Salam takziah buat aktor Sharnaaz Ahmad atas pemergian bapa tercinta, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh Sharnaaz menerusi laman Instagram miliknya, mengundang rasa simpati ramai.
“Hero saya baru sahaja meninggal dunia dengan aman pada pukul 1.40 pagi
“Dia tidak pernah berputus asa berjuang, tetapi jantungnya berhenti berdetak. Dia akan selamanya menjadi hero dan juara saya!
“I love you papa. Al-Fatihah papa. Terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat kepada kami semua.”
“I am half as strong as you, half as good father as you.. Now teach me to be a great one like you from heaven,” titipnya pilu.
Sharnaaz turut memberi tahu, solat jenazah akan dilakukan di Masjid Syed Eyusof, Georgetown selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama, George Town.
Terdahulu, pelakon Polis Evo 3 itu memuat naik foto bapanya yang ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Rakan selebriti dan warga maya merakamkan ucapan takziah buat Sharnaaz dan berharap beliau dikurniakan ketabahan dan segala urusan mereka sekeluarga dipermudah.
Sumber:sharnaazahmad