Benarlah kata pepatah, kasihnya ibu hingga ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa. Keresahan bapa ini tidak dapat dibendung lagi, tak sanggup melihat keadaan anak dalam keadaan sakit begini. Rindukan keceriaan anak yang dulu…

 

 

Bapa Resah Anak Talasemia Major Alami Serangan Virus Selepas Pemindahan Sum Sum Tulang, Kos Perubatan Makin Meningkat
Keadaan Dania kini (kiri) & sebelum pemindahan sumsum tulang (kanan).

SELEPAS PEMINDAHAN DIUJI DENGAN KOMPLIKASI

Kalau dulu kerana mengalami Beta-Thalassemia Major dan perlukan rawatan transfusi darah saban bulan, anak keempat Musa Othman  iaitu Nureen Dania menghadapi komplikasi selepas rawatan pemindahan sumsum tulang untuk merawat talasemia major pada 9 November 2018 lalu. Graph Versus Host Disease yang menyerang hati dan perut Dania menyebabkan dia memerlukan rawatan rapi.

Bapa Resah Anak Talasemia Major Alami Serangan Virus Selepas Pemindahan Sum Sum Tulang, Kos Perubatan Makin Meningkat

IKLAN

PERNAH MUNCUL DALAM RANCANGAN TV PA&MA MUSIM KEDUA

Sebelum ini, keluarga ini yang pernah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Kedua episod “Bahaya Talasemia” di mana 3 orang anak mereka iaitu Nureen Damia & Nureen Dania, 13, yang merupakan pasangan kembar serta anak keenam, Mohd Rayyan Isaac, 4 tahun disahkan Beta-Thalassemia Major. (boleh ikuti artikel tersebut di sini)

BANYAK CECAIR DALAM PERUT, HATI BENGKAK

IKLAN

Dania mengalami  kini sedang bertarung nyawa. Kata Musa kini sangat lemah. “Paru-paru Dania ada jangkitan kuman, banyak cecair dalam perut perlu disedut dengan tiub melalui hidung dan salur pernafasan.

Hatinya bengkak dengan paras kuning yang tinggi. Doktor masih kawal dengan ubat untuk lawan virus dan akan mulakan ubat defibrotide untuk kawal hati bengkak. Terkini semasa artikel ini ditulis, paras bilirubin (kuning) pada Dania ialah 207.

Bapa ini berkongsi di Facebook tentang kutipan dana yang diperlukan untuk rawatan Dania. Bil meningkat setiap hari ekoran daripada kos ubat-ubatan dan rawatan.

IKLAN
Bapa Resah Anak Talasemia Major Alami Serangan Virus Selepas Pemindahan Sum Sum Tulang, Kos Perubatan Makin Meningkat
Musa di samping Dania semasa proses transfusi darah yang perlu dilakukan setiap bulan.

Salam all, To Whom It May Concern, fund rising terpaksa diteruskan lagi memandangkan nasib yang kurang menyebelahi Nureen Dania kerana komplikasi yg amat membimbangkan, doktor sedang sedaya upaya mengawal keadaan dania daripada serangan virus dan GvHD yang kritikal.

Kemampuan kami sebanyak RM300k dan telah dibayar kepada hospital, namun bil terus meningkat mencecah RM330k pada hari ini. Surat dibawah beserta attachment boleh dijadikan rujukan sekiranya perlu. Jasa baik semua amat dihargai dalam membantu anak ini untuk pulih sepenuhnya InsyaAllah. Hanya Tuhan yang mampu membalas.

Bagi anda yang ingin menderma membantu meringankan beban bapa ini dan memberikan harapan baru untuk Nureen Dania, boleh menyalurkan sumbangan anda ke terus kepada akaun Maybank 508298629767 MUSA BIN OTHMAN

Bapa Resah Anak Talasemia Major Alami Serangan Virus Selepas Pemindahan Sum Sum Tulang, Kos Perubatan Makin Meningkat Bapa Resah Anak Talasemia Major Alami Serangan Virus Selepas Pemindahan Sum Sum Tulang, Kos Perubatan Makin Meningkat

Sumber: Twin Damia, Dania and Rayyan Thalassemian Journey

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI