Beberapa hari lalu, tular kisah bapa dua anak, Aizameen Haqim Abd Razak yang koma manakala isteri lepas pantang dimasukkan juga ke ICU kerana jangkitan kuman dalam darah dan bayi baru lahirnya dimasukkan ke wad kerana cirit birit dan najis berdarah.

Kisah keluarga ini mendapat perhatian kerana ramai bersimpati dengan mereka. Namun janji Allah pasti, apabila Aizameen, 27, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka semalam (13 November).

Arwah yang menghidap asma kronik dan masalah paru-paru meninggal dunia kira-kira jam 1.47 tengahari.

Perkara itu dimaklumkan sepupu isterinya, Emmy Farhany Ahmad, 41, menerusi kiriman Whatsapp kepada Harian Metro.

Bapa 2 Anak Yang Koma & Terpisah Dalam ICU Bersama Isteri Telah Dijemput Ilahi
Gambar hari raya bersama anak sulung tahun lalu.

“Salam semua, nak maklumkan Aizameen Haqim telah pergi menghadap Ilahi.

“Sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah. Al-Fatihah,” katanya.

Jenazah Aizameen dikebumikan di Kampung Paya Dalam, Melaka.

Bagaimanapun, isteri dan anak arwah telah pun dibenarkan keluar hospital petang kelmarin sebelum mendapat berita pemergian orang tersayang.

IKLAN

Beberapa hari lalu, Pa&Ma telah menyiarkan kisah Aizameen dan isterinya, Fatin Atikah, 26 yang ditimpa ujian serentak bersama bayi baru lahir.

Kisah itu telah dikongsi oleh sepupu Fatin iaitu Emmy Farhany Ahmad yang berharap orang ramai dapat terus mendoakan kesembuhan pasangan ini untuk kembali sihat dan dapat membesarkan anak bersama-sama. Namun Allah lebih sayangkan arwah suami Fatin dan ambilnya terlebih dahulu.

Bapa 2 Anak Yang Koma & Terpisah Dalam ICU Bersama Isteri Telah Dijemput Ilahi
Kenangan beraya baru-baru ini ketika mengandungkan anak kedua

Dalam gambar ini sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lagi seorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang.

Apa yang cuba saya nak sampaikan berat ujian sepupu saya sekeluarga ni. Mulanya suaminya kena semput kronik kerana memang ada masalah dengan paru-paru yang sekian lama. Masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ICU. Sekarang dalam keadaan koma. Dalam tak sedar dah hampir 2 minggu dah sebenarnya. Sepupu saya Fatin berharap yang suaminya boleh diselamatkan.

IKLAN

Sepupu saya Fatin pula dimasukkan ke icu kerana ada jangkitan kuman dalam darah. Fatin terlalu lemah. Mulanya suspek denggi. Bila darah drop Fatin terus rebah sampai biru muka. Maybe terlalu berat nak menanggung ujian dan tekanan emosi dalam keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak. Berat lagi ujian dalam mereka suami isteri di ICU, hari ini baby pulak warded. Beberapa hari ini baby kena cirit birit sampai berak berdarah. Tu yang pergi hospital rupanya baby pun tak okay.

ARTIKEL BERKENAAN [Suami Koma, Isteri Lepas Pantang Dijangkiti Kuman Dalam ICU, Baby Pula Masuk Wad]

Menurut sepupu, si suami sememangnya mempunyai masalah paru-paru sejak sekian lama. Selepas diserang semput kronik, suami dikejarkan ke hospital dan koma.

Mungkin kerana terlalu tertekan, si isteri pula jatuh sakit dan disyaki ada jangkitan kuman dalam darah. Apa yang lebih meruntun hati, bayi yang baru berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan.

IKLAN

Bapa 2 Anak Yang Koma & Terpisah Dalam ICU Bersama Isteri Telah Dijemput Ilahi

Dah la baby dari dalam pantang kena sawan tangis. Setiap malam nangis tanpa henti. Puas berubat tapi tak dapat ubati. Hanya mengurangkan sikit saja. Anak sulung pun tengah tak sihat. Demam ekzema teruk. Kesian si abang. Saat ini si abang dijaga oleh mak saudaranya.

Walaupun diuji dengan pemergian insan tersayang, harap ibu kepada sepasang cahaya mata ini terus kuat untuk membesarkan amanah yang ditinggalkan arwah suami. Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab ini, tapi percayalah rezeki anak yatim sentiasa ada.

Salam takziah untuk fatin sekeluarga. Semoga anak-anak ini akan jadi penguat semangat Fatin untuk melalui kehidupan yang lebih baik.

Kredit: Emmy Farhany Ahmad & Metro 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

https://www.youtube.com/watch?v=hZG-6TWE09w

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI