Adakah anda akan menjadi ibu bapa tidak lama lagi? Sudahkah anda lengkapkan keperluan bayi yang bakal lahir.

Pasti anda tidak mahu dengan pembaziran, bukan? Jangan risau, Pa&Ma senaraikan barangan patut dipertimbangkan untuk dibeli bagi kegunaan di bulan-bulan awal kelahirannya.

1. Pam payudara

Bagi anda ibu berkerjaya yang bertekad mahu menyusukan bayi dengan susu ibu, maka ini pun barangan sangat perlu dan mesti ada.

Pam payudara memudahkan anda memerah susu untuk memenuhi keperluan anak ketika dia ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh. Jimat tenaga dan masa!

Digalakkan untuk tidak beli pam manual. Belilah pam automatik yang membolehkan anda melakukan banyak hal lain ketika mengepam.

IKLAN

2. Stroller

Bagi anda yang rasa stroller sangat diperlukan bagi membantu bayi lebih selesa ketika keluar berjalan-jalan kelak, maka belilah satu.

Pastikan ia menepati keperluan anda dan bayi. Dapatkan stroller yang tahan lasak. Bolehlah anda gunakannya sehingga anak kedua, ketiga dan seterusnya. Jimat!

3. Carseat

IKLAN

Bagi anda yang selalu on the go, kelengkapan ini perlu diutamakan semasa membeli keperluan bayi.

Tiada yang lebih penting daripada keselamatan anak anda ketika dalam kereta. Pastikan anda membeli carseat yang selesa untuk anak dan boleh pakai sehingga meningkat usianya. Sekurang-kurang ia berguna untuk tempoh jangka masa yang panjang dan menjimatkan kos pembelian.

4. Kain lampin

IKLAN

Biarpun anda lebih senang memilih lampin pakai buang sebagai lampin bayi, anda masih perlu membeli kain lampin.

Ia bukan bertindak sebagai lampin. Lebih daripada itu, dalam keadaan tertentu ia sangat berguna sebagai tuala, kain lap, selimut, bedung sementara,  penghalang matahari dan banyak lagi. Satu kain pelbagai guna. Sudah pasti menjimatkan!

5. Termometer digital

Termometer amat penting kerana ia memudahkan anda mengesan suhu badan bayi sekiranya dia mengalami demam

Termometer digital yang biasa sudah mencukupi. Malah boleh digunakan oleh seisi keluarga. Jimat bukan?

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI