klau hang pasan, kek dia mesti byk”
Selamat ulang tahun kelahiran yang ketujuh buat Lara Alana. Semoga membesar dengan sihat dan teruslah menjadi pelengkap bahagia mummy dan daddy.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @laraalanaa @awalashaari