Suasana gembira bertukar hiba buat seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menerima segulung ijazah ketika hari konvokesyennya selepas menerima perkhabaran duka kematian ayahnya 15 minit sebelum naik ke pentas.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa, Haslina Kalang, yang berusia 23 tahun itu terpaksa menggagahkan kaki untuk menerima skrolnya selepas sokongan kakak sulung dan rakan-rakan seperjuangannya biarpun dengan linangan airmata.
Menurut perkongsian Bernama, Haslina berkata beliau sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyen, kerana bapanya Kalang Toba, 56, sedang terlantar sakit selepas diserang angin ahmar.
Bagaimanapun arwah bapanya tetap bertegas supaya beliau menghadiri majlis tersebut, selepas tiga tahun berhempas-pulas menamatkan pengajian dengan serba kepayahan.
Ads
“Saya memang berat hati untuk datang menghadiri konvokesyen kerana keadaan ayah agak teruk. Tetapi beliau berkeras suruh datang, kerana nak tengok saya naik pentas memakai jubah konvokesyen.
“Sepanjang masa saya tak berhenti berdoa supaya ayah sihat dan saya sempat balik untuk tunjuk gambar sekurang-kurangnya, tetapi Allah lebih sayangkan dia,” katanya berkongsi.
Ads
Haslina berkata walaupun terkilan kerana tidak dapat berada di sisi bapanya pada saat-saat akhir, namun anak jati kelahiran Tawau, Sabah itu lega kerana telah sempat mencurah tenaga menjaga bapanya selepas tamat pengajian.
“Selepas tamat pengajian saya memang tak bekerja kerana nak jaga ayah. Alhamdulillah sempat juga saya berbakti kepadanya,” katanya.
Ads
Dalam pada itu pihak pengurusan UniSZA, turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,500 kepada Haslina sebagai tanda sokongan moral.
Tidak ramai yang menyedari hakikat ini, tetapi ia benar-benar berlaku. Maklum sajalah semua orang ‘berkepit’ dengan telefon bimbit hatta ke tandas pun dibawanya. Dalam tidak sedar, kita meletakkan telefon bimbit itu di carta teratas, mengatasi yang lain-lain.
Rumah tangga juga boleh terkesan kerana ada masanya si isteri merasakan sang suami terlalu asyik membelek dan menatap telefon bimbit, melebihi dirinya. Biar jadi telefon bimbit lagi bagus, selalu dibelek suami! Begitulah perkongsian menarik dari pengguna akaun Facebook, Firdaus Shakirin ini, yang mengatakan banyak rumah tangga hilang serinya sebab handphone.
“Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang rasa “diduakan” suami dengan benda tu”
Banyak Rumahtangga Hilang Serinya Sebab Handphone
Semakin jauh hubungan dalam rumahtangga bukan sebab perempuan ketiga tetapi sebab handphone.
Tetapi realitinya itulah, demi sesuap nasi katanya. Maka kena pegang handphone 24 jam. Anak-anak pun tengok dan kesannya boleh mak ayah teka tak?
Zaman sekarang ni, tak perlu orang ketiga untuk meretakkan atau merenggangkan hubungan suami isteri, cukup dengan benda yang ada di hujung jari kita tu.
Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang “di duakan” suami dengan benda tu.
Isteri sambut suami balik kerja, tapi suami masuk umah sambil mengadap handphone. Duduk kat ruang tamu, mata tengok handphone. Mandi, solat, kemudian pegang handphone. Waktu makan, handphone dibawa ke meja, tangan kanan makan, tangan kiri pegang handphone.
“Abang, kerja ok tak hari ni?”
‘OK’ tapi mata masih kat hadphone. Isteri mulanya datang nak bersembang, tapi terus blah sebab mood nak bersembang hilang. Suami tak layan, jawab sepatah-patah. Suami sibuk dengan handphone.
Ajak isteri keluar makan, sampai je kedai, tangan pegang handphone. Ajak isteri pergi melancong, jalan-jalan, sampai je kat destinasi, tangan pegang handphone. Ajak anak main kat playground, sampai je sana, tangan pegang handphone. Ajak isteri bershopping, beli barang dapur, tapi sambil tolak troli pun pegang handphone.
Handphone… handphone… handphone!
Jadi Jarang Berkomunikasi
Banyak rumahtangga yang hilang “serinya” disebabkan handphone. Hubungan yang dekat menjadi jauh. Masing-masing kurang berhubung, jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Gelak tawa pun dah semakin tiada dalam rumah tu.
Tolong sedar sebelum terlambat. Handphone ni nothing, media sosial ni nothing, up to date or ketinggalan ke belakang untuk benda yang viral juga nothing. Semua itu adalah perkara yang kita tak perlu risaukan.
Yang kita perlu bagi perhatian, yang perlu kita risaukan ialah hubungan kita dengan pasangan, hubungan kita dengan anak-anak, hala tuju rumahtangga kita dan haluan hidup kita.
Untuk apa kita berkahwin, apa tujuan perkahwinan itu. Untuk apa kita jadi suami, apa fungsi seorang suami. Untuk apa kita jadi ayah, apa fungsi seorang ayah.
Ingat balik tujuan hidup kita, apa dan siapa yang kita nak jadi. Adakah kita sanggup kehilangan anak bini hanya disebabkan handphone?
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Kadang-kadang isteri ni tak minta lebih, cukuplah suami berikan sikit perhatian ketika mereka ajak bersembang. Lagipun bukan selalu nak berjumpa dan dapat masa yang berkualiti untuk berborak sama, terutamanya jika kedua-dua bekerja. Semoga dengan perkongsian dari Firdaus Shakirin ini dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada kita semua untuk memperbaiki komunikasi antara satu sama lain.
Adat anak-anak mahu membesar, mereka suka mencuba pelbagai perkara. Rasa ingin tahu dan keinginan untuk bermain memang perkara biasa. Sama juga seperti kes anak perempuan salah seorang pengguna Facebook, Husnulkhotimah Fahmi yang berkongsi tentang anaknya yang mengalami kekejangan mulut dan pedih lidah kerana menggigit daun sejenis pokok hiasan. Memeranjatkan, pokok hiasan ini banyak menjadi pilihan kebanyakan daripada kita.
Menurut Husnulkhotimah, ketika kejadian dia pergi ke tandas kerana anak kecilnya membuang air besar. Jadi dia tinggalkan sebentar anak perempuannya untuk menguruskan si kecil. Ikuti perkongsian Husnulkhotimah tentang insiden ini.
TOLONG BUANG POKOK BERACUN INI! JANGAN TANAM!
Guys, just want to share with you all. Mungkin ada yg dah tahu mungkin yg belum.
Kalau ada kt rumah kita tanam pokok keladi seperti gambar ni dan ada ank kecik, eloklah dibuang saja pokok tu sebab BERACUN!
Kejadian petang kelmarin. Nashwa main kt luar rumah dia ambil pokok tu dan gigit sikit. Just a tiny bit. Masuk rumah menangis mcm luka teruk but tak nampak luka atau apa2 kesan sakit. Panik ibu pun tak tahu punca apa. This 4 years old girl taknak bagitau takut ibu marah dia. Lepas diasak tanya Nashwa dia ckp dia gigit daun tu. Terus suruh adik google n jumpa dekat website mynewshub bout this plant.
Dieffebachia. Pokok hiasan yg sering di perkarangan rumah. Getah dan daun mengandungi calcium oxalate yg mnyebabkan gatal2, kekejangan bibir dan lidah. Yes betul pokok tu! Nashwa nangis sambil mulut ternganga xleh tutup mgkin sbb kejang bibir. Air liur pun menitik xhenti.
Terus start kereta bawak ke klinik. Doktor tanya ada telan tak. Ibu dah la xtahu, nashwa pulak takleh cakap. Doc cek bibir bengkak skit pernafasan semua ok. Doktor kata kalau dia telan, bengkak kt kerongkong, boleh mnyebabkan saluran pernafasan tersekat. Doktor bg ubat sapu bengkak, alergik dan charcoal untuk serap racun klau ada yg masuk perut. Alhamdulillah hari ni dah okey.
Tanya Nashwa kakak makan ka daun tu. Then dia cerita dia amik satu tangkai dan koyakkan daun tu. Ada dia gigit sikit je. Lepas tu dia ludah balik dan lari masuk rumah minum air. Katanya pedih. Luckily sikit je. Kalau tertalan banyak? Nauzubillah moga dijauhkan.
Hus nak pesan kt semua yang ada tanam pokok ni, eloklah dibuang je. Risau budak2 yang xreti apa lagi ni amik masuk mulut. Kids being kids kan.. Dorang curious. Semua menda nak explore. Kita yang kena sediakan safe environment untuk diorang.. Sentiasa pantau apa budak2 kecik ni buat. Lagi2 musim raya ni merata2 kita ziarah saudara dan kawan2. If anything happen always go straight to doctors ok.
Silakan share supaya semua orang alert. Semoga posting ni bermanfaat.
-Husnulkhotimah- 14.06.2019
Jika ada antara pembaca Pa&Ma yang menanam tumbuhan ini di rumah, berhati-hatilah terutamanya jika ada anak yang masih kecil. Kadang-kadang kita sukakan sesuatu tumbuhan itu kerana keunikan dan kecantikannya tanpa mengetahui, rupanya ia berbahaya. Semoga kejadian yang menimpa adik Nashwa ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
Buat kesekian kalinya, Pa&Ma bersama Simpan SSPN telah berjaya menganjurkan E Workshop secara dalam talian dan kali ini E Workshop dengan topik Simpan Sampai Jadi Jutawan telah disertai oleh 100 peserta dari seluruh Malaysia.
Namun istimewanya E Workshop kali ini diadakan sempena dengan Istimewa 25 Tahun PTPTN Simpan Jadi Jutawan dan penglibatan peserta untuk E Workshop Simpan Jadi Jutawan dilakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Slido seperti E Workshop sebelum-sebelum ini.
E Workshop Simpan Sampai Jadi Jutawan menampilkan barisan panel yang hebat untuk berkongsi info manfaat antaranya Perunding Kewangan iaitu Encik Mohd Nor Firdaus, Usahawan dan Selebriti Ika Nabella serta Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jab. Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN.
Sepanjang program berlangsung, Encik Mohd Nor Firdaus berkongsi tentang topik Rahsia Buat Tabung, Simpan Konsisten. Sementara Ika Nabella berkongsi tentang cara dia melatih anaknya, Noah menyimpan duit dari kecil.
Sesi Putaran Roda Istimewa juga turut diadakan sebagai tanda menghargai komitmen peserta. Antara pemenang bertuah telah mendapat akaun Simpan SSPN bernilai RM250.00 dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Peserta yang mendaftar turut mendapat akaun Simpan SSPN. Simpan SSPN merupakan pelan simpanan yang terbaik diwujudkan oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak bermula seawal usia sehari. Jadilah ibu bapa penyayang dengan memilih Simpan SSPN sebagai produk simpanan untuk masa depan pendidikan anak-anak.
Pelbagai keistimewaan dan manfaat yang dinikmati oleh pendeposit apabila menyimpan melalui Simpan SSPN seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, manfaat perlindungan takaful, simpanan dijamin kerajaan, dividen yang kompetitif dan patuh syariah. Untuk maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my dan muat turun aplikasi myPTPTN.