Majoriti ibu ayah yang solat mesti selalu kena ‘ganggu dengan anak kecil kan? Memang tak boleh nak elak lagi-lagi anak yang pandai merangkak atau berjalan. Sebelum usia anak 5 tahun ke atas inilah situasi yang kita kena hadap.
Bukan itu saja, waktu kita nak solatlah mereka nak buat “show”. Lepas tu minta itulah, minta inilah. Lagi bertambah kesabaran ibu ayah, siap baring lagi atas sejadah.
Melalui perkongsian Puan Hidayah Hazir, sebenarnya anak yang selalu kita anggap kacau solat kita itu, dia dalam proses pembelajaran dan melihat bagaimana cara ibu bapanya menunaikan solat.
Baru sarung telekung, anak dah menangis. Baru angkat takbir dengar pula mereka bergaduh. Waduh, dah tengah berdiri baca Al Fatihah masa tu la nak peluk kaki walid beritahu lego saya dah siap pasang.
Sekejap lagi bila rukuk, cubaan mendaki belakang pula… Bila kita sujud! Check mata la. Yahuuuu, terus panjat belakang!
Itu belum cukup lagi anak masuk keluar masuk keluar dalam telekung. Main cak cak dengan kita.
Kita ni kalau tunggu anak aman baru nak solat, hmmmm alamatnya hujung waktu baru solat. Habis tu kalau perangnya tak aman? Tak nak solat ke? Silap hari bulan leburlah solatnya.
Ya, ramai yang lebur solatnya dan menganggap perkara ni perkara biasa. Sedang solat ni wajib ya ibu ayah. Ini antara soalan unggul yang malaikat akan tanya dulu bila kita kembali menghadap Allah.
Jadi solatlah! Biarlah anak kacau. Biarlah ada si cilik ini mengganggu. Tak apa! InshaAllah, apabila kita tekad dan bulat nak laksanakan Rukun Islam ni, mesti Allah akan bantu kita. Berulangkali solat depan anak, anak akan mula faham sebab itu rutin.
Sebab itu kena solat. Solat ini WAJIB! Allah suruh solat. Ni peluang kita “dating” secara terus dengan Allah. Jangan tinggal solat. Kalau anak tak tahu itu rutin, itu yang kena ganggu je selalu solatnya. Anak akan perhati setiap perbuatan kita.
Anak ini pemerhati terbaik. Mereka memang akan “copypaste” hampir semua perbuatan kita!
Lama kelamaan tanpa disuruh, anak akan ikut setiap perbuatan. Sebab benda itu rutin. Jadi, SOLATLAH ibu ayah.
Ibu ayah nak anak jadi soleh, ibu ayah kena soleh dulu.
Ibu ayah nak anak takut tinggal solat, ibu ayah kena takut tinggal solat.
Ibu ayah nak anak solat, ibu ayah kena solat.
Ibu ayah nak anak tutup aurat, ibu ayah kena tutup aurat dulu.
Sama lah, ibu ayah nak anak makan sayur, ibu ayah kena makan sayur! Kepimpinan melalui tauladan.
Kredit: Hidayah Azir
ARTIKEL MENARIK [Hebatnya Syazwi, Gaya Macam Chef! Baru 2 Tahun Tak Kekok Pun Memasak]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Elaklah Guna Kuasa “Ketam Batu’ & ‘Jeritan Petir’. Tak Bagus Pada Psikologi Anak]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)