Pengalaman yang dikongsi bapa ini membuka mata tentang talasemia. Masih memerlukan RM250 ribu untuk menampung kos perubatan dan pemindahan sum sum tulang seorang lagi anaknya.
Masyarakat kita mungkin masih belum terdidik tentang talasemia. Talasemia adalah penyakit kecacatan darah yang diwarisi. Ciri abnormal pada gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.
Bapa ini, Musa Othman, bapa kepada 6 anak di mana 3 daripadanya mengalami Beta-Thalassemia Major sehingga memerlukan Rawatan Bone Marrow Transplant. Rawatan pemindahan sum sum tulang daripada sel stem (darah tali pusat) ini dilakukan daripada penderma kerana semua anak-anaknya yang lain (related donor) tidak bersesuaian untuk menjadi penderma.
TIDAK SEDAR THALASSEMIA CARRIER
Musa dan isteri, Noraidah Md Nor tidak menyedari mereka sebenarnya pembawa talasemia atau thalassemia carrier. Anak kembar mereka iaitu Nureen Damia & Nureen Dania, 13, yang merupakan pasangan kembar serta anak keenam, Mohd Rayyan Isaac, 4 tahun disahkan Beta-Thalassemia Major.
Kos utk pemindahan tersebut amat tinggi dan telah mencecah sehingga 1 juta bagi 2 orang anak iaitu Nureen Damia dan Mohd Rayyan Isaac. Alhamdulillah mereka semakin sihat dan beransur pulih seperti kanak-kanak biasa lain. Kini Dania sedang menunggu tabungan mencukupi bagi menjalami pembedahan pada November 2018.
PERLUKAN RM250 RIBU LAGI UNTUK DANIA
Keresahan bapa ini tidak dapat disembunyi apabila memikirkan tentang Dania. Wang untuk menampung kos pemindahan sum sum tulang hampir cukup namun perlu ada tabungan khas untuk ketiga-tiganya. Ini kerana selepas pemindahan sum sum tulang, pesakit berisiko untuk mendapat komplikasi.
Setelah pemindahan sum sum tulang ke atas Rayyan pada 20 Oktober 2016 dan Nureen Damia pada 20 November 2017, kini keluarga ini kehabisan dana untuk meneruskan rawatan Dania. Berdasarkan rekod rawatan yang telah diperolehi Damia tempoh hari, kos yang perlu dikumpul sebelum rawatan dijalankan ialah sekurang-kurangnya berjumlah RM500 ribu. Jumlah yang terkumpul kini ialah RM250 ribu, jadi RM250 ribu masih lagi diperlukan.
Walau pun ia adalah satu jumlah yang besar, bapa ini tidak berputus asa dan tidak hanya menyerah. Beliau berjuang untuk mencukupkan dana ini dengan pelbagai cara dengan menggunakan duit simpanan sendiri, pinjaman peribadi bank dan membuat permohonan kepada badan-badan korporat dan individu.
Bagi anda yang ingin menderma membantu meringankan beban bapa ini dan memberikan harapan baru untuk Nureen Dania, boleh menyalurkan sumbangan anda ke terus kepada akaun Maybank 508298629767 MUSA BIN OTHMAN
Jika anda ingin lebih lanjut bagaimana Musa dan isteri mengetahui anaknya mengalami talasemia, ikuti siaran ulangan rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Bahaya Talasemia’ yang akan ke udara pada malam ini di Astro Prima & Astro Maya HD jam 9 malam ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI