Adakah anda akan menjadi ibu bapa tidak lama lagi? Sudahkah anda lengkapkan keperluan bayi yang bakal lahir.
Pasti anda tidak mahu dengan pembaziran, bukan? Jangan risau, Pa&Ma senaraikan barangan patut dipertimbangkan untuk dibeli bagi kegunaan di bulan-bulan awal kelahirannya.
1. Pam payudara
Bagi anda ibu berkerjaya yang bertekad mahu menyusukan bayi dengan susu ibu, maka ini pun barangan sangat perlu dan mesti ada.
Pam payudara memudahkan anda memerah susu untuk memenuhi keperluan anak ketika dia ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh. Jimat tenaga dan masa!
Digalakkan untuk tidak beli pam manual. Belilah pam automatik yang membolehkan anda melakukan banyak hal lain ketika mengepam.
Ads
2. Stroller
Bagi anda yang rasa stroller sangat diperlukan bagi membantu bayi lebih selesa ketika keluar berjalan-jalan kelak, maka belilah satu.
Pastikan ia menepati keperluan anda dan bayi. Dapatkan stroller yang tahan lasak. Bolehlah anda gunakannya sehingga anak kedua, ketiga dan seterusnya. Jimat!
3. Carseat
Ads
Bagi anda yang selalu on the go, kelengkapan ini perlu diutamakan semasa membeli keperluan bayi.
Tiada yang lebih penting daripada keselamatan anak anda ketika dalam kereta. Pastikan anda membeli carseat yang selesa untuk anak dan boleh pakai sehingga meningkat usianya. Sekurang-kurang ia berguna untuk tempoh jangka masa yang panjang dan menjimatkan kos pembelian.
4. Kain lampin
Ads
Biarpun anda lebih senang memilih lampin pakai buang sebagai lampin bayi, anda masih perlu membeli kain lampin.
Ia bukan bertindak sebagai lampin. Lebih daripada itu, dalam keadaan tertentu ia sangat berguna sebagai tuala, kain lap, selimut, bedung sementara, penghalang matahari dan banyak lagi. Satu kain pelbagai guna. Sudah pasti menjimatkan!
5. Termometer digital
Termometer amat penting kerana ia memudahkan anda mengesan suhu badan bayi sekiranya dia mengalami demam
Termometer digital yang biasa sudah mencukupi. Malah boleh digunakan oleh seisi keluarga. Jimat bukan?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Guna konsep lipat baju dan ‘tuck in’ memang sangat mudah dan menjimatkan ruang. Lagi pun kalau anak kecil yang suka selongkar almari dan sepahkan baju, masih ada harapan lagi baju itu tak terlerai dari lipatan.
Hanya guna beberapa langkah ini, anda boleh buat. Hanya ikut je tip ini. Sesuai dibuat untuk baju anak-anak yang jenis sepasang dan kalau nak pakai pun tak adalah nak mencari pasangannya.
Perkongsian dari Puan Ikaa Baharin ini dengan langkah yang cepat akan memudahkan kerja ibu melipat kain. Lepas ni kena cuba ye!
Senang kan. Jadi lepas ni anda boleh cuba buat. Confirm masalah baju lain seluar lain dah tak berlaku lagi lepas ni kalau nak dipakaikan pada anak.
Baik anak lelaki mahupun anak perempuan, tetaplah mereka ini memerlukan perhatian. Kita ni, daripada kecil dimomokkan dengan, “Anak lelaki, mana boleh nangis, malulah!” “Eh, abang boy. Mana ada boy lembik!”
Anak lelaki diajar untuk tidak meluahkan perasaan. Anak lelaki seolah “tidak dibenarkan” express apa yang mereka rasa.
Pendam je. Diam je. Telan je. Sebab daripada kecil, nak nangis, dengar ibu ayah cakap jangan nangis. Malu lah lelaki nangis.
Selain daripada itu, anak lelaki dirasakan tak perlukan sentuhan. Tak perlukan pelukan. Tak payah dicium dan disapa mesra.
Anak lelaki sering diberikan kata-kata yang kasar, kata-kata yang kononnya kelelakian. Kata-kata sinis dan sarkastik nak bagi “kental” kononnya.
Saya takde anak lelaki. Tapi saya ramaiiiii “anak” lelaki sebagai klien kat tempat kerja. Umur remaja. Seawal 9 tahun hingga 20 tahun.
Bila saya dekati mereka, Allahu. Halus sebenarnya rasa hati mereka ni. Datang dengan masalah depression, low self-esteem, takde keyakinan diri, dan banyak juga kurang kawalan anger/kemarahan.
Saya nak mereka selesa, jadi mereka boleh panggil saya dengan apa juga panggilan yang mereka nak gunakan pada saya. Makcik ke, aunty, or even kakak. Tapi awak tu tak lah. Hahaha.
Kalau yang sebaya-sebaya anak saya, saya bahasakan diri aunty je terus. Yang remaja, umur 18-21 tahun tu, kebanyakan terus panggil kakak. Sebab kalau berpuan-puan, dia rasa dia cakap dengan cikgu. Jadi dia less likely nak “bebas” meluahkan.
“Saya daripada kecil abah suka tengking saya bila saya buat salah. Salah tu tak besar pun. Gaduh dengan adik, berlari dalam rumah. Abah tengking macam saya berdosa besar sangat. Tapi dengan adik, elok je dia cakap slow-slow.”
“Last saya menangis masa umur tadika kot kak. Bila dah masuk sekolah, saya tak menangis dah. Kalau sedih, kalau geram, dekat rumah saya masuk bilik, tekup muka dengan bantal, saya jerit. Kalau kat sekolah, saya masuk bilik air, saya tumbuk dinding.”
“Tapi kalau kadang-kadang tak tahan sangat, itu yang saya tersepak terajang adik-adik. Kat sekolah saya pukul kawan-kawan.”
“Saya tak boleh marah ke kak? Saya ni manusia! Ada perasaan kot. Lainla saya ni anak kucing, anak anjing!”
“Pujuk? Tak payah mimpi lah kak. Memang takkan kena pujuk punya. Anak lelaki ni, mama kata tak payah lembik sangat. Mengada je nak peluk-peluk.”
“Saya rindu baba dengan ummi sebenarnya. Dah lama tak peluk, tak duduk dekat-dekat. Last masa sekolah rendah. Itupun kalau saya dekat, baba kata, “apa ni abang. Dok jauh sikit. Lelaki tak gesel-gesel lah!”
“Saya tengok cerita mat salleh, ayah dia boleh kawan dengan anak lelaki dia. Tapi ayah saya tak macam tu pun. Bila saya bagitau nak macam tu, ayah kata, tak payah terpengaruh dengan tv. Nanti jadi anak tak hormat mak bapak!”
Ini antara luahan-luahan anak lelaki remaja yang saya terima bila bersesi bersama mereka.
Kawan-kawan, tak kira anak kita lelaki atau perempuan, mereka tetap manusia yang Allah jadikan ada fitrah beremosi. Ingin dikasihi, disayangi, disantuni dan dihargai dengan baik.
Seperti anak perempuan, anak lelaki juga mesti dididik dengan kelembutan. Dengan budi bicara. Dengan cinta dan dengan halus kasih sayangnya.
Berlembut dengan anak lelaki, takkan menjadikan mereka lelaki lembut. Malah kita akan menjadikan dan membesarkan seorang lelaki yang punya hikmah dan santun yang baik dalam diri mereka.
Peluklah anak lelaki kita. Setiap hari tunjukkan sayang kita pada dia. Sambil peluk, sambil pesan. “Abang, jadi anak lelaki ni tanggungjawab abang besar ya. Adik perempuan dan even kakak pun, bawah tanggungjawab abang.”
Disamping kita zahirkan sayang dan hargai dia, kita kongsikan juga tanggungjawab dia. Supaya dia ada rasa, “empunya” pada ahli keluarga. Bukan bila dah besar, buat hal masing-masing.
Anak lelaki juga perlukan kata-kata yang baik. Kata-kata yang mereka dengar, mereka ini dipuji, dihargai, diiktiraf sebagai anak yang punya emosi, dan sebagai individu yang juga mesti dihormati.
Santuni anak-anak lelaki kita, bagaimana kita nak seorang lelaki menyantuni seorang perempuan bernama isteri.
Anak lelaki, cara marah mereka biasanya dengan menggunakan kekuatan fizikal. Kalau anak kecil, saya selalu cadangkan pada parents untuk adakan “anger corner”. Letak pasir mainan, punching pillow atau air. Bila mereka marah, ajar anak untuk luahkan dan lepaskan marah pada corner tersebut. Bukan pada orang atau merosakkan barang.
Kenalilah anak-anak lelaki kita. Dekati mereka. Berbuallah juga seperti mana kita berbual dengan anak perempuan. Pelajarilah hobi mereka, santuni minat mereka. Sokonglah apa yang sedang mereka kongsikan, andai ada silap, tegurlah dengan hikmah.
Besarkan anak lelaki, kita sedang membesarkan seorang ketua keluarga, seorang ketua masyarakat, malah seorang ketua negara. Semuanya bermula daripada rumah.
Daripada susuk seorang ibu dan ayah lah, anak lelaki belajar menjadi siapa diri mereka bila dewasa nanti.
Tanamkan tauhid yang kuat dalam diri mereka. Tanamkan pegangan agama yang ampuh dalam diri mereka. Tanamkan hebatnya mereka bila dalam hati mereka ada CINTA Allah dan Rasulullah.
Beritahu mereka, menjadi lelaki, kekuatan mereka, bila mereka menjadi paling lembut hatinya dengan Allah. InsyaAllah, terpandu setiap langkah anak lelaki kita.
Semoga kita menjadi ibu dan ayah, yang anak-anak lelaki kita akan banggakan, bila mereka bergelar KETUA juga, suatu hari yang indah nanti. Aaminnn insyaAllah dengan berkat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak menangis ada kata-kata sumbang supaya membiarkan sahaja anak sehingga anak reda dengan sendirinya. Betul ke cara macam ini?
Hakikatnya menangis adalah tanda dan cara bayi dan anak berkomunikasi dengan ibunya. Disebabkan hal itulah bila anak menangis jangan dibiarkan sahaja!
Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi.
1. Menangis adalah refleks
Bayi lahir dengan sekurang-kurangnya 75 jenis refleks. Salah satu refleks adalah menangis. Selepas bulan ke 3-4 baru tangisan itu bertukar jadi ‘voluntary act’.
Sepanjang 3 bulan ke bawah, bayi tidak akan menangis dengan niat atau saja-saja nak berlakon. Tangisan bayi adalah cara bayi untuk berkomunikasi dengan ibu. Nak bagitau dia tak selesa, lapar, sejuk, letih dan sebagainya.
2. Melawan fitrah
Allah dah cipta mak ini secara biologinya memang ada tarikan auto untuk selamatkan bayi bila dengar bayi dia menangis.
Dengar sahaja bayi nangis, badan mak keluarkan hormon Oxytocin yang ‘menggesa’ untuk mengangkat anak. Dalam masa yang sama, hormon Prolaktin cetuskan penghasilan susu. Jadi, kenapa nak lawan fitrah ini?
3. Sains dah buktikan teknik cry it out gagal
“Saya dah cuba. Anak saya mahu diam lepas lama saya biarkan.”
Ketahuilah, bila anak dah diam, bukan petanda dia faham. Tapi petanda dia dah terlalu letih. Apa yang anak dapat? Hormon Cortisol iaitu hormon stres yang boleh mengganggu pertumbuhan anak
Jadi, kalau ada orang masihat macam di atas, anda hanya perlu senyum dan angguk sahaja. Buat sahaja cara sendiri yang boleh membantu anak.
Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.Penyanyi lagu...