Setiap rumah mesti ada satu “zon misteri” atau tempat simpan barang-barang yang dah bertahun tak disentuh tapi tetap juga tak dibuang. Katanya, nanti boleh guna tetapi hakikatnya tersadai bertahun-tahun lamanya.
Mak-mak memang ada satu kuasa istimewa iaitu kuasa menyimpan. Tapi kadang-kadang kuasa itu boleh jadi beban bukan saja pada ruang, tapi juga pada minda. Ubat dah habis tarikh, kabel entah untuk apa, bekas plastik tanpa penutup, semua masih ada dalam koleksi.
Perkongsian Public Health Malaysia ini patut mak-mak ambil perhatian demi kesihatan berpanjang sekeluarga. Jom intai apa barang yang wajib dibuang. Jangan simpan!
Cuba tengok sekeliling rumah hari ini. Mungkin dah tiba masa untuk ‘move on’ dari barang-barang lama yang dah tak beri nilai pada kehidupan kita.
2. Wayar dan kabel lama
• Tak tahu kabel apa, tapi simpan “mana tahu nanti perlu.”
3. Ubat tamat tempoh
• Disimpan dalam peti atau laci kecemasan, padahal dah tak selamat digunakan.
4. Pakaian yang dah lama tak muat
• Harapan untuk “kurus semula,” tapi dah bertahun tak dipakai.
Ads
5. Majalah dan surat khabar lama
• Nak baca semula kononnya, tapi akhirnya jadi tempat lipas bersarang.
6. Bekas plastik tanpa penutup
• Tupperware yatim piatu yang tak matching dah, tapi sayang nak buang sebab “elok lagi.”
Ads
7. Barang elektrik rosak
• Blender, kipas, toaster semua “nak hantar repair,” tapi dah 3 tahun tunggu.
Rumah yang lapang, jiwa pun tenang. Beranikan diri untuk buang, sedekah, atau kitar semula. Dah tiba masa kita buang semua, demi rumah yang lebih lapang dan kepala yang lebih tenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan bapa kepada empat cahaya mata perempuan, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya, Datin Almy Nadia terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan juga mengandung di luar rahim.
Perlu pembedahan segera
Memetik portal mStar, Fizz memberitahu ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke hospital bagi menjalani menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat.
“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” ujar aktor berusia 43 tahun.
Fizz berkata, cyst tersebut perlu dibuang cepat kerana takut pecah. Jadinya, doktor mencadangkan kepada mereka untuk menjalani pembedahan dengan segera.
Dalam pada itu, aktor kelahiran Raub, Pahang itu memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan itu dibuat pada pagi Sabtu selepas mengetahui keputusan laporan ujian darah.
“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.
“Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kencing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.
“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” jelas Fizz.
Selain itu, Fizz juga memaklumkan kesihatan isterinya itu kurang baik serta mengalami lemah tubuh badan sejak kebelakangan ini.
Pengorbanan seorang ibu sejak dari mengandung, bersalin dan membesarkan anak bukan boleh dibayar dengan wang ringgit. Sesukar mana pun seorang ibu, tapi demi anak tersayang dia sanggup buat apa saja.
Walaupun diuji dengan pelbagai ujian hanya satu yang dipinta, biar anak yang dikandung akan selamat dilahirkan biarpun diri sendiri rasa tak mampu menanggungnya. Itulah hebatnya seorang wanita bergelar ibu!
Seperti kisah ibu kepada dua cahaya mata ini, Cik Nur Ain, perkongsiannya benar-benar menggambarkan pengorbanan seorang ibu sejak tahu diri disahkan hamil sehinggalah anak selamat dilahirkan. Bermula dengan alahan biasa dan perubahan wajah, ibu ini lalui dengan semangat positif. Malah sokongan suami dan ahli keluarga buatkannya rasa dihargai.
Penangan mengandung, terus berubah wajah
Doakan saya kuat. Sebenarnya sejak mengandung malu sangat orang ajak bergambar. 8 tahun jarak nak dapat no 2 ni. Sekali mengandung muka terus berubah. Tapi tak semua orang dapat pengalaman macam ni.
Paling best pergi mana-mana rasa orang ambil berat sangat, sebab kesian. Tapi ada juga mulut-mulut tak best, cakap muka kena sumpahan laa, muka excident laa, ada yang sampai tak nak mengandung takut jadi macam ni.
Satu je yang diharapkan, moga kulit muka kembali seperti biasa. Terima kasih suami, Zakie Ramly tak jemu puji isteri dia cantik, sikit pun tak pernah nak cakap apa-apa yang bukan-bukan. Selalu bagi semangat kalau diri ini rasa down.
Ada yang tanya selain muka, apa lagi pengalaman atau nikmat yang rasa masa mengandung. Maklumlah 8 tahun jarak dengan anak sulung, alahannya pun berbeza sangat.
Tak sangka diri ini kuat hadapi pelbagai alahan
Mabuk mula usia 2 bulan sampai kena warded. Berat turun tak naik-naik. Cukup 3 bulan bleeding teruk sampai keluar ketulan darah (masa ni ingatkan dah tak ada rezeki baby). Pergi naik ambulance 1 pagi, kena seluk ingatkn gugur, doktor scan elok je dia dalam rahim.
Lepas tu balik kena bedrest 2 minggu, sampai bersalin. Suami pun memang tak bagi buat apa-apa kerja berat.
Lepas tu minum air gula, 1st muntah sebab mabuk, nurse bagi tarikh baru. Kali kedua minum alhamdulillah tak muntah, tapi tak bestnya nurse call cakap sangkut kencing manis pulak.
Murung kejap, sebab takut lekat terus lepas bersalin. Alhamdulillah aritu repeat, bebas dah tak lekat pun kencing manisnya.
Kulit muka dah jadi macam tu, rupanya kulit badan pun terbabit sekali, naik jerawat habis semua satu badan (banyak kali jauhkan diri dengan semua orang) sebab malu, down sangat-sangat. Tak boleh tersentuh sikit, sakit macam apa badan.
Lepastu sakit bahagian telinga pulak, doc Nur Haziyah Zaidi lah yang ngadap macam-macam sakit ni. Bagi ubat titis, alhamdulillah okey.
Pergi klinik 2 minggu sekali check gula sampailah nak bersalin, lepas bersalin minum air ada gula jadi pening sebab dah biasa cut sugar.
Nak dekat-dekat bersalin baby tak pusing-pusing haa, songsang je sampai doc decide kalau tak pusing kena pergi hospital, pakar pusingkan, nasib baik baby nak pusing bila tiba masa.
Nak bersalin lagi best, beberapa hari asyik mengeras macam nak beranak haa. Pergi hospital check jalan belum buka, rupanya false contraction. Banyak hari juga ulang alik hospital seluk lebih 10kali, last-last doktor seluk dah buka 4cm kat klinik kesihatan, gelabah nak pergi hospital sebab tak rasa sakit tapi takut terberanak kat klinik kesihatan. Hahahaa kenangan betul laa.
Ingatkan lepas bersalin dah okey, tengah pantang pula rahim tak nak kecut, jahitan renggang. Macam-macam dugaannya.
Luka dah nak okey, sakit gusi bengkak pulak. Dah kena refer pakar bedah mulut kat Hospital Kluang. Cabut gigi bongsu masa pantang. Tahap sakit gigi tu sampai alami post partum depression.
Suami ambil cuti 44 hari jaga dalam pantang
Alhamdulillah dikelilingi orang yang baik-baik, suami yang penyayang sanggup ambil cuti 44hari jaga dalam pantang.
Keluarga dan keluarga mentua yang sangat ambil berat. Alhamdulillah, ini semua kenangan untuk dapat bayi lelaki, si comel Zayn.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkongsian kali ni sangat bermanfaat, terutamanya untuk mereka yang selalu batuk waktu baring nak tidur. Ini tips dari Dr. Rizal Abu Bakar, pakar otak, yang mungkin boleh bantu legakan batuk
yang mengganggu.
Yang batuk masa baring, masa nak tidur, batuk gatal dalam kerongkong tapi tak ada kahak , kena baca ni. . Sebelum tidur ambil 2 biji bunga cengkih dan kunyah. Makan bunga cengkih boleh hilang batuk ‘kering’ yang bila baring masa tidur dia datang. Atau waktu siang tengah bersembang dia datang serang. . Orang putih kata nagging coughing. . Cara nak buat senang saja. Bunga cengkih ni kena sangai dulu. Sangai ni pun sekejap saja. Dalam seminit dua gitu. . Eugenol dalam bunga cengkih akan bantu legakan sikit dan hilangkan sensasi batuk tu Insyaa Allah. Eugenol ni akan hilangkan radang pada throat atau tekak kita tu. . Kalau tak sanggup nak kunyah, ambil segenggam bunga cengkih dan rebus. Minum air ‘teh bunga cengkih’ tu.
. Kalau malas sangat, letak 3 titis Essential Oil bunga cemgkih dalam air. Minum. . Begitulah.
Kenalah cuba kalau tak nak batuk ‘kering’ tu lagi.
Semoga perkongsian pakar otak ini bermanfaat untuk anda yang sedang mencari solusi batuk. Jangan lupa share dengan kawan-kawan dan keluarga yang mungkin perlukan tips ni. Usaha, doa, dan tawakal Insyaa Allah ada jalan penyelesaian.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan adalah satu tempoh yang penuh dengan perubahan fizikal dan emosi. Namun, tekanan atau stres yang tidak dikawal dengan baik boleh memberi kesan negatif bukan sahaja kepada ibu, tetapi juga kepada bayi dalam kandungan.