Sejak akhir-akhir ini, banyak kes melibatkan ibu yang sedang mengandung telah dijangkiti wabak Covid-19 dan ada antaranya tidak dapat diselamatkan dan pergi bersama bayi dalam kandungan. Bukan itu saja, ada yang masih lagi dirawat di ICU dan perlu melakukan pembedahan segera mengeluarkan bayi dalam kandungan walaupun tak cukup bulan.
Ibu hamil 6 bulan dijemput ilahi
Terbaru seorang ibu yang sedang sarat hamil 6 bulan disahkan meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan yang dialami selepas dijangkiti Covid-19. Lebih meruntun hati apabila mengetahui anak dalam kandungan juga tidak dapat diselamatkan.
Bayi seberat 500 gram tak dapat diselamatkan
Kisah yang menyedihkan ini dikongsikan di Facebook oleh beberapa individu yang juga saudara arwah. Berdasarkan perkongsian Fatien Ariffin, dia memaklumkan bahawa sepupunya iaitu Rohaizah Yasman yang sedang hamil anak ketiga ini telah menghembuskan nafas terakhir sehari selepas anak dalam kandungannya dilahirkan secara pembedahan.
Semalam terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan disebabkan aliran oksigen tak sampai ke kandungan. Bayi yang dilahirkan tidak dapat diselamatkan. Hari ini (7 Jun) pada pukul 10.00 pagi ibunya pula menghadap Ilahi. Semoga dilapangkan seluas-luasnya kubur Allahyarhamah. Aamiin.
3 hari sebelum tu, ayah dah dijemput ilahi
Menurut sumber, bayi seberat 500gram itu perlu dikeluarkan selepas si ibu perlu dirawat secara intubated. Difahamkan, arwah baru sahaja kehilangan ayah, Yasman Bin Manap pada tiga hari sebelum pemergiannya dan kini gilirannya pula menyusul bersama ayah tercinta. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan ahli keluarga ini apabila menerima berita tentang pemergian dua insan tersayang.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata mengucapkan salam takziah buat keluarga ini dan mendoakan agar mereka semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Sedihnya Allah saja yang tahu. Kejadian yang berlaku pada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun setelah ditemui tidak sedarkan diri dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung, Bayan Lepas pada semalam (2 Mac), benar-benar mengejutkan ahli keluarganya.
Mangsa, Sophia Fatehah Wan Farhan Danial dipercayai menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang pada pagi tadi (Rabu).
Nenek mangsa yang hanya dikenali sebagai Wan berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa cucunya itu selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya.
“Ketika dihubungi anak lelaki, saya berada di Taiping. Saya terus bergegas dari Taiping ke Hospital Pulau Pinang selepas mengetahui kejadian ini.
“Kami masih terkejut dengan kejadian ini kerana cucu saya sudah lama berada dalam jagaan pengasuh itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada Rabu.
Difahamkan, mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik yang mana, ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan telah mengesahkan kejadian tersebut.
Sementara itu, menerusi Public Health Malaysia, ramai dalam kalangan kita masih tak sedar walaupun hanya air dalam baldi yang ditinggalkan dalam bilik air, anak kecil boleh lemas jika tanpa pengawasan orang dewasa.
Tahukah anda, pengasuh atau ibu bapa boleh diambil tindakan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 akibat kecuaian mereka. Akta ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pastikan anda mengambil langkah-langkah berikut.
✅ Sentiasa tutup pintu tandas/bilik air
✅ Kosongkan air di dalam baldi jika tidak digunakan.
✅ Jangan biarkan anak-anak kecil bermain tanpa pengawasan orang dewasa.
Anda tidak mahu kehilangan orang yang anda sayangi selama-lamanya bukan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang berbasikal di hadapan rumahnya di Kampung Tok Sani, Butterworth, pada petang Ahad.
Menurut sumber Astro Awani, Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang.
Menurutnya, ketika kejadian, pemandu wanita berusia 32 tahun itu yang sedang memandu kenderaan SUV jenis Toyota Fortuner dikatakan baru sahaja keluar dari rumahnya menuju ke Madrasah Gelugor, Bagan Lalang untuk menziarahi anaknya.
“Ketika membelok ke kiri selepas halaman rumahnya, secara tiba-tiba pemandu terdengar bunyi dentuman lalu memberhentikan kenderaannya,” katanya
“Wanita itu mendapati yang dia telah terlanggar seorang kanak-kanak yang sedang menunggang basikal dari arah kiri jalan tar di hadapan halaman rumahnya,” kata Noorzainy dalam kenyataan pada Ahad.
Berikutan itu, pemandu wanita berkenaan segera membawa mangsa ke HSJ untuk mendapatkan rawatan.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.05 petang akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya.
Menurut Noorzainy, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Meninjau ruangan comment, rata-rata warganet bersimpati atas nasib kanak-kanak tersebut dan tak kurang juga ada yang menasihati ibu bapa lain agar lebih peka terhadap keselamatan kanak-kanak.
Ada juga berpendapat, kanak-kanak kecil tidak sepatutnya dibiarkan bermain di atas jalan raya tanpa pantauan dari orang dewasa kerana jalan raya bukanya tempat yang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Pemandu kereta juga dinasihatkan supaya membawa kereta secara berhemah dan tidak leka terutama di kawasan perumahan.
Jalan Raya Bukan Tadika
Pemandu Kereta Kena Berhemah
Kanak-kanak tak tahu erti ‘bahaya’, cuma yang dia nampak keseronokan bermain, jadi kena ada orang dewasa yang memantau. Pemandu kereta pula kena sentiasa alert jika berada di kawasan perumahan/kawasan sekolah yang mana ada ramai kanak-kanak. Semoga kita sentiasa beringat.. Al Fatihah buat anak syurga ini.
___________________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini kecoh apabila sijil kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama “Muhammad Bossku” tular di media sosial. Gambar sijil pendaftaran itu dimuat naik Dean Ahmad di Facebooknya jumaat lalu, dalam keterangan gambar, “Wife (Isteri) aku marah letak nama ni.. apa masalahnya?”
Hantaran itu menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai mempersendakan nama seorang anak dan ada juga yang meneka gambar tersebut disunting semata-mata
Dean menjelaskan, dia memuat naik gambar berkenaan di laman sosial selepas memperoleh sijil kelahiran anak keduanya yang lahir 12 Januari lalu.
Sebelum ini, dia telah mencadangkan nama Muhammad Bossku kepada isterinya untuk bayi lelaki mereka namun ia dibantah.
“Selalunya memang saya yang berikan nama anak, sama seperti anak pertama dulu”
“Masa tu sana sini orang sebut “bossku” sebab tengah jadi trending. Jadi saya cadangkan nama Muhammad Bossku pada isteri. Isteri marah dan kata jangan mengada-ngada letak nama itu sebab dia malu ramai orang mula permainkan panggilan itu. Saya cakap pada dia, “Nak malu apa isteriku? Kan nama tu sedap dipanggil”
Telah Disunting
“Saya memang suka mengusik, isteri pun tahu perangai saya. Jelasnya lagi, sebaik mengambil surat beranak di JPN, dia segera menyunting untuk bergurau dengan isteri.”
“Lepas dapat sijil kelahiran anak di JPN, saya apa lagi cepat-cepat edit bahagian nama dan hantar gambar kat isteri menerusi Whatsapp. Dia bising suruh cepat balik. Sampai kat rumah, isteri hanya tahu ia betul-betul sekadar ‘prank’ (gurauan) bila keluarkan sijil tu daripada sampul.”
“Muhammad itu dalam bahasa Arab maksudnya yang terpuji dan Boss itu bermakna seseorang dalam kedudukan tertinggi dan disegani, jadi apa yang tidak baiknya?”
Dia turut menolak kecaman netizen yang menuduhnya tidak sensitif dan mempersendakan anugerah anak yang diberikan Tuhan. Baginya nama tersebut mempunyai maksud yang baik-baik sahaja.
Nama Sebenar Anak
“Nama anak saya yang sebenar adalah Umar Al-Faqeh. Tapi kalau selepas ni ada kawan-kawan yang nak panggil anak Bossku, saya tak boleh halang. Mudah-mudahan dia jadi bos suatu hari nanti.”
“Isteri tahu saya ni suka bergurau dan berjenaka. Bila saya beritahu nak letak nama Bossku tu, isteri antara percaya dan tidak percaya.”
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.