Melancong bersama keluarga ke luar negara dengan anak kecil memerlukan perancangan teliti dan fokus kepada apa yang dirancang untuk mengelak sebarang kesulitan.
Ikuti perkongsian Encik Saiful Izzam yang berkongsi cerita jalan-jalan ke Tokyo bersama isteri dan anaknya selama 10 hari. Beliau juga menyediakan tip mengikut caranya bagi membantu kepada yang ingin ke Tokyo.
Ini perkongsian beliau melalui akaun facebook miliknya awal tahun ini.
Ini serba sedikit tips ‘ rare’ based on pengalaman aku sepanjang 10 hari kat Tokyo. Bagi yang kali pertama nak ke Jepun, semoga 10 tips ni membantu melancarkan perjalanan anda ke Jepun.
1) Kena pantas. Terutamanya ketika berjalan kaki di stesen keretapi mereka. Jangan berjalan di tengah kalau berjalan macam nak cari rumah sewa. Anda akan dipandang seperti penjenayah.
2) Jangan kelam kabut bila hendak keluar diwaktu pagi. Pastikan anak-anak terutamanya anak kecik sarapan terlebih dahulu. Bukan apa, takut tantrum anak tidak terlayan disebabkan kesibukan nak kejar iteninary kita dan kejar timing public transport di Jepun. Mereka SANGAT menepati masa.
3) Fahamkan jadual dan laluan subway di Jepun dengan baik. Sekurang- kurangnya laluan pergi balik ke hotel/homestay kita sendiri. Laluan subway di Jepun terlampau banyak dan berpotensi menyesatkan kita. Bila anda faham, anda mampu jimatkan masa untuk memaksimumkan percutian anda. Takla masa anda habis di stesen subway je.
4) Tips No. 4 ni panjang sikit. Pegang atau bimbit bagpack atau barangan anda sendiri didalam train. Aku perasan yang orang Jepun jarang menggunakan tempat letak beg kat atas tempat duduk walaupun beg berat dan terpaksa berdiri. Aku ada pengalaman 2 kali tertinggal bagpack yang didalam train sebab terlupa disebabkan kekalutan nak tolak stroller anak turun dari train. Semuanya gara-gara faktor umur yang menyebabkan aku terlupa yang aku ada letak bagpack kat tempat letak bag tu. Adoiii!! Alhamdulillah, negara Jepun menjanjikan anda akan dapat kembali bagpack anda walaupun anda letih kerana terpaksa travel pergi ambik beg anda di stesen terakhir sehingga mengganggu jadual travel anda. Syaratnya, jangan lupa train dan line mana yang anda naiki sebelum tu ye!!.
5) Sediakan iteninary awal sebelum berangkat ke Jepun terutamanya jika anda ingin bercuti ke Tokyo. Pastikan iteninary anda lengkap termasuk dengan masa untuk dihabiskan di sesuatu tempat itu. Kalau anda tak boleh control masa anda, bagi saya rugi teruk sebab Tokyo banyak tempat yang anda boleh explore.
6) Jika anda anda was-was dengan makanan Jepun, pastikan iteninary anda mempunyai restoran makanan halal yang berhampiran di setiap bandar yang ingin anda lawati. Anda boleh Google terlebih dahulu restoran-restoran dan cafe yang menyediakan makanan halal di Jepun. Jangan risau sebab di Tokyo banyak restoran halal. Anda hanya perlu tahu tempatnya lebih awal.
7) Kawal emosi anda. Rata-rata rakyat Jepun kurang mahir berbahasa Inggeris. English rojak anda pun mereka kurang faham. Jadi, jika anda bertanyakan sesuatu 4-5 kali dan mereka masih tidak faham, cuba cari orang lain. Tips ini untuk mengelakkan anda bercuti didalam lokap Jepun diatas kesalahan memukul orang.
8 ) Hormat budaya dan rakyat Jepun itu sendiri. Bukan nak jadi poyo tapi kalau kita nak dilayan dengan baik, kita hormat budaya dan peraturan mereka. Apa salahnya menghormati peraturan mereka kalau tu boleh mengubah mentaliti kita walaupun hanya beberapa hari kan?
9) Pastikan passport anda sentiasa anda untuk membeli belah. Negara Jepun ada menawarkan Tax Free jika bayaran anda melebihi ¥5000 bagi setiap pembelian. Kalau tak bawak passport, rugi la sikit.
10) Kawal diri anda. Jepun bukan seperti Hong Kong atau negara Asia Timur yang lain. Mereka sangat bersopan dan menghormati privacy masing-masing. Jadi tak hairanlah kalau kita naik train, mereka kurang bercakap antara satu sama lain. Tidak bising walaupun ramai. Jadi hormati privacy mereka walaupun kita memang terkenal sebagai kaki sembang deraih di Malaysia. Kena ingat yang kita bukan di Pelita Nasi Kandar nak sembang sampai angkat tangan bagai. Kita di tempat orang. Jadi mesti mau hormat.
Sengaja tak kongsikan apa benda yang patut dan tak patut dibuat di Jepun kerana terlalu basic. Jadi kalau anda memang teringin nak ke Jepun, saya cadangkan supaya anda bersedia dengan baik terutamanya jika nak travel bersama dengan keluarga dan anak-anak kecil.
Jepun menawarkan kelainan yang maksimum. Jadi untuk anda menikmati kelainan ini dengan maksimum, rancang dengan baik perjalanan anda dan kekal fokus dengan setiap perancangan itu. Semoga percutian anda indah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI