Benarlah kata pepatah, kasihnya ibu hingga ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa. Keresahan bapa ini tidak dapat dibendung lagi, tak sanggup melihat keadaan anak dalam keadaan sakit begini. Rindukan keceriaan anak yang dulu…
SELEPAS PEMINDAHAN DIUJI DENGAN KOMPLIKASI
Kalau dulu kerana mengalami Beta-Thalassemia Major dan perlukan rawatan transfusi darah saban bulan, anak keempat Musa Othman iaitu Nureen Dania menghadapi komplikasi selepas rawatan pemindahan sumsum tulang untuk merawat talasemia major pada 9 November 2018 lalu. Graph Versus Host Disease yang menyerang hati dan perut Dania menyebabkan dia memerlukan rawatan rapi.
PERNAH MUNCUL DALAM RANCANGAN TV PA&MA MUSIM KEDUA
Sebelum ini, keluarga ini yang pernah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Kedua episod “Bahaya Talasemia” di mana 3 orang anak mereka iaitu Nureen Damia & Nureen Dania, 13, yang merupakan pasangan kembar serta anak keenam, Mohd Rayyan Isaac, 4 tahun disahkan Beta-Thalassemia Major. (boleh ikuti artikel tersebut di sini)
BANYAK CECAIR DALAM PERUT, HATI BENGKAK
Dania mengalami kini sedang bertarung nyawa. Kata Musa kini sangat lemah. “Paru-paru Dania ada jangkitan kuman, banyak cecair dalam perut perlu disedut dengan tiub melalui hidung dan salur pernafasan.
Hatinya bengkak dengan paras kuning yang tinggi. Doktor masih kawal dengan ubat untuk lawan virus dan akan mulakan ubat defibrotide untuk kawal hati bengkak. Terkini semasa artikel ini ditulis, paras bilirubin (kuning) pada Dania ialah 207.
Bapa ini berkongsi di Facebook tentang kutipan dana yang diperlukan untuk rawatan Dania. Bil meningkat setiap hari ekoran daripada kos ubat-ubatan dan rawatan.
Salam all, To Whom It May Concern, fund rising terpaksa diteruskan lagi memandangkan nasib yang kurang menyebelahi Nureen Dania kerana komplikasi yg amat membimbangkan, doktor sedang sedaya upaya mengawal keadaan dania daripada serangan virus dan GvHD yang kritikal.
Kemampuan kami sebanyak RM300k dan telah dibayar kepada hospital, namun bil terus meningkat mencecah RM330k pada hari ini. Surat dibawah beserta attachment boleh dijadikan rujukan sekiranya perlu. Jasa baik semua amat dihargai dalam membantu anak ini untuk pulih sepenuhnya InsyaAllah. Hanya Tuhan yang mampu membalas.
Bagi anda yang ingin menderma membantu meringankan beban bapa ini dan memberikan harapan baru untuk Nureen Dania, boleh menyalurkan sumbangan anda ke terus kepada akaun Maybank 508298629767 MUSA BIN OTHMAN
Sumber: Twin Damia, Dania and Rayyan Thalassemian Journey
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI