Hati ibu mana tak gusar apabila anak tersayang terbaring lemah dan lembik akibat diserang virus.
Terasa seperti ingin menggantikan tempat anak yang hanya terbaring lesu menanggung kesakitan. Anak yang dulu aktif dan ceria kini bertarung nyawa melawan virus yang menyerang dirinya.
Kehidupan anak-anak kecil hari ini sememangnya dikelilingi oleh pelbagai virus yang boleh mengancam nyawa mereka. Justeru tidak hairanlah ibu bapa hari ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan anak.
Bagi selebriti dan usahawan Ika Nabella yang juga ibu kepada seorang anak lelaki, kesihatan anak sentiasa menjadi keutamaan dirinya.
Perkongsian Ika mengenai keadaan anaknya Muhammad Noah Zayn yang sudah kembali sembuh selepas dimasukkan ke hospital akibat serangan Rotavirus benar-benar melegakan hati.
Noah Beransur Aktif
“Alhamdulillah MashaAllah, selepas empat hari tidak makan apa-apa, lemah lembik, baring je melawan rotavirus, anak lelaki kami yang kuat Muhammad Noah Zayn dah mula makan, bercakap malah berlari-lari. Subhanaallah.
Ads
Menurut Ika walaupun Noah masih belum sembuh sepenuhnya kerana masih ada cirit-birit setiap kali lepas makan, walaupun sekadar makan tiga keping papadom tetapi perkembangan selera makan dan perubahan perangainya sangat disyukuri.
“Saya dah gembira sangat bila pagi tadi dia bersikap normal dengan berkata “good morning Mommy” dan dengan riangnya mengejutkan ayahnya “ayah wake up it’s morning alreaday!” kongsi Ika dalam instagramnya.
Sebagai ibu yang juga bergelar Kaunselor Laktasi bertauliah, Ika turut berkongsi pendapatnya mengenai perbezaan kehidupan kanak-kanak zaman sekarang dan zaman dahulu.
“Post pandemic viruses are real bad kan? Dulu waktu kita kecik, nak demam pun susah sampai kadang-kadang bila malas nak bangun pagi terpaksa berlakon demam buat-buat sakit perut tapi sekarang anak-anak kita macam hidup dalam virus.
Ads
Everyday ada je virus outbreak. Influenza la, hfmd la, rotavirus la.Nauzubillah.”
Menurut Ika lagi, anaknya Noah baru sahaja memulakan persekolahan tiga hari, tetapi masuk hari ke-4 si kecil sudah muntah-muntah sampai lembik.
“Jadi macam mana? Sampai bila kita ni was-was nak hantar anak ke sekolah?
Soon or later anak2 kita tetap kena sekolah,” Ika menyuarakan rasa bimbangnya sebagai seorang ibu.
Jangkitan gastroenteritis Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit berlarutan untuk bayi dan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Ads
Ia menyebabkan hampir 215,000 kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia.
Satu daripada 50 kanak-kanak yang dijangkiti akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Vaksin Rotavirus amat berkesan untuk mengurangkan sehingga 90% risiko jangkitan Rotavirus yang serius.
Jangkitan Rotavirus adalah jangkitan utama yang menyebabkan cirit-birit di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (risiko tertinggi di bawah 2 tahun).
Pasangan selebriti Priyanka Chopra dan Nick Jonas pernah mengumumkan meraka dikurniakan anak perempuan pada 21 Januari 2022 menerusi khidmat ibu tumpang.
Namun ada berita yang menyedihkan dikongsi oleh Priyanka Chopra di sebalik kelahiran anak sulungnya, Malti Marie Chopra Jonas.
“Kami sangat teruja untuk memaklumkan telah dikurniakai seorang bayi perempuan melalui kaedah ibu tumpang. Kami sangat memerlukan privasi pada saat ini, terima kasih banyak,” tulis mereka dalam pengumuman yang di buat di media sosial lebu setahun yang lalu.
Kini Priyanka berkongsi pengalaman menyambut kelahitan Malti kepada Vogue UK.
“Saya tidak pasti sama ada dia boleh melakukanya (hidup) atau tidak. Saya dan Nick berdiri di luar melihat kecekapan mereka membantu anak kami.”
“Saya ingat waktu itu dia sangat kecil. Lebih kecil dari tangan saya.”
Tambahnya lagi, Malti berada di dalam NICU selama tiga bulan dan semua menjaganya dengan sangat baik.
Setelah dibenarkan pulang ke rumah, mereka mendapat sokongan keluarga untuk memberi penjagaan rapi serta sempurna kepada Malti.
Bercakap mengenai keputusanya memilih kaedah ibu tumpang untuk melahirkan anaknya, Priyanka mengatakan dia mempunyai masalah kesihatan. Melakukan kaedah ibu tumpang disifatkan sebagai langkah terbaik buat mereka.
“Saya mempunyai masalah kesihatan dan melakukan kaedah ibu tumpang adalah keputusan terbaik. Ibu tumpang Malti seorang yang sangat baik dan penyayang. Dia menjaga anak kami selama enam bulan dengan sangat baik”
Ingatkan menyihatkan rupanya tidak. Akibat ketagih minum susu kotak yang tinggi gula, si kecil kerap batuk, selesema, sakit, kurang gemar makanan berkhasiat, tiada selera makan selain mempunyai tingkah laku suka tantrum dan cranky.
Ia bukan isu remeh tapi sangat membimbangkan dan mungkin tidak disedari oleh ramai ibu ayah. Trend kanak-kanak sekarang ramai yang kurang gemar makan ‘real food’ berbanding minum susu sahaja. Oleh kerana kurang pengetahuan, ibu bapa beranggapan anak tetap mendapat khasiat makanan daripada susu yang diminum.
Ada juga kes anak yang sudah bercerai susu ibu mula ketagih minum susu kotak komersil kerana ibu enggan memberi anak minum susu formula. Hakikatnya susu kotak komersil tetap mengandungi tinggi gula.
Itu antara faktor menyebabkan ramai kanak-kanak sekarang cerewet makan atau menolak makanan sebenar kerana mereka sudah kenyang minum banyak susu. Pengalaman tersebut pernah dilalui oleh Ainini Zainal yang akhirnya nekad untuk mengubah pemakanan anaknya yang sebelum ini kerap sakit.
ANAK KETAGIH SUSU TINGGI GULA SELEPAS USIA 2 TAHUN. BETUL KE LEPAS 2 TAHUN MASIH KENA MINUM SUSU DAN SUSU SATU-SATUNYA SUMBER KALSIUM?
Terjumpa foto pertama di Pinterest. Tentang kanak-kanak yang minum susu kotak dan kemudian ‘hilang kawalan dan cranky.’ Di bawah ketegori Funny Kids/Humour. Kelakar ya? Tak rasa lawak pun benda ni.
Orang yang tak hiraukan isu begini saja yang akan rasa benda ni bahan lawak jenaka. Anak boleh ketagih gula/perasa tiruan dalam SUSU KOTAK/SUSU FORMULA.
Biasa jumpa kan SEHARIAN TAK MAKAN, MINUM SUSU TU JE. Kalau makanpun, ROTI, BISKUT, CEREAL, SOSEJ, JUNKFOOD.
Anak saya 6 tahun lepas begitu. Sebijik. Ketagih susu coklat kotak dan juga susu strawberi. Sehari boleh habiskan 8-10 kotak. TANPA MAKAN.
Tahap kesihatan? Boleh tahan teruk.
Demam 2-3 kali sebulan. Bila batuk, lambat hilang kahaknya. Cranky. Tantrum.
Apa nak pelik, sebab bahan-bahan dalam susu kotak tersebut terutamanya GULA memang bahan yang
• penyebab keradangan • penyebab sistem imun badan merudum • penggalak kahak • lama-lama menyebabkan ketagihan • pernah baca tentang makanan/minuman mempengaruhi tingkah laku/emosi?
Saya berikannya susu kotak coklat selepas setelah genap 2 tahun menyusu badan. Masa tu mentaliti tipikal SUSU SAJA SUMBER KALSIUM. Juga ingatkan SUSU KOTAK= SUSU SEGAR. Padahal tempoh jangka hayat bertahun-tahun.
Lagi rasa ralat masa tu bila tahu realiti sebenar yang susu kotak itu sama saja dengan susu formula yang banyak kesan sampingan pada anak-anak. MSG? Nama lain bagi MSG sangat banyak. Di label susu-susu formula, susu kotak, diletak nama lain untuk mengaburi mata kita.
Kesan MSG terhadap kesihatan? Sangat banyak. Mulanya ketagihan dan kemudiannya kesan terhadap sistem badan dan otak. Tapi masa tu saya buta, kerana saya sendiri yang mahu terus buta.
Mungkinlah orang kata, alah kalau susu ada MSG, gula, bukan banyakpun. Sikit je. Ingat konsep ‘sikit sikit, lama-lama jadi bukit.’ Ingat tu saja. Kita rasa ianya benda kecil, tapi kesannya?
Betullah, jika buat sesuatu tanpa ilmu, kesan buruknya sendiri terima. Dalam kes ini, ANAK YANG TERIMA.
Baca semua, experience sendiri semua, baru dapat relate kenapa selama ni dia cerewet makan, kerap sakit, baru baik demam minggu lepas ni demam balik, cranky, tantrum. Tak apalah lambat pun tahu, asal tahu. dari tak tahu dan tak ambil tahu langsung. dari terus jadi ignorant.
Usianya 3 tahun, saya stop terus susu kotak tinggi gula tersebut, walaupun ditulis LESS SUGAR. Baru belajar faham maksud label pada pek susu kotak yang sebulan berkarton karton diborong tu.
I took couple of months to heal his gut, stop terus semua yang memusnahkan merosakkan melemahkan immune system. Upkan sistem immune badan dengan:
• Madu • Virgin Coconut Oil (VCO) • Extra Virgin Olive Oil (EVOO) • Habbatus sauda • Kismis, kurma • Buah-buahan dan sayur • Real food: ikan, telur, daging, segala makanan sunnah YANG MEMANG ALLAH CIPTA bukan sekadar perhiasan.
BETULKAN MENTALITI TIPIKAL KITA. SUSU BUKAN SATU-SATUNYA SUMBER KALSIUM. banyak lagi sumber makanan lain yang jauh lagi tinggi kandungan kalsium dari susu. (dan TAHUKAH ANDA, selepas usia 2 tahun, kanak-kanak dah tak perlu bergantung pada susu lagi untuk membesar? BERI MEREKA REAL FOOD. yang ada segala khasiat- vitamin ciptaan ALLAH.)
Kuasa Allah mahu tunjukkan pada saya. Selepas hentikan susu kotak, nampak HASIL KETARA.
• kesihatan makin baik. 2-3 kali sebulan sakit bertukar jadi 6-12 bulan sekali baru sakit. Dengan izin Allah.
• hilang cranky, tantrum, moodnya.
• baru mahu makan.
• suka healthy food.
Selera makan makin ok, terus ok. Tak ada dah tension dia taknak makan. mahu bagi vitamin, segala khasiat makanan? BAGI REAL FOOD. bukan supplement sintetik. bukan susu formula, serbuk atau makanan tambahan yang dicanang ADA SEMUA KHASIAT, padahal realitinya, sintetik semata.
Doa, galakan, usaha, ajak dia sukakan real food, healthy homemade food. TAK MUDAH, TAPI TAK ADA PERKARA YANG TAK BERHASIL KALAU KITA USAHA. DOA DOA DOA.
Junkfood fastfood coklat aiskrim segala – dia akan cakap, TAK ELOK NI KAN, IBU- KALAU NAK MAKAN, IBU BUAT, YA IBU?
Saya puas hati dia dapat bezakan yang mana elok mana yang tak. nak makan coklat, aiskrim, junkfood, fast food BUKAN TAK BOLEH. TAPI JADIKAN VERSI SIHAT. Penat sikit, tapi kesannya sangat besar terutamanya bab dah tak kerap sakit seperti dulu.
Ada yang hadapi masalah sama? You are not alone. RAMAI LAGI BEGITU. Cuma saya faham, anda mesti fikir ianya normal, bukan? Realitinya?
Ibu ibu, ayah ayah, saya tidak cakap kosong. Semua ini dalam artikel di akhbar sudah banyak sebut sejak dulu. Pernah baca artikel di akhbar tentang bagaimana gula dan MSG boleh memberi kesan terhadap kesihatan dan membuat kanak-kanak hyperaktif, sukar mengawal emosi/tingkahlaku dan kerap tantrum?
MARI BACA LAGI.
SUSU
Kanak-kanak selepas usia 2 tahun tidak lagi perlukan susu untuk membesar.
Baby Januari! Tarikh 22/01/2022 jadi memori berharga buat penyanyi, pengacara dan penyampai radio, Hunny Madu apabila selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.
Berkongsi perasaannya selepas melahirkan bayi ketiganya itu, Hunny yang nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 37, akui dia sedang berusaha untuk menyesuaikan diri apabila kembali bergelar ibu yang ada anak kecil.
“Selama 7 hari selepas lahirkan bayi saya tak berkongsi sebarang perkembangan dan sepanjang tempoh itulah saya sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran ahli baru dalam rumah kami.
“Saya sedang belajar semula segalanya dan mengambil tahu tentang banyak perkara termasuk perasaan dia (bayi) dan keperluannya.
“Macam manalah saya boleh lupa untuk menjadi seorang ibu pada anak kecil ini? Rasa-rasanya ada informasi yang tercicir apabila kita tidak mempraktikkannya,” kongsi Hunny di Instagramnya.
Tambah Hunny, dia kini baru mempunyai sedikit ruang waktu untuk kembali ke media sosial selepas menjalani rawatan berurut dua hari lalu.
Hari ini barulah boleh kembali segar selepas dua malam alami pembengkakan, akhirya tukang urut datang untuk meredakan masalah saya.
“Mia Celine kini dah lebih seminggu dilahirkan, dan setiap kali saya memandangnya, setiap kali itulah saya jatuh cinta,” tulisnya.
Dalam perkongsian di instagram itu, Hunny turut berkongsi momen suaminya menemani sepanjang proses bersalin, keterujaan kakak dan abang menyambut kepulangan adik mereka.
Kelahiran Mia Celine ini adalah anak pertama Hunny dengan suami keduanya, Fedrighi Francesco pada 2 Mei 2020.
Sebelum ini Hunny pernah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 dikurniakan dua cahaya mata, Eva Media, 10 dan Adam Muda, 5. Mereka berpisah pada Oktober 2018.
Kredit: Instagram Hunny Madu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.